, ,

Perbezaan Emas 999 Dan Emas 916

Apa beza emas 999 dan emas 916? Yang mana lebih sesuai untuk pelaburan emas? Ketahui perbezaan emas 999 dengan emas 916!

Emas2U.com – Apa beza emas 999 dan emas 916? Yang mana lebih sesuai untuk pelaburan emas? Ketahui perbezaan emas 999 dengan emas 916!

Emas merupakan salah satu aset yang sentiasa tinggi nilainya. Memiliki dan menyimpan emas merupakan sesuatu yang baik jika difikirkan pulangannya pada masa hadapan.

Akan tetapi, banyak jenis emas yang dijual di pasaran, antara yang paling kerap kita dengar ialah emas 999 da emas 916.

Mana yang sesuai untuk dijadikan perhiasan dan yang mana lebih sesuai untuk dijadikan pelaburan? Mari kita lihat apakah perbezaan jenis emas-emas ini mengikut ciri-ciri masing-masing:

KriteriaEmas 999Emas 916
Peratus emas99.9%91.6%
Ketulenan24K – Tinggi22K – Rendah
CampuranTiada campuranAda campuran dengan
logam lain seperti perak
dan besi
Kekuatan emasLembutKeras
KilauanTahan lamaCepat pudar
HargaLebih mahalLebih murah
Contoh harga di
Public Gold pada
8 Julai 2019
1 gram: RM198
1 dinar: RM842
1 gram: RM157
1 dinar: RM759
Kadar Gadaian
Ar-Rahnu
Lebih tinggiLebih rendah
Susut nilaiLebih rendahLebih tinggi
Biasanya dalam
bentuk…
Syiling (coin), jongkong
(gold bar), wafer
Barang kemas seperti
cincin, gelang dan rantai

Sekarang dah dapat bezakan tak emas 999 dan emas 916? Banyakkan bezanya?

Kita juga dapat membuat kesimpulan bahawa emas 999 lebih sesuai dijadikan simpanan untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi pada masa akan datang kerana kandungannya yang tiada campuran, hampir 100% emas.

Ini juga menjawab, kenapa ada kedai yang jual emas pada harga rendah dan ada yang pada harga tinggi. Sebelum kita main beli je, pastikan kita tahu emas yang dijual itu emas 999 atau emas 916. Tambahan pula, harga upah berbeza-beza juga menjadi punca beza harga di kedai emas terlalu tinggi. Hati-hati, kadang-kadang harga yang dipamerkan adalah sebelum kira harga upah.

Contoh emas 999 yang terdapat di Public Gold
Contoh emas 916. Biasanya dalam bentuk barang kemas

Semoga bermanfaat!

Ingin mula menyimpan emas? Mesti ada ilmu. Download ebook Emas A-Z percuma di https://ebook.emas2u.com

Subscribe YouTube Emas2U untuk kelas online percuma di http://bit.ly/Emas2u

Persoalan tentang emas? Tanya saya anytime

Muhammad Muhaimin Mohd Isa
Dealer Emas Sah Public Gold | Emas Patuh Syariah | Emas Mampu Milik
Founder & CEO www.Emas2U.com
012-230 2158
https://emas2u.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *