, , , ,

Harga Emas Oktober 2026 Turun Mendadak. Punca Dikenalpasti

Harga emas Oktober 2026 menyaksikan penurunan mendadak berlaku di hujung bulan. Dalam bulan ini, secara purata emas turun sekitar RM29.79 per gram! Ada beberapa punca utama penurunan harga emas dalam bulan Oktober. Baca analisis penuh.

harga emas oktober 2026

Harga emas GAP pada bulan Oktober 2026 secara purata mencatatkan penurunan besar, dengan purata harga pada RM584.58 per gram, turun sebanyak RM29.79 per gram berbanding September, bersamaan sekitar 5.1%!

Punca penurunan ada dikongsikan di bawah.

Nota: Ketika artikel ini ditulis pada 4 November 2026, harga emas tertinggi dalam sejarah adalah $5,608.35 per auns dipecahkan dalam bulan bulan Januari 2026 (join channel Emas2U untuk update harga emas harian).

Prestasi Harga Akaun Emas GAP (10/2026)

Tertinggi: RM597
Terendah: RM551
Purata: RM584.58

31-Okt: RM551⬇️
30-Okt: RM568⬇️
29-Okt: RM574⬇️
28-Okt: RM578⬆️
27-Okt: RM572⬆️
26-Okt: RM569⬇️
25-Okt: RM570➖
24-Okt: RM570⬇️
23-Okt: RM576⬇️
22-Okt: RM587➖
21-Okt: RM587⬇️
20-Okt: RM588⬇️
19-Okt: RM592➖
18-Okt: RM592⬇️
17-Okt: RM594⬆️
16-Okt: RM591⬆️
15-Okt: RM581⬇️
14-Okt: RM594➖
13-Okt: RM594⬇️
12-Okt: RM597➖🔝
11-Okt: RM597⬆️🔝
10-Okt: RM596⬆️
09-Okt: RM586⬆️
08-Okt: RM584⬇️
07-Okt: RM589➖
06-Okt: RM589➖
05-Okt: RM589➖
04-Okt: RM589⬇️
03-Okt: RM592⬇️
02-Okt: RM596⬆️
01-Okt: RM590⬆️

Analisis Harga Emas

graf harga emas gap oktober 2026

Analisis graf harga emas dan perak bulanan boleh lihat di sini.

Artikel berkaitan/bulan ini:

  1. Zakat Emas Simpanan: Bila Wajib Bayar dan Cara Kira
  2. Emas 916 vs 999: Mana Lebih Sesuai Untuk Simpanan?
  3. Beli Emas Guna BNPL: Berbaloi atau Membebankan?
  4. Bank Negara Beli Emas: Apa Maksudnya Untuk Rakyat Malaysia?

Momen-momen penting yang memberi kesan kepada harga emas sepanjang Oktober 2026:

8 Okt: Harga emas dan perak jatuh mendadak disebabkan 3 faktor berikut:
1. Minit mesyuarat Rizab Persekutuan mengekalkan kemungkinan kenaikan kadar faedah sekali lagi menjelang akhir tahun
2. Hasil bon Perbendaharaan jangka panjang tinggi
3. Nilai dolar yang lebih kukuh

15 Okt: Harga emas dan perak menjunam, turun mendadak pada sesi dagangan lewat Amerika Syarikat pada hari Rabu, apabila inflasi pengguna AS yang lebih tinggi daripada jangkaan (i) melonjakkan hasil bon Perbendaharaan, (ii) mengukuhkan nilai dolar, serta (iii) meningkatkan jangkaan terhadap langkah pengetatan lanjut oleh Federal Reserve. Perak mengalami penyusutan nilai yang paling ketara susulan peningkatan aktiviti penjualan.

23 Okt: Harga emas mencatat penurunan sekitar 2% kepada AS$4,054 per auns, harga perak pula jatuh kira-kira 5% kepada AS$55 per auns. Dalam tempoh sebulan, harga perak telah menjunam lebih 12%.

Apa yang menyebabkan harga emas dan perak jatuh?

Antara faktor utama ialah kebimbangan terhadap risiko gangguan bekalan minyak yang dikaitkan dengan Arab Saudi. Situasi ini berkait rapat dengan risiko keselamatan laluan perkapalan di rantau teluk yang beberapa kali mencetuskan kebimbangan pasaran sejak September lalu.

Apabila bekalan minyak berisiko terganggu, harga minyak berpotensi meningkat. Kenaikan harga minyak pula boleh mendorong inflasi menjadi lebih tinggi. Jika inflasi terus meningkat, Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mungkin mempertimbangkan untuk menaikkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras tinggi untuk tempoh yang lebih lama.

Keadaan ini memberi tekanan kepada harga emas dan perak. Kenapa? Kerana kedua-dua logam berharga tersebut tidak memberikan pulangan dalam bentuk faedah atau dividen. Apabila kadar faedah tinggi, pelabur mungkin lebih tertarik kepada aset yang menawarkan pulangan, sekali gus mengurangkan daya tarikan emas dan perak.

Adakah ini petanda harga emas akan terus jatuh?

Penurunan harga ketika ini tidak semestinya bermaksud prospek jangka panjang emas dan perak sudah berubah. Tekanan yang berlaku lebih berkait dengan jangkaan kadar faedah dan perkembangan geopolitik yang mempengaruhi pasaran.

Bagi pelabur yang mempunyai matlamat simpanan jangka panjang, penurunan harga seperti ini boleh menjadi peluang untuk menilai semula strategi pelaburan dan mempertimbangkan penambahan pegangan secara berperingkat.

Namun, keputusan membeli perlu mengambil kira kemampuan kewangan, tempoh pelaburan dan risiko turun naik harga. Harga emas dan perak masih boleh mengalami penurunan sebelum kembali pulih.

30 Okt: Harga emas dan perak turun lagi susulan pengumuman data KDNK serta inflasi AS yang kukuh menyokong jangkaan langkah pengetatan kadar oleh Rizab Persekutuan (Fed).

31 Okt: Harga emas turun lebih 2.9%, paras terendahnya sejak pertengahan Julai.

Harga perak pula mencatatkan penurunan lebih ketara, turun kira-kira 5.5%, dan kini berada kira-kira 18% lebih rendah berbanding paras dagangannya pada akhir September.

Ini masa sesuai beli emas dan perak.

Lihat sejarah analisa dan graf harga emas sepanjang tahun 2026 di https://emas2u.com/harga-emas-malaysia/

Bagaimana dengan harga emas pada bulan November 2026?

Dengan pelbagai ketidaktentuan yang memberi kesan kepada harga emas, jadi yang pertama terima berita emas di emas2u.com. Stay tuned di Channel Emas2U (klik sini) untuk berita dan harga terkini emas.


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>

Written by Muhaimin

Seorang yang sangat passionate tentang emas dan perak. Yakin dan percaya dengan Al-Qur'an dan hadith yang menyatakan emas dan perak adalah matawang sebenar. Emas, perhiasan di syurga, available di dunia.