, ,

Pelaburan Emas VS Pelaburan ASB, Yang Mana Lebih Baik?

Saya tertarik dengan kiraan pulangan yang dikongsi oleh seorang individu, katanya pulangan ASB lebih tinggi dari emas. Ini respond saya.

Emas2U – Saya tertarik dengan kiraan pulangan yang dikongsi oleh seorang individu, dia berjaya buktikan pulangan ASB lebih tinggi dari emas. Ini respond saya.

Individu tersebut buat perbandingan pulangan pelaburan emas dan pelaburan ASB dalam tempoh yang sama selama 7 tahun dari tahun 2013 ke tahun 2020.

Perbandingan Pulangan Emas VS ASB Bagi Tempoh 7 Tahun

2013

@ 24.05 gram x RM165 + upah (RM200) = RM4168.25

2020 (7 tahun)

@24.05 gram x RM255 = RM5411.25

tapi kalau nak jual ambil barang lain kedai akan tolak 13% (ni kedai kat tampin, kenai yang lain rata-rata 18%)

So 5411.25-13% = RM4707.79

RM4707.79 – RM4168.25

Maka keuntungan selama 7 tahun = RM539.54

Kalau invest kat ASB 7 tahun lepas

RM4000 x 0.055 (rate yang paling rendah)
=RM220

RM220x7 tahun
=RM1540

Simpanan Emas VS ASB, Mana Satu Lagi Bagus?

Baik, ini respond dari saya. Fahami 3 point ini:

  1. Perbandingan yang dibuat adalah ke atas emas perhiasan yang biasanya daripada emas 916. Apa beza emas 916 dan emas 999? Baca di sini. Emas perhiasan biasanya caj upah lebih tinggi. Bila nak jual spread belas2 percent berbanding emas simpanan (di Public Gold max 10%)
  2. Actually comparing pelaburan ASB dengan pelaburan emas adalah seperti compare apple dengan oren, atau kereta dengan motosikal. Masing2 ada kelebihannya. Kereta lebih laju di highway, motosikal pula boleh mencelah ketika kereta stuck dalam jem teruk.
  3. Tidak fair dan tidak relevan kalau kita compare pulangan emas dan ASB bagi tempoh yang sama. Sebab kekuatan RM dan emas ada pada masa yang berbeza. Kekuatan ASB bersandarkan pada RM sementara kekuatan emas bersandarkan pada harga emas dunia semasa.

Selain itu, individu juga compare pada 2 peak harga emas yang sedang tinggi. Tahun 2013 dan tahun 2020. Refer graf di bawah. So ini menyokong point #3 di atas.

For example, siapa yang beli emas tahun 2018, masa tu harga emas simpanan sekitar RM170-190/g (lebih kurang), jika jual sekarang pada RM250/g, kenaikan purata 28%, lepas tolak spread (let say tertinggi 10% di Public Gold) jadi 18%. Jauh lebih tinggi dari ASB yang akhir-akhir ini 5.5% je. So don’t get me wrong, my point here is not to tell pelaburan emas lagi bagus, tapi tidak relevan jika kita bandingkan emas dan ASB.

Ianya bergantung kepada kepada objektif kita sebenarnya.

Kalau objektif kita nak jana keuntungan short term, pilih pelaburan wang seperti pelaburan ASB.

Kalau objektif kita nak jana keuntungan long term, lindungi wang kita ke medium yang lebih kuat, kalis ekonomi dan backup bila matawang jatuh dan tak bernilai, pilih pelaburan emas.

So, apa cadangan terbaik, pelaburan emas ke pelaburan ASB?

Cadangan saya pelbagaikan simpanan, pelaburan wang/emas/hartanah;

  1. Pelaburan wang seperti ASB/TH – penting sebab kita berbelanja guna duit
  2. Pelaburan emas Public Gold – penting untuk lock kekayaan/harta kita dan dijadikan backup bila nilai RM turun atau keadaan ekonomi teruk
  3. Pelaburan hartanah – kalau ada bajet besar consider this. Income passive mudah.

Setiap pelaburan ada kelebihan dan kekuatan masing-masing.

Saya harap ini menjawab persoalan Pelaburan Emas VS Pelaburan ASB, Yang Mana Lebih Baik?

Muhammad Muhaimin Mohd Isa
Dealer Emas Sah Public Gold | Emas Patuh Syariah | Emas Mampu Milik
Founder & CEO www.Emas2U.com
Whatsapp / Call 012-230 2158

LIKE | FOLLOW Emas2U

Website: https://emas2u.com
Ebook: https://ebook.emas2u.com
Facebook: http://bit.ly/Emas2U
Instagram: http://bit.ly/InstagramEmas2U
Youtube: http://bit.ly/Emas2u
Telegram: http://t.me/emas2u_com
App Emas2U: https://app.emas2u.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *