, ,

Public Gold Penipu?

Benarkah terdapat tuduhan bahawa Public Gold penipu?

EKSKLUSIF: Public Gold Penipu? | Emas2U.com – Benarkah dakwaan yang mengatakan Public Gold penipu? Bila terdengar headline seperti ini, buat kajian dulu. Emas2U.com ada laporannya!

Public Gold Penipu?

Public Gold merupakan syarikat yang menjalankan urusniaga emas. Kita beli emas, dapat emas. Kita dapat pegang emas kita. Ya, Public Gold boleh dikatakan penipu jika kita bagi duit dan tidak terima emas. Tetapi ini tidak berlaku. Dan Public Gold bukan scam yang menjanjikan pulangan tinggi, bayar puluh-puluh ribu untuk dapat pulangan tak masuk akal. Tiada terma Public Gold yang sedemikian. Jadi, takde isu kutip-kutip duit atau bayar bulan-bulan tapi tak nampak emasnya ya.

Cawangan Public Gold Merata Di Malaysia

Pada masa artikel ini ditulis, Public Gold mempunyai 18 cawangan di seluruh Malaysia. Senarai penuh cawangan dan no telefon Public Gold boleh dilihat di sini. Ini menunjukkan Public Gold sebagai syarikat yang membangun, besar rangkaiannya dan mudah dilawati. Jika Public Gold penipu, sudah tentu kedainya sukar diketahui, kerja-kerjanya dibuat sorok-sorok dan pegawainya sukar dihubungi. Setuju?

Emas Public Gold Ada Sijil

Public Gold sebuah syarikat yang patuh syariah. Public Gold menadapat sijil patuh syariah dan dipantau oleh Syarikat Amanie Advisors Sdn Bhd.

Ini 1 dinar emas Public Gold. Emas Public Gold mempunyai pensijilan LBMA mudah diterima mana-mana negara di seluruh dunia.

Apakah LBMA?

LBMA (London Bullion Market Association) ialah organisasi profesional yang menyelia pasaran emas dan perak borong di London, England iaitu pusat perdagangan emas fizikal dunia. Set LBMA mengekalkan piawaian tertinggi dalam penapisan, memperbaiki standard, mendokumentasi dan menyimpan jongkong emas dan perak untuk diedarkan di “Harga spot” pasaran profesional. LBMA ialah persatuan perdagangan antarabangsa, yang mewakili pasaran London untuk jongkong emas dan perak yang mempunyai asas pelanggan di peringkat global.

LBMA ini ditubuhkan pada tahun 1987 oleh ‘Bank of England’ dengan keahlian sehingga kini sekitar 145 syarikat dari 21 buah negara seluruh dunia dari pelbagai sektor antaranya pelombong, bank, pelabur, pelebur, pembekal dan pengilang. Antara syarikat yang di akreditasikan oleh LBMA adalah syarikat pengeluar emas dan perak terbesar Turki dan merupakan satu-satunya syarikat pengeluar emas di Turki yang tersenarai LBMA iaitu Nadir Metal Rafineri, NMR.

Produk emas dan perak Public Gold ditempah khas dari syarikat Nadir Metal Refineri melalui kerjasama sebagai rakan niaga pada 15 Januari 2015. Majlis Menandatangani Penjanjian Persefahaman (MoU) dengan Nadir Metal Rafineri dan Oracle ERP Solutions di Wisma Public Gold, Batu Maung. Hadir sama, Pengurus Jualan Nadir Metal Rafineri, Firat Sekerci dan Pengurus Besar Pasaran Malaysia dan Filipina Oracle Corporation, Nik Feizal Hanafi dan Pengarah Oracle Gold, Marshall Gan. Bagi Sekerci, kerjasama yang terjalin itu membuktikan kepercayaan Public Gold terhadap syarikat yang menjadi antara pengeluar dan pembekal emas ketiga terbesar di dunia selepas China dan India. Kerjasama antara Public Gold dan Nadir Metal Rafineri dapat mengembangkan lagi pasaran Public Gold ke peringkat yang lebih tinggi kerana memiliki pengiktirafan tertinggi di dunia. Harga emas Nadir Metal Refinery yang murah, kualitinya yang tinggi serta pengiktirafan antarabangsa dilihat mampu memberikan keuntungan yang maksima kepada pelanggan Public Gold.

Selepas baca fakta di atas, Public Gold penipu?

Tiada Hidden Caj

Tiada bayaran yuran atau caj bulanan dikenakan untuk memiliki emas Public Gold. Anda bayar harga emas, anda terima emas, anda pegang emas itu dan anda simpan emas itu. Kalau Public Gold penipu, anda bayar duit dan tak nampak emasnya, atau anda bayar duit dan dijanjikan pulangan tinggi. Tapi Public Gold bukan begitu. Jadi, Public Gold bukan penipu. Setuju?

Penipuan Boleh Berlaku Jika…

…anda membeli emas tanpa mempunyai ilmu asas. Ramai terkena emas palsu kerana termakan janji-janji manis.

Oleh itu, nak mula simpan emas, wajib tahu ilmu asas. Download ebook percuma ini:

>> KLIK & DOWNLOAD EBOOK.EMAS2U.COM <<

>> KLIK & DOWNLOAD EBOOK.EMAS2U.COM <<

Apa Kata Penyimpan-Penyimpan Emas Public Gold

Hubungi saya untuk bimbingan emas percuma
Muhammad Muhaimin bin Mohd Isa
Dealer Emas Public Gold Patuh Syariah
012-230 2158
Emas2U.com | EBook Emas A-Z (Percuma)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *