, , , ,

6 Jenis Pelaburan Emas Yang Ramai Tak Tahu

Emas adalah merupakan logam berharga yang sangat popular dan aset yang mampu menjana pendapatan bagi para pelabur. Ini jenis-jenis pelaburan emas yang ramai tak tahu.

jenis pelaburan emas

Emas sering digunakan sebagai alat kalis inflasi dan kemerosotan nilai mata wang. Apabila inflasi meningkat dan nilai mata wang menurun, harga emas biasanya akan naik.

Tapi tahukah anda, ada 6 jenis pelaburan emas yang anda boleh lakukan?

6 Jenis Pelaburan Emas

1. Pelaburan Emas Fizikal Menerusi Laman Web Bullion

jenis pelaburan emas

Bullion atau jongkong emas merujuk kepada emas dan perak dengan ketulenan paling tinggi iaitu 999 atau nama lainnya 24k. Bullion terdapat dalam bentuk bar, jongkong atau syiling dinar. Membeli bar emas adalah cara konvensional untuk pelaburan emas.

Senarai jongkong emas yang boleh didapati di Malaysia boleh klik di sini.

Bagaimanapun, pelaburan emas tidak terhad kepada pembelian emas fizikal.

2. Pelaburan Emas Barang Kemas & Perhiasan

pelaburan emas perhiasan

Emas perhiasan atau barang kemas adalah cara popular bagi ramai wanita di Malaysia untuk melabur emas. Selain menjadi instrumen pelaburan, barang kemas juga boleh menjadi perhiasan dan mencantikkan lagi seseorang wanita apabila memakainya di leher, di pergelangan tangan atau di jari.

Namun ada beberapa kelemahan emas perhiasan:

  • Kos upah pertukangan biasanya lebih tinggi. Lebih cantik dan details ukiran/hiasan pada barang kemas, lebih tinggi upahnya
  • Ketulenan tidak tinggi. Biasanya barang kemas telah dicampur dengan bahan lain seperti besi, perak dan gangsa supaya struktur barang kemas lebih keras dan tidak mudah kemek. Selain 24k, ada sekitar 14 kualiti lain biasanya digunakan untuk perhiasan.
  • Anda mungkin mendapat pulangan rendah bila jual semula. Ini kerana spread emas perhiasan biasanya lebih tinggi, ditambah pula dengan kualiti emas yang rendah.

3. Pelaburan Emas Dalam Bentuk Akaun

Jika anda tidak berani menyimpan emas di rumah kerana takut dicuri, atau anda mahu menyimpan emas dengan cara menabung sikit demi ssedikit, pelaburan menerusi akaun emas sesuai dengan anda.

pelaburan akaun emas

8 kelebihan simpanan emas dalam bentuk akaun:

  1. Sesuai untuk penyimpan dengan bajet kecil tapi berterusan (cth RM100 setiap bulan).
  2. Sesuai untuk penyimpan yang tidak berani menyimpan sendiri.
  3. Tiada had umur, akaun untuk anak-anak boleh dibuka pada seawal kelahiran.
  4. Boleh jual/beli secara atas talian di mana-mana sahaja.
  5. Simpan emas secara percuma. Tiada yuran bulanan dan tiada caj tersembunyi.

dan 3 lagi kelebihannya dan cara mudah buka akaun (tanpa perlu ke cawangan) boleh baca di sini.

4. Dana Dagangan Saham (ETF) Yang Membeli Emas & Yang Berdagang Niaga Hadapan Emas

Selain daripada emas fizikal, anda juga boleh beli ETF sama seperti anda beli saham di pasaran saham. ETF membolehkan pelabur akses kepada emas tanpa sebarang caj tambahan, caj simpanan atau risiko keselamatan yang dikaitkan dengan emas sebenar.

Tetapi akan ada nisbah perbelanjaan sesuatu dana yang menyebabkan pelabur dikenakan caj beberapa peratus setiap tahun. Ianya yuran tahunan bagi membayar pihak pengurusan dan perbelanjaan pentadbiran.

Di Malaysia, ada beberapa platform yang membolehkan pelabur berpeluang untuk melabur ke dalam emas secara patuh Syariah. Dana tersebut menjejak pulangan emas menerusi struktur ETF, di mana anda boleh membelinya di Bursa Malaysia.

Bagi kontrak berdasarkan kepada niaga hadapan emas pula, ianya adalah haram untuk melabur ke dalam ETF yang berdagang niaga hadapan emas.

5. Beli Emas Menerusi Pasaran Niaga Hadapan Atau Opsyen

Kontrak bullion niaga hadapan juga boleh dibeli oleh para pelabur. Kontrak niaga hadapan adalah persetujuan untuk membeli atau menjual sesuai aset atau komoditi pada harga semasa tetapi dilakukan pada masa hadapan.

Penjual kontrak niaga hadapan bersetuju untuk menghantar emas kepada pembeli pada tarikh luput kontrak. Pembeli akan memiliki kontrak emas sehingga kontrak tersebut dihantar. Sekiranya pembeli membuat keputusan untuk tidak membeli emas tersebut, kontrak tersebut boleh dijual sebelum ianya matang atau ditukar kepada kontrak baru (dengan syarat baru, harga baru, tarikh baru).

Pelaburan emas sebegini tidak dibenarkan di dalam Islam, sepertimana Hadis di atas, semua barang ribawi perlu dijalankan secara lani (on-the-spot). Pembeli perlu memiliki emas serta-merta tanpa perlu menunggu untuk ianya dihantar di kemudian hari.

6. Kontrak Untuk Perbezaan / Contract For Differences (CFD) Emas

cfd trading

Perdagangan emas kini tidak lagi memerlukan para pedagang untuk memiliki emas fizikal untuk berdagang. Kontrak Untuk Perbezaan (CFD) adalah kontrak kewangan yang membayar perbezaan di antara harga buka dan harga tutup harga penyelesaian.

Objektif di sebalik perdagangan CFD emas adalah untuk melakukan spekulasi ke atas emas. Keuntungan atau kerugian adalah dikira berdasarkan perubahan harga emas di sepanjang tempoh kontrak.

Ketika pasaran sedang jatuh, anda boleh JUAL dulu emas kemudian BELI semua. Sebaliknya apabila pasaran sedang naik, anda boleh BELI pada harga rendah dan JUAL apabila harganya naik.

Pelaburan CFD juga adalah dilarang kerana tiada sebarang transaksi emas berlaku, dan kesan ekonominya adalah seperti kita berjudi.

Artikel ditambah dan diolah dari sumber asal: Tuan Hanif Yahaya (Perancang Kewangan Berlesen) via Emas2U


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>