Harga emas Ogos 2026 menyaksikan kebangkitan semula, selepas turun sejak bulan Mac, paling buruk dalam 43 tahun. Dalam bulan ini, secara purata emas naik sekitar RM40.65. Ada beberapa sebab utama kenaikan harga emas dalam bulan Ogos. Baca analisis penuh.

Harga emas GAP pada bulan Ogos 2026 secara purata mencatatkan kenaikan, dengan purata harga pada RM623.13 per gram, naik sebanyak RM40.65 per gram berbanding Julai, bersamaan sekitar 6.52%!
Punca kenaikan ada dikongsikan di bawah.
Nota: Ketika artikel ini ditulis pada 4 September 2026, harga emas tertinggi dalam sejarah adalah $5,608.35 per auns dipecahkan dalam bulan bulan Januari 2026 (join channel Emas2U untuk update harga emas harian).
Prestasi Harga Akaun Emas GAP (08/2026)
Tertinggi: RM654
Terendah: RM578
Purata: RM623.13
31-Ogo: RM625➖
30-Ogo: RM625⬇️
29-Ogo: RM637⬇️
28-Ogo: RM646➖
27-Ogo: RM646⬇️
26-Ogo: RM654➖🔝
25-Ogo: RM654⬆️🔝
24-Ogo: RM647➖
23-Ogo: RM647⬇️
22-Ogo: RM650⬆️
21-Ogo: RM639⬆️
20-Ogo: RM637⬆️
19-Ogo: RM619⬇️
18-Ogo: RM628⬆️
17-Ogo: RM626➖
16-Ogo: RM626⬇️
15-Ogo: RM628⬆️
14-Ogo: RM625⬇️
13-Ogo: RM631⬆️
12-Ogo: RM626⬆️
11-Ogo: RM623⬆️
10-Ogo: RM621➖
09-Ogo: RM621⬇️
08-Ogo: RM622⬆️
07-Ogo: RM608⬆️
06-Ogo: RM607⬆️
05-Ogo: RM586⬆️
04-Ogo: RM579⬆️
03-Ogo: RM578⬆️
02-Ogo: RM578⬆️
01-Ogo: RM578⬆️
Analisis Harga Emas

Analisis graf harga emas dan perak bulanan boleh lihat di sini.
Artikel berkaitan/bulan ini:
- Harga Emas Naik Melepasi Paras $4200. Ini 4 Faktor Utama
- Lelaki Main Overlap Emas, Sesak Dada Bayar Upah Ar-Rahnu RM144k!
- Save Quick Game 2026 – Senarai Pemenang
Momen-momen penting yang memberi kesan kepada harga emas sepanjang Ogos 2026:
5 Ogo: Korea Selatan merupakan negara terkini yang mengumumkan mahu meningkatkan rizab emasnya, dan mula membeli emas buat kali pertama sejak 2013
13 Ogo: Harga emas dan perak meningkat selepas data inflasi AS bagi bulan Julai menunjukkan kadar inflasi lebih rendah daripada jangkaan. Keadaan ini mengurangkan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) akan menaikkan kadar faedah pada September.
Pada masa sama, hasil bon Perbendaharaan AS turut menurun, sekali gus membantu menyokong harga emas dan perak.
20 Ogo: Harga emas melonjak 4% melepasi paras $4,500 awal hari ini selepas Treasury AS beli balik hutang jangka panjang sendiri. Selain itu, kadar faedah bon 30 tahun jatuh, kadar jangka pendek pula naik, dan matawang dolar AS jatuh ke paras terendah dalam tiga bulan
22 Ogo: Harga emas dan perak meningkat didorong oleh (i) kelemahan dolar AS, (ii) kebimbangan terhadap risiko kewangan kerajaan serta (iii) ketidaktentuan yang masih berlaku di Selat Hormuz.
Keadaan ini mendorong pelabur untuk terus membeli emas dan perak sebagai aset perlindungan, walaupun hasil bon Perbendaharaan AS masih berada pada paras tinggi.
Lihat sejarah analisa dan graf harga emas sepanjang tahun 2026 di https://emas2u.com/harga-emas-malaysia/
Bagaimana dengan harga emas pada bulan September 2026?
Dengan pelbagai ketidaktentuan yang memberi kesan kepada harga emas, jadi yang pertama terima berita emas di emas2u.com. Stay tuned di Channel Emas2U (klik sini) untuk berita dan harga terkini emas.



