, , , , ,

Persoalan & Ilmu Simpanan Emas

Koleksi perkongsian persoalan & ilmu simpanan emas yang patut anda tahu

Emas2U – Nak mula simpan emas, mesti ada ilmu. Emas2U kongsikan secebis darinya yang pernah ditanya atau dikongsi dengan customer Emas2u dalam post ini. Post ini akan sentiasa dikemaskini dengan penambahan baharu.

Dikemaskini: 16 Mac 2019

14 Mac 2019: Cara Waris Menuntut Emas GAP Si Mati

Cara Menuntut Emas GAP Milik Si Mati

Apabila pemilik akaun GAP meninggal dunia, warisnya boleh melakukan tuntutan di cawangan Public Gold. Bagaimana caranya? Hanya perlu bawa (1) Sijil Kematian dan; (2) Surat Mahkamah

Penjelasan Surat Mahkamah oleh staf Public Gold

Normally kalau waris nak tuntutan harta si mati, memang wajib melalui proses mahkamah..maksudnya semua waris kena sign borang yg bersetuju appoint sorang utk uruskan dan nanti harta tu akan declared dalam surat kebenaran tu..then nanti kena ikut kiraan faraid.

Sebelum waris pegi mahkamah, dia kena check btl2 dulu dengan kita ada berapa yg si mati tinggalkan aset dia /simpanan dia dengan Public Gold

Sebab nanti semua tu akan ditulis dalam surat mahkamah

Ini based on apa yg kami pernah process lah

11 Mac 2019: Reminder: Bagi pembelian GAP, selepas buat payment, mohon tunggu 48 jam utk pengesahan bayaran dan GAP update. Jika selepas 48 jam masih tak update, inform saya ya. Tq 😊👍🏻

9 Mac 2019: Antara soalan yang kerap customer tanya sebelum miliki emas pertama ialah lebih kurang begini: Cadangan tuan, mana lebih baik, simpan emas Public Gold secara fizikal atau dalam bentuk akaun GAP?

Baca penjelasannya: https://emas2u.com/mana-lebih-baik-simpan-emas-fizikal-atau-gap/

Semoga kita lebih celik ilmu emas dan semoga bermanfaat!

5 Mac 2019: GAP patuh syariah ke tuan?

Gold Accumulation Program atau GAP adalah salah satu kaedah belian emas di Public Gold. Ia kaedah yang paling mudah dan murah untuk semua orang memiliki dan mengumpul emas dengan modal mampu bayar serendah RM100.

Kaedah yang digunakan ialah :
.
.

1. Pembeli memindahkan sejumlah wang ke akaun Public Gold sebagai hamisy jiddiyyah (deposit sekuriti).

2. Public Gold akan merekodkan jumlah wang dan gram yang setimpal dalam akaun pembeli (ketika ini akad jual beli berlaku).

3. Pembeli mempunyai pilihan samada untuk mengeluarkan emasnya atau membiarkan sahaja di dalam akaun yang akan dijaga oleh Public Gold tanpa upah.
.
GAP telah pun mendapat Sijil Patuh Syariah dari Penasihat Syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisor.
.
.

Ini bermakna, GAP boleh dimanfaatkan oleh semua samada belian mengikut gram atau mengikut RM.
.
.

Penjelasan yang lebih tentang patuh Syariah GAP. Maka di sini saya jelaskan beberapa perkara.
.

1. Pembelian GAP secara asasnya memang tidak mempunyai masalah dari sudut Syariah sebelum ini. Jadi, tidak timbul isu hanya GAP sekarang yang patuh Syariah, GAP dahulu tidak patuh Syariah. Sijil yang dikeluarkan ini, mengesahkan bahawa GAP memang patuh Syariah dari dahulu hingga sekarang.
.
.

2. GAP boleh dibeli samada dalam gram yang lengkap atau gram yang tidak lengkap. Sebagai contoh, jika harga segram hari ini ialah RM184, ia boleh dibeli dengan nilai RM184 dan juga RM100.
.

3. Jika dibayar RM184, maka gram yang akan dicatatkan ialah 1 gram. Jika dibayar RM100, maka gram yang dicatatkan ialah 0.5435 gram.
.
.

4. Timbul beberapa persoalan – antaranya – seperti; bolehkah dibeli dengan RM sedangkan gramnya tidak genap? Bolehkah dikeluarkan 0.5434 gram?
.
.

5. Belian GAP sebenarnya; kita membeli gram emas yang dimiliki oleh Public Gold dalam simpanannya. Ini bermakna, selagi pembeli tidak mengeluarkan emasnya dalam bentuk gold bar atau dinar, maka secara kasarnya, semua pembeli berkongsi emas yang disimpan oleh Public Gold secara bersama-sama.
.
.

6. Sistem yang dimiliki oleh Public Gold (Oracle) adalah sistem yang terbaik, yang dapat merekod dengan jelas jumlah gram yang dimiliki oleh pembeli dalam 4 titik perpuluhan.
.
.

7. Persoalan samada emas yang dimiliki oleh Public Gold itu sama dengan jumlah wang yang masuk atau tidak, biarlah juru audit dalaman dan luaran yang mengesahkannya. Ini kerana, GAP memang diaudit oleh juru audit luaran.
.

8. Tidak cukup dengan itu, Amanie Advisor juga telah melakukan pemeriksaan ke tempat-tempat simpanan emas milik Public Gold sebelum mengeluarkan Sijil Patuh Syariah.
.
.

9. Apabila belian GAP adalah sebenarnya; semua pembeli berkongsi bahagian emas masing-masing dalam emas yang disimpan oleh Public Gold, maka Public Gold boleh menyerahkan emas yang sama berat milik pembeli dalam apa bentuk yang pembeli kehendaki samada gold bar atau dinar.
.
.

10. Gold bar terkecil yang boleh dikeluarkan dari GAP ialah 1 gram. Jadi, pembeli boleh mengeluarkan gold bar miliknya apabila cukup 1 gram.
.
.

11. Jika pembeli ingin mengeluarkan dalam gram yang lebih kecil, itu tidak mungkin kerana syarat asas pengeluaran GAP ialah 1 gram. Jika pembeli bertegas, penyelesaian boleh dilakukan dalam bentuk RM.
.

12. Berkenaan dengan syarat pengaktifan akaun yang memerlukan pembeli memiliki sekurang-kurangnya 1 gram dalam akaun GAP pada setiap masa, ia dibenarkan oleh Syariah. Tiada halangan juga untuk mengeluarkan kesemua sekali tetapi GAP akan dikira sebagai telah ditutup.
.
.
Semoga dengan sedikit penerangan ini akan menambahkan ilmu dan pemahaman kita tentang GAP. Seterusnya kita boleh membeli emas menggunakan GAP dengan yakin dan tanpa was-was 🙂

5 Mac 2019: Yang mana lebih untung smpan emas fizikal ke Public Gold GAP?

Masing2 ada kelebihan dan keuntungan tersendiri

Beli fizikal jika;
Bajet besar. Lebih besar gram, lebih rendah harga per gram, lebih rendah % spread bila nak jual semula. Emas simpan sendiri.

Beli GAP jika;
Bajet kecil tapi berterusan. Contoh RM100 setiap bulan. Harga per gram sama walaupun beli banyak. Sesuai jika tak berani simpan sendiri di rumah.

5 Mac 2019: slm master gold mcm mn nk jana pndapatan lumayan dgn mnympn emas.

Simpanan emas sesuai disimpan jangka masa panjang. Short term kurang sesuai sebab harga emas ada turun naik. Tapi kalau long term sentiasa di posisi menaik.

Harga emas
1998: RM35-50/gram
2008: RM105/gram
2018: RM180/gram
2028: RM__ agak2?

Nak jana pendapatan lumayan pada pendapat saya ada beberapa cara:
1. Jual bila harga emas tinggi
2. Jual bila nilai matawang merudum
3. Jadi dealer, terima komisyen bila jual/beli emas
4. Jual secara runcit. Contoh, harga 1 gram fizikal di Public Gold RM250. Tuan boleh jual pada harga lebih rendah (contohnya RM230) dgn mengeluarkan GAP tuan yang dibeli pada harga semasa yang lebih rendah.

4 Mac 2019: Penyimpan Emas Jangan Lupa Bayar Zakat

Apabila simpanan emas kita cukup haul, iaitu mencapai 85g dan lebih, kita diwajibkan bayar zakat.

Pengiraan zakat emas:
Berat emas disimpan x Harga Emas Semasa x 2.5% Kadar Zakat

Sebagai contoh, sekiranya jumlah emas yang disimpan dalam tempoh setahun ialah 200 gram maka:

= Berat Emas dipakai x Harga Emas semasa 1gram x Kadar Zakat 2.5%
= 200 gram x RM165.68 (contoh) x 2.5%
= RM828.40

sumber: http://www.zakat.com.my/info-zakat/jenis-jenis-zakat/zakat-emas/

20 Februari 2019: Harga tertinggi so far 2019 – Rm190/gram

Tak kira harga rendah atau tinggi. Tetap simpan emas. Sebab emas makin lama makin berharga dan sentiasa dipandang MAHAL 😁

Tahniah buat semua penyimpan & pelabur emas yg dah bertindak simpan emas sebagai pelindung nilai RM dan aset masa depan. 👏🏻👏🏻👏🏻

18 Februari 2019: Assalamualaikum , saya nak tanya untuk jual balik emas kepada public gold. Harga emas dijual ikut harga semasa kan ? Contoh saya nak jual 1gram. Harga emas semasa untuk 1g = RM187. Kira saya dapat RM 187 la dalam akaun?

Waalaikumussalam wbt, harga jual lebih rendah dari harga semasa. Boleh refer column PG Buy dalam senarai harga di https://www.publicgold.com.my/index.php

Kenapa lebih rendah ?

Sebab emas fungsinya untuk simpanan jangka masa panjang. 3-5 tahun ke atas. Jual masa terdekat memang tolak spread. Dalam 9%.

Itupun spread PG dikira paling nipis. Jika diluar spread tinggi sekitar 20%-30%

Sebab tu bila nak jual, pelabur emas akan pilih spread yg paling nipis. Sekitar 9%-6%.

Item emas paling rendah spread ialah 1kilo – 250gram.

17 Februari 2019: 1. Mcm mana kita nk tahu berapa kos pelaburan kita? 2. Kita nk tahu nilai emas kita di satu2 masa mcm mana?

Terima kasih kerana bertanya tuan. Soalan yang baik

1. Kos pelaburan/simpanan kita ialah jumlah wang yang kita belanjakan untuk setiap gram emas ada dalam akaun kita/simpanan kita. Cadangan saya, setiap kali buat belian emas, rekodkan harga dan gram dalam Excel untuk kita track kos yang telah kita spend untuk belian emas. Jangan lupa bayar zakat 2.5% bila simpanan mencecah 85 gram.

2. Nilai semasa emas kita boleh dilihat di https://publicgold.com.my Harga emas fizikal berubah setiap 20 minit, sementara harga GAP berubah setiap hari, ikut harga emas dunia semasa. Tuan juga boleh lihat graf trend dan sejarah harga emas di http://kitco.com

11 Februari 2019: PROMOSI EKSKLUSIF BUAT AHLI GROUP ✨EMAS KINI

Sebagai tanda terima kasih kepada semua ahli group ni, saya nak offer eksklusif buat tuan/puan.

Offernya ialah: Sesiapa yang berjaya daftarkan customer baru bawah saya, saya nak bagi komisyen RM20 untuk setiap pendaftaran. Serius! Tuan/puan boleh kenalkan Public Gold kepada ibu bapa, adik beradik, anak-anak atau kawan2. Jika mereka daftar, saya akan beri komisyen RM20/pax.

Terma & Syarat:
1. Dibuka eksklusif buat semua ahli group ini. Peluang buat side income!
2. PM saya bila ada customer baru.
3. Promosi ini ialah promosi peribadi saya dan bukan dari Public Gold.
4. Bayaran komisyen akan dibuat terus ke akaun bank tuan/puan, sebaik sahaja customer yang diperkenalkan berjaya didaftarkan.
5. Tiada had berapa ramai boleh didaftar.
6. Minimum buka akaun GAP RM100. Tiada had maksimum.
7. Tarikh tamat promosi: 31 Mac 2019

Terima kasih semua!

11 Februari 2019: Saya nak tanya, bank swift code dalam update bank info tu code apa dia ya?

Swift code ialah kod bank. Lain bank lain kodnya. Boleh refer sini (belah bawah ada senarai) https://www.theswiftcodes.com/malaysia/

Atau hubungi bank untuk dapatkan kod swift tersebut

9 Februari 2019: En Muhainin, sy lupa dah sy camna nak buka GAP ni, dan id pun sy x ingat. Sekali je buka aritu masa nak daftar, lepas tu sy x buka dah web tu.

Puan refer login details dalam email yang dihantar oleh Public Gold. Kalau tak jumpa email tu maklum ya, saya minta staf PG resetkan

9 Februari 2019: 7 Kelebihan GAP

1. Sesuai untuk penyimpan dengan bajet kecil tapi berterusan (cth RM100 setiap bulan).

2. Penyimpan tak berani nak simpan sendiri.

3. Sesuai buka untuk anak-anak seawal kelahiran (bila ada no IC).

4. Boleh jual/beli secara online tanpa ke cawangan.

5. Simpan emas secara percuma. Hanya 1 gram untuk akaun kekal aktif. Tiada yuran bulanan dan tiada caj tersembunyi.

6. Boleh keluar emas fizikal fleksibel, ikut gram yang kita nak serendah 1 gram.

7. GAP patuh syariah – dipantau oleh panel syariah Amanie Advisors Sdn Bhd.

7 Februari 2019: Contoh harga emas 190 so duit rm10 memang ada dlm Acc Public Gold ke

Betul, setiap RM yang tuan spend akan ditukar jadi gram emas sehingga 4 titik perpuluhan. Contoh 1 gram RM190, kalau tuan beli RM200, tuan akan dapat RM200/RM190=1.0526 gram

7 Februari 2019: Cara setup Standing Instruction belian emas Public Gold

Standing Instruction (SI) yang dimaksudkan ialah bayaran tetap bulanan yang kita boleh set di bank. Contoh kita set SI sebulan RM200, setiap bulan akan auto tolak RM200 dari akaun kita dan dipindah ke akaun Public Gold dan kemudian ditukar menjadi emas dalam akaun GAP kita.

Cara-caranya:
1. Setup Standing Instruction (SI) di bank tuan/puan. Lain bank lain cara setup
2. Simpan resit SI dan hantar ke staff PG untuk mereka update (kali pertama sahaja)
*Attachkan resit SI (tak kisah berapa bulan nak buat SI)
*PG Code
*Nama penuh
3. Setiap bulan semak GAP tuan/puan, pastikan emas terkumpul bertambah. Kalau lambat update inform saya

Cara setup SI di CIMB: https://m.youtube.com/watch?v=CMR7NrklYTA

Bank Rakyat Standing Instruction GAP

Transfer ke other account seperti biasa

Pilih Instant Tranfer

Masukkan no akaun Public Gold Marketing (Maybank)
5571-3923-8048

Recipient Reference : Tulis PG Code anda

Masukkan jumlah RMxxx

Effective Date : Pilih tarikh mula

Set this as a repeat payment : Klik YES

Frequency : Monthly

No payment to be made : 12

Klik confirm

Klik Get Receipt & printscreen whatsapp own Branch

2 Februari 2019: Antara sahabat yg dah lama menabung tlg cerita pengalaman tuan. Turun naik harga emas. Terima kasih

Assalamualaikum semua! Selama 4 tahun dunia emas. Sy kongsi pengalaman je ye. Emas masa mula2 simpan 1gram baru rm140. Sekarang dah RM186. Paling tinggi 1gram penah capai RM196.

Paling penting emas safe heaven asset. Kita syg nak jual emas kecuali kalau terdesak.

Jika beli 250gram ke atas, mesti nampak peningkatan harga emas dari rm30k sekarang dah RM45k.

Emas fungsinya dia melindungi nilai. Siapa ada emas, in shaa Allah ada duit. 😊👍🏻

1 Februari 2019: Siapa boleh tolong bg link nak tgk harga emas terkini,? Nak tgk harga 10g, 5g

Rujuk https://publicgold.com.my

31 Januari 2019: 3 Tips Membeli Emas

1. Gunakan duit saving yang kita takkan guna dalam masa terdekat.

2. Nak beli emas, tak perlu tunggu harga turun baru nak beli, ada duit terus tukar jadi emas. Sebab tak siapa tahu bila harga emas akan turun/naik.

3. Seimbangkan pelaburan duit dan emas. Duit pun penting kerana ada nilai laku jual/beli. Simpan secara konsisten, dapat gaji je, buat saving duit dan saving emas. Salah satu ciri2 orang kaya ialah menyimpan dan tidak boros.

17 Januari 2019: beli emas di cawangan boleh pakai kad kredit?

Tadi cawangan maklum tak terima kad. Hanya cash/online transfer

15 Januari 2019: Assalamualaikum..nk tanya kalau kita nk keluarkn emas dri akaun GAP..ada dikenakn cas atau bayaran tak?

Waalaikumussalam wbt tuan, ada.

Syarat nak withdraw dari GAP, ada 2:
1. Dalam GAP ada minimum 1g
2. Kena bayar caj Gold Premium (GP)

Gold Premium (GP) = Caj one time bila nak beli/withdraw emas fizikal. Caj transportation ke cawangan. More info https://emas2u.com/apa-itu-gold-premium-public-gold/

9 Januari 2019: Boleh ke gadai dekat kedai emas?

Nak pajak emas boleh buat di mana-mana Ar-Rahnu. Tapi ada Ar-Rahnu yang mewajibkan buka bungkusan/kad emas. Cadangan saya buat di mana-mana cawangan Pos Ar-Rahnu kerana Pos Ar-Rahnu terima emas Public Gold yang dalam bungkusan/kad

9 Januari 2019: Tips Topup GAP: Akaun tuan/puan akan dikemaskini dalam 48 jam. Kalau selepas 48 jam tiada perubahan mohon maklum saya, biar saya rotan staff Public Gold tu 😁. Sometimes dorang busy sikit sampai terlebih 48 jam utk kemaskini. Tqvm!

5 Januari 2019: Cara jual/beli GAP melalui sistem tuan boleh refer panduan di https://emas2u.com/kit-panduan-dealer-public-gold/

30 Disember 2018: Klu collect silver margin untung ok x

Kaji sejarah harga. Kalau ikut graf, pernah naik tinggi sebelum ni pada 2011-2012. Sekarang menurun tapi still long term di posisi menaik. Faktor harga silver juga banyak (refer http://tejas.iimb.ac.in/articles/80.php).

10 Disember 2018: Promosi utk penyimpan GAP

22 November 2018: SYARAT PEMBELIAN EMAS ANSURAN EPP PUBLIC GOLD

1. Belian emas atau perak minima RM500 dan ke atas.

2. Dikenakan kos pengurusan EPP atau caj Admin sebanyak RM1/gm yang dikenakan sekali sahaja bagi setiap belian emas EPP.

3. Emas yang dibeli secara EPP boleh diambil di cawangan Public Gold setelah selesai membuat bayaran, di mana jika cepat menyelesaikan bayaran maka cepatlah dapat mengambil emas yang di beli.

4. Tempoh pembayaran ansuran belian emas setiap bulan sama ada 4 bulan (standard) atau 10 bulan.

5. Harga emas yang dibeli kekal dan tetap tanpa dipengaruhi kenaikan atau penurunan harga emas selepas membuat belian.

22 November 2018: Koleksi testimoni – Saya ambil kesempatan ini untuk ucap terima kasih tak terhingga atas testimoni-testimoni anda. Sangat bermakna, suntikan semangat buat saya. Tqvm ✨

22 November 2018: contoh klu sy beli goldbar public gold adakah semua ar-rahnu terima tanpa buka seal ye. sblm ni sy suka kumpul golbar beli pd org tp kebanyakkan bila nk gadai ada yg tak terima

Ada certain arrahnu tak terima. Tapi nak lebih senang, pergi arrahnu pos je. Memang terima tanpa buka seal.

21 November 2018: Kisah kejayaan: Seorang customer berjaya menjual 2 gram pertama dari akaun GAP beliau pada harga RM240/pc (RM10 diskaun dari harga fizikal 1 gram). Belum jadi dealer pun, kita boleh mula jadi usahawan. Boleh jadi contoh buat semua ahli group ni. Syabas anak muda! 💯

16 November 2018: Dinar new look 😱✨

11 November 2018: Nak tanya…. turun naik komoditi emas ni correlate dengan apa ya? Sapa tau cer share

Terlalu subjektif, banyak faktor. harga emas dunia stabil, ringgit mengukuh maka emas Malaysia perlu kurang RM untuk beli

…. emas msia perlu kurang rm utk beli ? Maksudnya?

minggu lps kita perlu rm 17.5k ++ utk 100gm, hari ini cuma perlu rm17.2k++ shj utk 100gm emas,
means we need less RM to buy gold at present mlysia gold price

Is it correlate dgn us currency ke?

The closest i google

https://seekingalpha.com/article/1345901-the-6-major-fundamental-factors-that-determine-gold-and-silver-prices

Emas adalah pelaburan jangka panjang, pengamatan faktor2 tersebut dgn mengamati juga graf turun naik harga kesan faktor2 tersebut kpd harga

As far as I’m concerned, ada kaitan juga dgn US dollar partly. Hari tu US dollar naik, gold turun. But again, banyak faktor lain juga for example demand kepada emas tu sendiri etc. Tak expert sgt pasal faktor harga emas turun naik.

US turun emas naik dan vise versa – sebahagian faktor tapi bukan 100% faktor

Any historical data that we can observe?

Banyak membaca history/analisa di kitco.com

8 November 2018: Jom kita set matlamat, setiap bulan convert saving yang takkan guna dalam masa terdekat jadikan emas. Kepuasan ialah bila nampak emas kita membukit!

30 Oktober 2018: Saya ada masalah nama dah diisytihar bankrap. Boleh daftar Public Gold ke?

Boleh. Buka akaun mcm biasa, sebab sistem ni tak sama dengan bank.

29 Oktober 2018: Apa kegunaan wealth card?

Kegunaan wealth card, untuk dptkan discount kat certain tempat. Nanti login portal, dekat dlm portal ada list wealth card yg kita boleh guna utk dptkan discount. 😊

Respond dari PG sebagai tambahan:
wealth card is call as privilege card or more to discount card whereby customer are entitle to get a discount with certain hotel or selected partner that participate in our list. customer can find the list at our public gold website at wealth card corner.

Wealth Card tu all PG member entitled ke atau kena jadi VIP member dulu ☺

Sesiapa sahaja yang merupakan ahli Public Gold boleh memiliki Wealth Card

26 Oktober 2018: 7 kelebihan dealer Public Gold: https://emas2u.com/7-kelebihan-menjadi-dealer-public-gold/

1 Oktober 2018: Salam nak tanya mengenai wasiat .hihi.kalau kita telah tiada waris boleh terima ye simpanan gap kita tu dan dimana yg menyatakan waris kita adalah siapa ek?maaf ye kalau salah tanya.harap memahami 😅

Boleh. Waris kita boleh terima, cuma isi borang di branch. Lepastu bila kita tiada, waris kena bawa surat kematian n dapatkan akuan sumpah dari pesuruhjaya sumpah.

Prosesnya sama macam waris terima simpanan dari bank bila kita tiada.

 

25 September 2018: Public Gold: Gold In Transit (GIT) – Servis Pos Emas Ke Rumah

Public Gold telah melancarkan Gold In Transit (GIT) yang memberi kemudahan servis pos emas fizikal terus ke rumah pelanggan. Servis GIT ini merupakan servis penghantaran emas secara pos ke rumah yang pertama di Malaysia. BACA

9 September 2018: Assalamualaikum…. nak tanya apa beza dinar lbma gold wafer 24K dengan yang bawah tu yang 22k gold wafer tanpa lbma? Bunga mas/taifok?

24k = 99.9% (atau lebih tinggi) emas, juga dikenali sebagai emas 999

22k = 91.6% emas, juga dikenali sebagai emas 916

So yang mana better to keep?

I’d prefer 24k sebab kita buat ukuran ikut percentage spread dia.

((Harga beli-Harga jual)/Harga jual)*100%

Contoh berdasarkan harga di atas;

1 dinar 24k,
spread percentage
=((733-667)/667)*100
=9.90%

1 dinar 22k,
spread percentage
=((661-595)/595)*100
=11.1%

The higher the spread percentage, the less you earn per gram bila jual.

Formula nak maximize kan keuntungan – kira spread percentage.

Tips: lagi besar gram kita beli, lagi rendah spread percentage. Contoh 10 dinar, spread precentage = 6.8%

Harap membantu! ✨

3 September 2018: Boleh tak nugget PG (fizikal) ditukar kpd gold saving account? Macam mana caranya?

Kalau nak masuk dalam akaun, kena jual sedia ada. Then beli semula nak masuk terus dlm akaun. Mgkin kena topup sikit ikut berapa gram yg dah dijual tu.

Means kena buat belian baru utk masuk dlm saving akaun.

sumber rasmi: group Wassap Emas Kini Emas2U

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *