, , ,

Apa Beza 1 Gram GAP & 1 Gram Emas Fizikal?

Antara persoalan yang pernah saya terima, mana lagi bagus, emas GAP Public Gold atau emas fizikal Public Gold? Ini penjelasannya

Emas2U.com – Antara persoalan yang pernah saya terima, mana lagi bagus, emas GAP Public Gold atau emas fizikal Public Gold? Ini penjelasannya

Apa Beza 1 Gram GAP & 1 Gram Emas Fizikal?

1 gram GAP;
– disimpan dalam bentuk akaun
– harga berubah setiap hari pada jam 12am+
– Boleh tebus jadi fizikal ikut gram yang kita nak, dengan syarat ada baki 1 gram dalam GAP untuk akaun kekal aktif

1 gram fizikal;
– kita beli dan simpan sendiri
– harga per gram terlalu tinggi, RM290
– termasuk dalam small bars (harga per gram tinggi)

Jika nak 1 gram fizikal, lebih baik beli dalam bentuk GAP kemudian tebus fizikal. Ini lebih berbaloi dan jimat harga per gram

Bagus beli 10 gram GAP atau 10 gram fizikal?

Setiap kali kita nak beli emas, kira harga per gram.

Kalau nak beli emas fizikal, formulanya lebih besar gram yang kita beli lebih baik sebab (1) lebih rendah harga per gram dan (2) lebih rendah % spread bila jual semula.

Maksudnya 10g x 10 unit tak sama dengan 100g x 1 unit dari segi nilainya walaupun jumlah berat sama.

Contoh harga sekarang (jam 5:35pm):
10g GAP = 10 x RM214 = RM2140

10g fizikal = RM2151

So, pada waktu ini, GAP lebih murah.

Selain harga, lihat juga cara simpan yang kita prefer.

Kalau prefer simpan sendiri, pilih fizikal, kalau tak berani simpan di rumah, atau kalau nak simpan sikit dan keluarkan fizikal yang lebih besar, pilih GAP

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *