, , , , , ,

Semua Persoalan Tentang Akaun Emas GAP Public Gold Di Sini

Semua soalan dalam post ini ditanya oleh customer saya sejak saya menjadi dealer. Semoga bermanfaat!

Emas2U – Saya kongsikan semua informasi dan persoalan tentang akaun emas Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold dalam post ini. Semua soalan dalam post ini ditanya oleh customer saya sejak saya menjadi dealer. Semoga bermanfaat!

Nota Artikel Persoalan Emas GAP

  1. Artikel ini masih dalam progres dan akan dikemaskini dari masa ke semasa. Tarikh terakhir dikemaskini: 10 Mei 2020
  2. Tarikh yang dipaparkan sebelum soalan adalah tarikh soalan tersebut ditanya dalam group Emas2U – Emas Kini

Senarai Persoalan Emas GAP Public Gold

3 Mei 2020: Saya pun ada buat top up pada 24/4 guna bank xfer. X dpt invoice juga walaupun dah meningkat jumlah emas. Invoice ni mesti kena dpt juga ke?

Tak mengapa jika tiada invoice, boleh lihat transaction history dalam sistem, semua rekod transaksi berserta tarikh ada dalam tu. Menu >> MY GAP

28 April 2020: klu hrga GAP turun….dinar pun turun?

Ya boleh dikatakan begitu. Tapi please take note, harga GAP berubah setiap hari pada jam 12am, harga fizikal berubah setiap 20 minit, so dalam sehari ada masa fizikal sama, lebih murah atau lebih mahal dari GAP

20 April 2020: Beli gap x boleh dapat fizikal ke?

Boleh tebus GAP jadi fizikal, hanya perlu maklum cawangan nak berapa gram. Fleksibel, ikut gram yang kita nak. Pastikan ada baki 1 gram untuk akaun kekal aktif

13 April 2020: Memandangkan ramai yang PM saya cara beli & jual GAP, saya sediakan tutorial step by step dan video tutorial di sini: https://emas2u.com/jual-beli-emas-di-public-gold-secara-online/

InsyaAllah mudah nak follow dan buat sendiri. Semoga bermanfaat!

12 April 2020: Sya nak tanya , kalau sya keluarkan dri akaun GAP jadi emas fizikal lepas tu jual dgn harga runcit.. Kat mana tempat kita nak jual tu? Public gold beli tak yang kita? Atau kedai emas biasa je?

Emas fizikal boleh dijual semula kepada Public Gold, kedai-kedai emas lain, atau individu.

9 April 2020: Di mana kita nak tengok history harga GAP?

Di website Public Gold tiada harga2 sebelum ni tetapi pihak Emas2U.com telah melakukan inisiatif merekod harga emas setiap hari dan membuat analisa emas setiap bulan:

Sep 2019: https://emas2u.com/prestasi-harga-emas-september-2019/

Okt 2019: https://emas2u.com/prestasi-harga-emas-oktober-2019/

Nov 2019: https://emas2u.com/prestasi-harga-emas-november-2019/

Dis 2019: https://emas2u.com/prestasi-harga-emas-disember-2019/

Jan 2020: https://emas2u.com/harga-emas-januari-2020/

Feb 2020: https://emas2u.com/prestasi-harga-emas-februari-2020/

Mac 2020: https://emas2u.com/prestasi-graf-harga-emas-mac-2020/

5 April 2020: Kalau dari acc GAP. Kita boleh ke minta keluarkan dalam bentu fizikal

Boleh, hanya perlu hubungi cawangan terdekat untuk collect. Jika stok ada boleh terus datang dan ambil. Jika stok tiada, cawangan akan hubungi tuan bila stok ready.

27 Mac 2020: Dlm akaun GAP tu ade Ar-Rahnu juga, mcmane sistemnya berfungsi?

Untuk pajak GAP kita. Kalau pajak di Public Gold:

Loan – 60% of nilai marhun
upah – 1% of nilai marhun

21 Mac 2020: Ada 2 cara nak topup GAP

1. Online banking (macam masa daftar) ke akaun Maybank Public Gold Marketing Sdn Bhd
557139238048

Email PG code dan slip bayaran ke gap@publicgold.com.my dan check akaun selepas 48 jam bekerja

Atau bagi saya pun boleh

2. Melalui sistem (beli via FPX, ada caj RM1). Cara jual/beli GAP melalui sistem boleh refer panduan di https://emas2u.com/kit-panduan-dealer-public-gold/

11 Februari 2020: Muhaimin, Please bimbing bagaimana nak beli Emas GAP melalui Standing Instruction (SI)?

Standing Instruction (SI) yang dimaksudkan ialah bayaran tetap bulanan yang kita boleh set di bank. Contoh kita set SI sebulan RM200, setiap bulan akan auto tolak RM200 dari akaun kita dan dipindah ke akaun Public Gold dan kemudian ditukar menjadi emas dalam akaun GAP kita.

Cara-caranya:
1. Setup Standing Instruction (SI) di bank tuan/puan. Lain bank lain cara setup
2. Simpan resit SI dan hantar ke staff PG untuk mereka update (kali pertama sahaja)
*Attachkan resit SI (tak kisah berapa bulan nak buat SI)
*PG Code
*Nama penuh
3. Setiap bulan semak GAP tuan/puan, pastikan emas terkumpul bertambah. Kalau lambat update inform saya

Cara setup SI di CIMB: https://m.youtube.com/watch?v=CMR7NrklYTA

Bank Rakyat Standing Instruction GAP

Transfer ke other account seperti biasa

Pilih Instant Tranfer

Masukkan no akaun Public Gold Marketing (Maybank)
5571-3923-8048

Recipient Reference : Tulis PG Code anda

Masukkan jumlah RMxxx

Effective Date : Pilih tarikh mula

Set this as a repeat payment : Klik YES

Frequency : Monthly

No payment to be made : 12

Klik confirm

Klik Get Receipt & printscreen whatsapp own Branch

15 Januari 2020: Apa beza GAP 1g dgn fizikal 1g? Bagus beli 10 gram GAP atau 10 gram fizikal?

12 Januari 2020:

Kalau tuan/puan masih belum tahu, Public Gold Mobile App – GAP telah dinaiktaraf pada 31/12/2019. Boleh download dan check akaun GAP/SAP tuan/puan melalui app ๐Ÿ˜Š

BACA: https://emas2u.com/download-public-gold-app-di-app-store-ios-play-store-android/

26 Disember 2019: Apa maksud Buyback (Public Gold)?

Buyback = jual emas kita kepada Public Gold. Cara jual/beli GAP melalui sistem boleh refer panduan di https://emas2u.com/kit-panduan-dealer-public-gold/

26 November 2019: Kalau kita ada GAP 10g dan nak bawa keluar emas 1g 8 keping boleh ke?

Waalaikumussalam wbt tuan, boleh. Call cawangan terdekat dan maklum nak tebus dari GAP. Kalau stok ada boleh terus ambil, kalau stok tak cukup, cawangan akan call bila stok ready.

Cuma cadangan saya, kalau nak tebus fizikal, consider tebus gram yang lebih besar sebab (1) Caj GP lebih rendah, dan (2) Spread value bila nak jual lebih rendah, jadi pulangan lebih tinggi.

Maksudnya, 1g x 10 unit tak sama nilainya dengan 10g x 1 unit walaupun jumlah berat sama.

Apa pun terpulang kepada tuan ya ๐Ÿ˜Š๐Ÿ‘๐Ÿป

8 November 2019: Berapa kerap harga emas fizikal dan emas GAP berubah?

Harga emas akaun GAP berubah setiap hari pada 12am. Harga emas fizikal berubah setiap 20 minit, so harga fizikal per gram boleh jadi sama, lebih tinggi atau lebih rendah dari harga GAP setiap 20 minit.

1 November 2019: Salam..bole ke klo ade emas fizikal kte nk tkr msk akaun GAP?

Waalaikumussalam wbt tuan, kena jual dulu emas fizikal, then beli akaun GAP. Direct masuk tak boleh

7 Oktober 2019: Kalau GAP kita nak tukar ke emas fizikal boleh tak?

Boleh. Hanya perlu call cawangan terdekat dan maklum nak tebus. Kalau stok ada boleh terus walk in, kalau stok tiada, cawangan akan call bila stok ready. Pastikan dalam GAP ada baki 1 gram untuk akaun kekal aktif (kalau nak keluar habis pun boleh, tapi akaun akan jadi tak aktif dan kena bayar RM50 utk aktifkan semula). Maksudnya contoh kalau nak keluarkan 10 gram, dalam akaun kena ada 11 gram

10 September 2019: Cara Pajak Emas GAP Di Ar-Rahnu

Rujuk artikel ini

5 Mac 2019: Yang mana lebih untung smpan emas fizikal ke Public Gold GAP?

Masing2 ada kelebihan dan keuntungan tersendiri

Beli fizikal jika;
Bajet besar. Lebih besar gram, lebih rendah harga per gram, lebih rendah % spread bila nak jual semula. Emas simpan sendiri.

Beli GAP jika;
Bajet kecil tapi berterusan. Contoh RM100 setiap bulan. Harga per gram sama walaupun beli banyak. Sesuai jika tak berani simpan sendiri di rumah.

9 Februari 2019: 7 Kelebihan GAP

1. Sesuai untuk penyimpan dengan bajet kecil tapi berterusan (cth RM100 setiap bulan).

2. Penyimpan tak berani nak simpan sendiri.

3. Sesuai buka untuk anak-anak seawal kelahiran (bila ada no IC).

4. Boleh jual/beli secara online tanpa ke cawangan.

5. Simpan emas secara percuma. Hanya 1 gram untuk akaun kekal aktif. Tiada yuran bulanan dan tiada caj tersembunyi.

6. Boleh keluar emas fizikal fleksibel, ikut gram yang kita nak serendah 1 gram.

7. GAP patuh syariah – dipantau oleh panel syariah Amanie Advisors Sdn Bhd.

15 Januari 2019: Assalamualaikum..nk tanya kalau kita nk keluarkn emas dri akaun GAP..ada dikenakn cas atau bayaran tak?

Waalaikumussalam wbt tuan, ada.

Syarat nak withdraw dari GAP, ada 2:
1. Dalam GAP ada minimum 1g
2. Kena bayar caj Gold Premium (GP)

Gold Premium (GP) = Caj one time bila nak beli/withdraw emas fizikal. Caj transportation ke cawangan. More info https://emas2u.com/apa-itu-gold-premium-public-gold/

9 Januari 2019:ย Tips Topup GAP: Akaun tuan/puan akan dikemaskini dalam 48 jam. Kalau selepas 48 jam tiada perubahan mohon maklum saya, biar saya rotan staff Public Gold tu ๐Ÿ˜. Sometimes dorang busy sikit sampai terlebih 48 jam utk kemaskini. Tqvm!

3 September 2018:ย Boleh tak nugget PG (fizikal) ditukar kpd gold saving account? Macam mana caranya?

Kalau nak masuk dalam akaun, kena jual sedia ada. Then beli semula nak masuk terus dlm akaun. Mgkin kena topup sikit ikut berapa gram yg dah dijual tu.

Means kena buat belian baru utk masuk dlm saving akaun.

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *