, ,

Taktik Scammer Emas Didedahkan

Scammer emas di Malaysia bukan lagi sesuatu yang asing. Biasanya mereka menjanjikan pulangan dari pelaburan emas selepas tempoh tertentu. Dah tahu penipu, tapi kenapa masih ramai yang terkena? Baca pendedahan ini.

scammer emas

Nota: Artikel ini agak panjang, tapi ada versi pendek di sini >> TikTok Emas2U: Awas! Taktik Scammer Emas. Belum ada TikTok? Install di https://vt.tiktok.com/ZSRNdCWTm/. Lepas tu korang boleh invite kawan dan dapat RM65 (promosi ketika ini)

Pelaburan emas sepatutnya tidak menjanjikan pulangan selepas beberapa tempoh simpanan.

Sebab apa? Jika betul ianya pelaburan emas, sepatutnya ianya bersandarkan 100% kepada harga emas semasa.

Jika ada ‘pelaburan emas’ yang menjanjikan pulangan selepas tempoh tertentu, itu bukan pelaburan emas. Itu boleh jadi dua; pelaburan wang, atau besar kemungkinan scam emas!

Prinsip Emas2U jelas. Beli emas wajib dapat emas. Kalau beli emas kena peram dulu dalam tempoh tertentu dan akan dapat hasil selepas beberapa bulan, cadangan kami; jangan join.

Masih ingat lagi scam emas macam Tok Belagak?

Berapa ramai so called pelabur yang jadi mangsa? Bukan sikit-sikit weh, puluhan malahan ratusan ribu.

Berdasarkan sumber Berita Harian ini, mangsa ini kerugian RM80,900! Ini baru seorang. Agak-agak berapa total kerugian semua mangsa yang terkena?

scammer emas tok belagak

Bila ditegur, bukan main marah pengikut scammer emas ini. Mati-matian dia backup.

Sekali dah tersontot, baru lah terdiam.

So kami di Emas2U terpanggil untuk kongsikan taktik scammer emas kepada anda semua. Kita dapat lihat beza yang jelas antara syarikat jual beli emas sebenar dengan scam emas.

Satu kongsian Facebook oleh Mohd Haniff Sofian mendedahkan taktik licik scam emas:

Menyebut antara nama-nama.

VGMC
GENEVA
DARUL EMAS PERAK BERHAD.

Kita petik satu je .

Waktu Geneva keluar dulu, siap marketing kan lagi emas patuh syariah, nama pengarah pun ada yg melayu islam

Apa geneva buat ?

Genneva Malaysia akan jual emas kepada pelanggan ,pembeli dengan cash. Dan mereka akan beli balik emas tu dengan pembelian bertangguh yg mana harga lebih tinggi daripada harga belian asal.

Geneva ada 11 biji pejabat di seluruh Malaysia dan ada juga di luar negara China, Indonesia dan sbgainya.

Dan apa yg berlaku ?

Dari report Geneva berhutang dengan rakyat Malaysia sehingga hampir 100 juta, kerana duit emas, tapi tak dapat pun emas.

“The company has liabilities exceeding 10 times its assets. The actual operation of the company, namely, selling gold at about 20% to 25% higher than the market price, paying returns of about 2% to 3% per month to customers and buying back the gold from customers at the initial purchase price has not been a sustainable venture.” – A joint statement by the authorities, as quoted by The Edge Markets.

Apa maksudnya ?

Emas takda, tapi jual emas, duit pusing pusing, last- last sontot.

Korang faham tak? Itu siap panggil Tun Mahathir, siap ada office seluruh negara, website mcm2 lagi.

scam emas geneva
Scam emas Geneva

Tempat mining lah , apa lah, kilang besar lah, bank beli dgn dia lah.

Skim yg dibuat ni, tak boleh sustain, tak boleh kekal lama, mungkin setahun dua, mungkin 5 tahun, tapi sampai bila company boleh catch up. Dengan harga emas turun naik skrg?

Saya tahu ada follower saya yg hari2 update pasal yg tengah hot ni, ajak join dan sbgainya, pm saya ajak juga, nak jumpa cerita.

Takpe, saya tak berminat, cukup apa yg ada , dan cukup cerita sedih yg saya terima dan luahan, dan cukuplah pengalaman saya sendiri terkena.

Nak cari duit banyak2, tapi hati tak tenang tak guna jgk.

Fokus real trading, fullstop.

Baik jual buah tepi jalan asal hati bahagia .

Hati -hati kawan.

tok belagak
Scam emas Tok Belagak
virgin gold vgmc
Scam emas Virgin Gold Mining Corporation (VGMC)

Artikel Berkaitan: 5 Tanda Anda Terkena Scam Emas

Again, nasihat kami di Emas2U, hati-hati dengan scam emas. Share artikel ini kepada seramai mungkin agar famili anda tidak tertipu.

sumber: Berita Harian, Facebook Mohd Haniff Sofian via Emas2U


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>

LIKE | FOLLOW Emas2U

FB Group: https://bit.ly/FBEmas (Pass Code: NAK EMAS)
Facebook: https://bit.ly/Emas2U
Instagram: https://www.instagram.com/emas2u_com
Youtube: https://www.youtube.com/emas2u
App Emas2U: https://app.emas2u.com