, , ,

3 Tips Menjual Emas Di Luar Negara. Ada Video

Tips Menjual Emas Di Luar Negara | Antara kelebihan bila kita mempunyai emas fizikal adalah, ianya mudah dibawa boleh dijual di seluruh dunia kerana nilainya yang sentiasa ada permintaan.

3 tips menjual emas di luar negara

Namun jika anda berhajat menjual emas di luar negara, fahami 3 tips penting ini agar anda tidak rugi atau ditipu oleh pihak kedai.

3 Tips Menjual Emas Di Luar Negara

Tips #1: Lihat harga emas semasa.

Saya biasa rujuk kitco.com untuk ketahui harga emas semasa. Jika harga dipaparkan dalam USD, convert ke matawang ringgit Malaysia (RM). Penting untuk mengukur return agar tidak terlalu besar bezanya.

Tips kedua, kalau tak buat yang ni, ada kemungkinan anda rugi atau ditipu. Apa itu tipa ke2?

Tips #2: Compare harga emas di beberapa kedai.

Cadangan saya at least 3 kedai supaya kita dapat kenalpasti average harga beli yang ditawarkan dan bagi mengelak dari ditipu. Dan pastikan harga yang ditawarkan tidak terlalu jauh dari harga semasa. Jika terlalu rendah, bermaksud kedai tersebut mengenakan caj spread yang tinggi.

So bila kita dah decide kedai mana yang tawarkan harga terbaik, proses seterusnya adalah pastikan anda bawa 3 benda penting ini. Kalau tak bawa, anda tak boleh jual emas anda.

Tips #3: Bawa bersama 3 perkara penting ini

Bawa 3 benda ini. Yang pertama emas tu sendiri.

Yang kedua adalah cert emas. Ada kedai, jika tiada cert mungkin akan membeli pada harga lebih rendah dengan spread yang lebih tinggi. Dan jika tiada cert juga, boleh jadi kedai akan ambil masa lebih panjang untuk menguji ketulenan emas yang kita nak jual.

Selain cert, yang ketiga yang wajib dibawa ialah dokumen pengenalan diri kita iaitu passport.

Ada kedai ok jika kita tak bawa dokumen identiti diri tetapi ada kedai perlukan dokumen identiti diri kerana memenuhi SOP membeli emas daripada foreigners.

Mereka ada proses copy passport dan cop untuk rekod mereka. Contoh semasa saya di Bangkok, kedai-kedai emas di Thailand memerlukan passport jika kita nak jual emas.

So pastikan anda bawa siap² emas, cert emas dan passport semasa hendak jual emas. Takut bila diminta, anda tak bawa, dah kena balik ambil dokumen dan datang semula.

Video Tips:

Info tambahan, apa nak tanya semasa di kedai?

  • Do you buy gold? yang ni kena tanya, saya dapati ada kedai di Mekah (sempat singgah semasa saya di sana), mereka tidak membeli emas, hanya menjual barang kemas
  • How much per gram do you buy? lepas dapat jawapan ni, compare dengan harga di Tips #1, then compare dengan harga kedai-kedai emas lain.
  • Do you pay cash? Payment method paling penting, kita nak tunai bila jual emas kita.

Artikel berkaitan:

  1. Beli & Jual Emas On The Spot!
  2. Nak Jual Emas? Kami Beli Emas Anda
  3. 3 Situasi Anda Akan Rugi Jika Jual Emas. Ada Video.

Semoga bermanfaat!


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>

LIKE | FOLLOW Emas2U

FB Group: http://bit.ly/FBEmas (Pass Code: NAK EMAS)
Facebook: http://bit.ly/Emas2U
Instagram: http://bit.ly/InstagramEmas2U
Youtube: http://bit.ly/Emas2u
App Emas2U: https://app.emas2u.com