,

Ramai Terkena Emas Palsu

Masih ramai rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan penjual emas yang menjual emas palsu. Bayar pada harga yang tinggi, untuk mendapat metal yang tak bernilai.

Ramai Terkena Emas Palsu | Emas2U.com – Masih ramai rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan penjual emas yang menjual emas palsu. Bayar pada harga yang tinggi, untuk mendapat metal yang tak bernilai.

Laporan dari Metro TV:

Kuala Lumpur: Hati-hati dengan kewujudan emas palsu di pasaran yang kebanyakan dibawa masuk dari negara jiran menggunakan label emas 916 dan berkualiti tinggi namun sebenarnya dicampur dengan bendasing.

Malah tidak mustahil ia turut dijual di kedai gah dan kompleks beli-belah bagi mengaburi mata pengguna tanpa menimbulkan sebarang syak kerana menyangkakan semua barangan kemas mutunya hampir sama dengan emas tulen.

Nak simpan emas, wajib ada ILMU. Baca Ebook percuma Emas A-Z keluaran Emas2U di Ebook.Emas2U.com

Mendedahkan perkara itu, Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Datuk Abibullah Samsudin berkata, sebanyak 4.4 juta transaksi gadaian emas direkodkan dari 2000 hingga Jun lalu di seluruh 212 cawangan Ar-Rahnu YaPEIM dan pihaknya mengesan 400 kes gadaian emas palsu berjumlah RM400,000 dilakukan sama ada oleh individu mahu pun sindiket.

“Jumlah ini diperoleh melalui pelanggan yang datang untuk menguji ketulenan emas berikutan kami mempunyai mesin teknologi sinar-X, alat densimeter, teknologi ultrasonik serta kaedah batu asah dan asid di cawangan Ar-Rahnu YaPEIM.

“Sejak penubuhan Ar-Rahnu YaPEIM pada 2000, sebanyak 4.4 juta transaksi gadaian emas dilakukan 3.3 juta pelanggan di semua cawangan membabitkan jumlah pinjaman RM8 bilion dengan nilai emas disimpan bernilai RM12 bilion,” katanya dalam temu bual bersama Harian Metro.

Beli emas sebenar, bukan emas palsu. Hubungi saya untuk bimbingan percuma:
Muhammad Muhaimin bin Mohd Isa
Dealer Emas Public Gold Patuh Syariah
Emas2U.com | 012-230 2158

sumber: Metro TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *