, ,

Ini Punca Harga Emas Menjunam Ke Paras Terendah 2022

Ketika artikel ini ditulis, harga emas telah menjunam turun ke paras terendah dalam tahun 2022 iaitu $1702 per auns, terendah sejak 11 bulan lepas.

Kenapa harga emas turun mendadak walaupun bacaan inflasi di Amerika Syarikat tinggi?

harga emas menjunam 2022

Beberapa jam lepas pasaran emas cuba bangkit dari paras rendah tetapi masih bergelut untuk mendapatkan momentum kenaikan harga yang kukuh walaupun bacaan inflasi AS meningkat di luar jangkaan iaitu 9.1% pada bulan Jun.

Semasa pasaran memberi reaksi terhadap laporan Indeks Harga Pengguna (CPI) terkini, emas mula menyaksikan beberapa keuntungan yang kukuh. Niaga hadapan emas Ogos terakhir didagangkan pada $1,738.30 seauns, meningkat 0.72%.

2 Punca Harga Emas Menjunam Terendah 2022 Walaupun Ketika Inflasi Tinggi

Penganalisis menyatakan walaupun secara teori harga emas sepatutnya mendapat manfaat daripada angka inflasi yang lebih tinggi, tetapi

1. Pasaran tidak melihat inflasi sebagai ancaman jangka panjang, dan

2. Rizab Persekutuan secara agresif menaikkan kadar faedah bagi menangani inflasi. Ini akan mendorong kepada pengukuhan matawang dolar AS. Secara amnya, dolar AS naik, emas turun.

Menurut ramalan penganalisis, kadar akan dinaikkan oleh Fed hingga mencapai 3.25% tahun ini, digabungkan dengan peningkatan harga barangan yang mungkin melembapkan permintaan pengguna, sepatutnya akan menghasilkan kelembapan pertumbuhan ekonomi yang mencukupi untuk meredakan inflasi pada tahun 2023 dan juga untuk mengelakkan defisit.

Bagaimanapun, beliau menambah bahawa emas terus menunjukkan beberapa kekuatan relatif berbanding aset lain, terutamanya dalam menghadapi momentum besar dalam dolar AS.

sumber: Kitco via Emas2U.com

Ambil peluang buat simpanan emas semasa harga sedang rendah. Daftar percuma di sini dan dapatkan bimbingan percuma melalui Whatsapp.


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>

LIKE | FOLLOW Emas2U

FB Group: http://bit.ly/FBEmas (Pass Code: NAK EMAS)
Facebook: http://bit.ly/Emas2U
Instagram: http://bit.ly/InstagramEmas2U
Youtube: http://bit.ly/Emas2u
App Emas2U: https://app.emas2u.com