, ,

15 Kualiti Emas Yang Ramai Tak Tahu

Banyak rupanya kualiti emas di pasaran, yang biasa kita dengar 24k, 22k dan 18k. Tapi ada sekurang-kurangnya 15 kualiti semuanya yang menjadi punca kenapa ada emas mahal dan murah.

kualiti dan jenis emas

Kita biasa dengar macam-macam nama emas, antaranya emas 24k, emas paun, emas Thailand, emas Indonesia dan emas suasa.

Tahukah anda, secara teknikal, setiap jenis emas ini berbeza? Teruskan membaca.

Kualiti Emas Diukur Dengan Karat. Apa Itu Karat?

Karat adalah ukuran ketulenan emas. Pecahan ketulenan emas berjumlah 24 bahagian dan mewakili kualiti emas sebagai bilangan bahagian emas. Emas 24 karat bermaksud 24 daripada 24 bahagian adalah emas menjadikannya emas tulen.

Cara kira Karat:

( 24K / 24K ) x 100 = 99.9 %
( 22K / 24K ) x 100 = 91.6 %
( 18K / 24K ) x 100 = 75 %

Ini pelbagai jenis dan kualiti emas yang ada dalam pasaran. Perhatikan nama popular emas di Malaysia:

kualiti emas

Daripada 15 kualiti emas di atas, yang paling popular di seluruh dunia ialah emas 24K, emas 22K dan emas 18K.

Emas 24k (Emas 999)

Emas 24K juga dikenali dengan nama emas tulen atau emas 999 (99.9% emas). Ini bermaksud semua 24 bahagian dalam emas ini adalah emas tulen tanpa campuran logam lain.

Di Malaysia, orang tua biasa menggelarkan emas 24k sebagai emas 10

Kebanyakkan dalam bentuk emas jongkong (gold bar). Harganya lebih mahal berbanding kualiti emas yang lain.

Emas 24K merupakan kualiti emas yang terbaik untuk simpanan dan juga pelaburan.

Miliki emas Public Gold 24k, daftar percuma sebagai ahli di sini dan PM Cik Fiza dari Emas2U untuk bantuan.

emas 999 emas 24k
Contoh emas 24K (emas 999) dalam bentuk jongkong (gold bar)

Emas 22k (Emas 916)

Emas 22K atau nama lainnya emas 916 (kandungan emas 91.6%) ada campuran bahan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya. .

Juga digelar Emas Singapura, emas 22k biasanya datang dalam bentuk emas perhiasan seperti cincin, rantai dan gelang. Harganya lebih murah berbanding emas 24K dan kurang sesuai dijadikan pelaburan kerana spreadnya lebih tinggi biasanya.

Emas2U pernah kongsikan perbezaan emas 24K dan 22K dengan lebih lanjut di Perbezaan Emas 999 Dan Emas 916.

emas 916 emas 22k
Contoh emas 22K (emas 916) dalam bentuk perhiasan
KriteriaEmas 999Emas 916
Peratus emas99.9%91.6%
Ketulenan24K – Tinggi22K – Rendah
CampuranTiada campuranAda campuran dengan
logam lain seperti perak
dan besi
Kekuatan emasLembutKeras
KilauanTahan lamaCepat pudar
HargaLebih mahalLebih murah
Contoh harga di
Public Gold pada
6 November 2021
1 gram: RM2651 gram: RM239.76
Kadar Gadaian
Ar-Rahnu
Lebih tinggiLebih rendah
Susut nilaiLebih rendahLebih tinggi
Biasanya dalam
bentuk…
Syiling (coin), jongkong
(gold bar), wafer
Barang kemas seperti
cincin, gelang dan rantai

Emas 18k (Emas 750)

Emas 18K mempunyai kandungan 75.0% emas, bermaksud ia ada 25% campuran kandungan lain iaitu besi, tembaga, aluminium dan sebagainya. Kurang popular di kalangan pembeli emas kerana mutu emas lebih rendah berbanding emas 999 dan emas 916.

Lebih Lanjut Berkaitan Kualiti Emas

Kami juga pernah kongsikan lebih lanjut Cara Kenali Jenis Emas 999, 916 dan 750.

Semoga bermanfaat!


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>