Mana Lebih Baik, Simpan Emas Fizikal Atau GAP? | Emas2U.com – Antara soalan yang kerap customer tanya sebelum miliki emas pertama ialah lebih kurang begini: Cadangan tuan, mana lebih baik, simpan emas Public Gold secara fizikal atau dalam bentuk akaun GAP?
Sebenarnya, kedua-dua cara memiliki emas ini ada kelebihan masing-masing, dan pendapat saya, faktor pemilihan untuk simpan dalam bentuk fizikal atau akaun GAP ada 2 iaitu;
- Bajet Mula
- Keselamatan
#1 Bajet Mula Simpan Emas Public Gold Fizikal VS Akaun GAP
Cadangan saya, jika bajet kecil, dalam RM100, lebih sesuai simpan dalam akaun GAP. Konsepnya seperti menabung, simpan sikit serendah RM100 sebulan dan lihat emas kita membukit. Boleh jual/beli atau keluarkan anytime dengan syarat dalam GAP ada 1 gram untuk akaun kekal aktif.
Kalau bajet besar, saya cadang beli emas fizikal terus. Formulanya mudah, lebih besar gram, lebih rendah harga per gram, lebih rendah % susut nilai, dan lebih tinggi harga per gram bila kita nak jual balik.
#2 Keselamatan Simpan Emas Public Gold Fizikal VS Akaun GAP
Dari segi keselamatan simpanan emas pula, memiliki emas fizikal maksudnya anda simpan sendiri emas tersebut. Tak kisahlah di rumah ke, atau di kedai/bank (sewa space), emas fizikal tu 100% di bawah jagaan anda.
Tapi kalau anda jenis tak berani simpan di rumah kerana risiko hilang atau rasa tak tenang, akaun GAP lebih sesuai untuk anda. Tiada sebarang caj mula atau caj bulanan/tahunan, hanya perlu ada 1 gram dalam akaun GAP untuk kekal aktif.
Kesimpulannya;
Beli emas Public Gold fizikal jika;
Bajet besar. Lebih besar gram, lebih rendah harga per gram, lebih rendah % spread bila nak jual semula. Emas simpan sendiri.
Beli emas Public Gold akaun GAP jika;
Bajet kecil tapi berterusan. Contoh RM100 setiap bulan. Harga per gram sama walaupun beli banyak. Sesuai jika tak berani simpan sendiri di rumah.
Perlukan bantuan? Tanya saya anytime
Muhammad Muhaimin Mohd Isa (PG00149040)
Dealer Emas Sah Public Gold | Emas Patuh Syariah | Emas Mampu Milik
Founder & CEO www.Emas2U.com
012-230 2158
Pingback:Persoalan & Ilmu Simpanan Emas – Emas2U – Tips Pelaburan Emas