,

Bila Masa Paling Sesuai Beli Emas?

Ada yang kata tunggu harga emas rendah, tapi tahukah kita bila harga emas akan rendah?

Bila Masa Paling Sesuai Beli Emas? | Emas2U.com – Bila berbincang pasal simpanan emas, sering timbul soalan “Bila Masa Paling Sesuai Beli Emas?”. Ada yang kata tunggu harga emas rendah, tapi tahukah kita bila harga emas akan rendah?

Tunggu Harga Turun Rendah?

Ramai nak tunggu harga emas jatuh baru nak beli! Ramai yang pesan “nanti harga emas turun bagi tahu yer..”. Tapi bila harga emas turun, ramai yang teragak-agak untuk beli sebab takut turun lagi. Akhir sekali, bila harga emas naik, baru ramai kelam-kabut nak beli, sebab takut emas naik lagi.

Jadi selepas saya jadi dealer emas ni, kalau orang tanya saya bila masa terbaik beli emas? Saya akan jawab, bila ada duit saving yang tak pakai dalam masa terdekat. Daripada duit tu terbiar dikesan oleh inflasi 10% setahun, lebih baik simpan emas yang purata kenaikannya 15% – 20% setahun.

Jangan tunggu harga paling rendah sebab penganalisis teknikal harga emas yang paling pakar pun tak dapat buat ramalan tepat turun naiknya harga emas.

Bila Masa Paling Sesuai Beli Emas?
Jadi, lepas mengkaji turun naik harga emas, saya sendiri tak tahu bila harga naik dan bila harga turun. Pandangan saya, kalau ada duit yang tak pakai dalam masa terdekat, duit yang memang nak buat saving long term, belilah emas. Daripada simpan duit, lebih baik simpan emas. Emas adalah penyimpan kekayaan paling ampuh dari sebarang bencana ekonomi.

Nak beli emas? Belilah pada bila-bila masa pun.

Perlukan bantuan? Call/Whatsapp/SMS saya anytime
Muhammad Muhaimin Mohd Isa
Dealer Emas Patuh Syariah
Founder & CEO www.Emas2U.com
012-230 2158

#emas2u

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *