, , ,

“Harga Emas Tinggi, Sesuai Jual Sekarang?” Ini 3 Nasihat Pakar

“Harga Emas Tinggi, Sesuai Jual Sekarang?” | Harga emas melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah (dalam RM) pada 21 Februari 2024 (Statistik di sini). Ramai yang nak tahu, adakah ini masa sesuai untuk jual?

harga emas tinggi jual

Apabila harga emas naik, ramai penyimpan emas di bawah bimbingan saya akan dapat keuntungan tinggi jika mereka menjual emas mereka.

Sebagai contoh, Fatimah membeli emas pada tahun 2018 pada harga RM184 per gram. Harga tertinggi tahun 2024 (ketika artikel ini ditulis) ialah RM340.

Maka keuntungan Fatimah sudah melebihi RM100 per gram jika jual ketika harga emas tinggi. Ini 1 gram. Kalau Fatimah beli 100 gram? Tolong kirakan hehehe.

Namun persoalan sekarang, adakah ini masa sesuai untuk jual emas?

Jawapan:

1. Jangan jual emas selagi tidak terdesak perlukan wang. Jual emas adalah perkara terakhir yang anda perlu lakukan. Ya, walaupun harga tengah tinggi. Why? Sebab long term, insyaAllah harga emas akan naik lagi. So, jika kita ada kemampuan kewangan yang baik, tak perlu jual sekarang. In fact, jika kewangan anda sedang stabil, consider tambah lagi simpanan emas walaupun harga tinggi. Alih berapa? Sekitar 10-30% sahaja. Stok available boleh lihat di sini.

2. Jual emas jika anda ada matlamat yang hendak dicapai. Contohnya beli rumah, buat modal/aset bisnes, bayar yuran pendidikan anak, dan belanja kahwin. Again, jika saving yang ada mencukupi tanpa perlu menjual emas, jangan jual emas. Kalau nak jual, boleh jual emas pada harga tinggi di sini.

3. Pajak instead of jual. Lepas habis bayar, anda dapat balik emas anda. Wajib buat kira-kira untuk pajak emas, sebab anda akan ada komitmen bulanan selama 6 bulan. Jika tak dapat komit, emas akan dilelong.

Alright, that’s all for now. Semoga 3 tips di atas membantu anda buat keputusan hendak jual emas ketika harga tinggi, atau tidak.

Oh ya, jika anda masih baru dalam dunia simpanan emas, jemput baca info penuh simpanan emas di sini.

Sumber: Emas2U


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>