, ,

Scam Tok Belagak: Kenapa Ramai Terkena?

Scam Tok Belagak | Kita sering diingatkan untuk berhati-hati jika hendak buat pelaburan kerana sifatnya ada untung dan rugi. Namun begitu, kenapa masih ramai yang mudah terkena?

scam tok belagak

Jom kenali bagaimana scam pelaburan emas Tok Belagak telah berjaya memperdaya ramai pelabur di Malaysia khususnya dan bagaimana, ramai pelabur boleh percaya dengan Tok Belagak. Semoga menjadi pengajaran buat kita.

Tok Belagak adalah Master scam pelaburan emas di Malaysia.

1. Saya kenal nama Tok belagak daripada blognya bernama Darul Saka. Ketika zaman itu, Facebook tidak wujud lagi. Jadi blog dan portal Forum adalah medium popular media sosial. Ketika itu dia belum buat bisnes pelaburan emas.

2. Melalui blog Darul Saka, Tok Belagak menggambarkan dirinya sebagai perawat Islam yang merawat saka. Dia kerap menghentam Ustaz Datok Dr. Haron Din dan Ustaz Datok Ismail Kamus. Dia mendakwa kedua tokoh ini mempunyai jin!

3. Cukup dangkal dakwaan ini, sedangkan Ustaz Datok Dr. haron Din dan Ustaz Datok Ismail Kamus berjuang agar rawatan Islam dimurnikan dan bersih daripada unsur melanggar syarak.

4. Tok Belagak mempromosi jual emas delay melalui Darul emas perak berhad (DEPB). Taraf berhad pada syarikatnya menggambarkan seolah-olah ia sebuah syarikat yang kukuh dan besar.

5. Operasi emas delay Tok Belagak ialah dia menjual emas pada harga lebih rendah daripada pasaran. Namun emas itu akan diterima lambat (delay) antara 1 hingga 12 bulan. Pelabur akan mendapat hibah bulanan.Tok Belagak berjanji membeli semula emas pada harga lebih mahal sedikit daripada harga pasaran. Tawaran scam tidak pernah tidak menarik. Tagline Tok Belagak agak menarik,

” kami tidak menjanjikan bulan dan bintang tetapi kami janjikan kejujuran dan amanah”

6. Pada Ketika ini, Tok Belagak menggelar diri sebagai pakar manipulasi emas iaitu orang yang pakar membuat keuntungan daripada emas.

7. Skim pelaburan emas Tok Belagak mempunyai penasihat syariah, profesor madya IPTA. Saya yakin penasihat syariah ini ditipu oleh Tok Belagak.

8. Skim pelaburan emas Tok Belagak menjadi semakin popular apabila tersiarnya temuramah dia di Astro Awani yang membuatkan lebih ramai orang percaya pelaburan emas Tok Belagak.

9. Semasa temuramah, Tok Belagak sebut,

“scammer ada di mana-mana. Apa sahaja benda boleh buat duit, scammer mesti ada. Even gores dan menang pun ada scammer, benda tu ( scam) senang je hendak buat..”

Kata-kata Tok Belagak ini bagaikan menceritakan tentang dirinya sendiri.orang. Kadang-kadang orang yang gemar menipu terlupa dia sedang menipu.

10. Tok Belagak sebut dalam temuramah astro Awani itu bahawa DEPB mempunyai stok emas melebihi 3 tan (3,000 kg) dan emas perhiasan satu setengah tan (1500kg).

Angka ini agak luar biasa. Tok Belagak berkata demikian bagi membuktikan bahawa dia bukan scammer.

11. Rentetan itu, sebuah blog menulis bahawa ramai pelabur membuat pinjaman bank, personal loan, meminjam dari along, mencagar tanah, harta dan sebagainya hanya untuk mendapatkan sejumlah wang yang besar untuk dilaburkan di dalam pelaburan emas Tok Belagak.

12. Pada bulan Oktober 2014, tiba- tiba Tok Belagak mengeluarkan kenyataan bahawa skim pelaburan terpaksa dihentikan atas sebab tidak mematuhi parameter-parameter syariah. Pandai Tok Belagak menggunakan hujah agama.

13. Tok Belagak menyatakan bahawa pihak DEPB akan memulangkan pelaburan yang akan disalurkan melalui ejen-ejen (Wakalah) mereka secara berperingkat bermula dari penghujung 2014.

14. Pada ketika ini, pelabur-pelabur mula tersedar bahawa mereka telah tertipu dan mula berang, mereka menyerang laman sosial Tok Belagak, page dan group Jom Emas dah jom Emas2. Tok Belagak ketika itu memberi jaminan bahawa semua wang pelaburan mereka akan dikembalikan.

15. Ada dikalangan pelabur yang mengugut ingin membuat demonstrasi tuntut pulangan wang atau membuat laporan polis dan Bank Negara Malaysia. Namun Tok Belagak menyatakan jika mereka berbuat demikian, besar kemungkinan wang pelaburan tidak dapat dikembalikan kerana campur tangan pihak berkuasa.

16. Perkara menarik dalam pelaburan emas Tok belagak ialah dia menggunakan ejen atau dipanggil wakalah seramai 204 orang. Mungkin ramai lagi ejen yang tidak berdaftar.

17. Pelabur yang membeli emas akan berurusan dengan ejen. Pelabur tiada hubungan jual beli dengan Tok belagak. Dari segi undang-undang, ejen atau wakalah yang sepatutnya memulangkan pembayaran modal kepada pelabur, Tok Belagak tidak bersalah kepada pelabur. Licik betul penipuan Tok Belagak.

18. Dalam hal ini pelabur akan kejar ejen atau wakalah. Tok Belagak Belagak memang bijak menipu.

19. Walaupun DEPB dikatakan milik Tok belagak namun namanya tidak tercatat sebagai pemilik DEPB. Nampaknya Tok belagak sudah bersedia dari awal untuk meyelamatkan diri.

20. Oleh kerana ramai pelabur inginkan pulangan wang pelaburan, Tok Belagak mencadangkan setiap wakalah atau ejen mencari pembelian emas 100g setiap orang iaitu lebih kurang RM14 ribu. Jika 204 orang ejen Tok Belagak mengumpul pembelian emas sebanyak RM2.8 juta. Maka barulah dia dapat membayar semula kepada pelabur-pelabur. Ada pelabur percaya cara penyelesaian ini

21. Ini sebenarnya Money Game. Tok Belagak akan guna duit pelaburan baru untuk membayar pulangan modal pelabur-pelabur lama. Tok Belagak mahu menipu lagi.

22. Masih ada lagi pelabur yang yakin Tok Belagak akan membayar balik modal pelaburan mereka. Mereka masih tidak sedar yang mereka sudah terjerat dalam skim cepat kaya yang tunggu masa untuk karam. Mereka tidak sedar Tok Belagak telah menipu mereka.

23. Akhirnya, pada penghujung September 2016, Tok Belagak telah ditahan polis atas sebab menjadi dalang sindiket penipuan pelaburan emas. Dia ditahan polis setelah menerima laporan daripada seorang individu yang mendakwa menjadi mangsa penipuan sindiket terbabit dengan nilai kerugian RM80,900.

Nilai ini begitu kecil berbanding kerugian sebenar sebab ada pelabur yang kerugian jutaan ringgit.

24. Apa jadi dengan Tok Belagak? Saya mencari info tentang Tok Belagak namun tidak menjumpainya. Natijah yang pasti, wang pelabur lesap begitu sahaja. Mungkin Tok Belagak sedang tersengih-sengih membaca status ini.

25. Jual beli emas di negara kita menjadi tempat scammer mencari rezeki sebab undang-undang sedia ada agak fragile dan banyak loopholes. Negara kita perlu ada undang-undang khas berkaitan pelaburan emas. Duit milik pelabur juga perlu dipulangkan kembali kepada mereka sebab Itu duit mereka dan bukan duit milik negara.

26. Kesimpulannya,Tok Belagak akan sentiasa terpahat dalam sejarah sebagai Master Scam Emas di Malaysia. Hati- hati apabila mahu melabur supaya wang tidak lebur. Salam hormat.

Dr. Abdél Rahmanov

3 Pengajaran daripada Master Scam Emas Tok Belagak

  1. Hati-hati dengan tawaran pelaburan emas tak masuk akal seperti harga murah dari pasaran dan janji akan dapat pulangan tinggi dalam masa singkat atau selepas tempoh tertentu. If it’s too good to be true, then it’s most probably a scam.
  2. Beli emas wajib ada stok dan boleh dapat barang terus. Jika ada unsur-unsur delay, tinggalkan jauh-jauh.
  3. Paras rupa dan pangkat seseorang individu bukan ukuran pelaburan yang ditawarkan boleh dipercayai.

sumber: FB Abdel Rahmanov via Emas2U


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>

LIKE | FOLLOW Emas2U

FB Group: http://bit.ly/FBEmas (Pass Code: NAK EMAS)
Facebook: http://bit.ly/Emas2U
Instagram: http://bit.ly/InstagramEmas2U
Youtube: http://bit.ly/Emas2u
App Emas2U: https://app.emas2u.com