, , ,

Rupanya Ini Punca Harga Emas Menjunam

Emas2U: Rupanya Ini Punca Harga Emas Menjunam | Baru-baru ini kita dikejutkan dengan penurunan mendadak harga emas. Tahu kenapa? Teruskan membaca.

punca harga emas menjunam

Harga emas turun terendah dalam tempoh 3 bulan pada 13 Februari 2024 di bawah paras $2,000

Punca-punca harga emas turun menjunam:

  1. Pengumuman bacaan inflasi A.S. yang lebih tinggi daripada jangkaan – Data ekonomi A.S. pada hari tersebut menyaksikan laporan indeks harga pengguna untuk Januari meningkat 3.1%, tahun ke tahun, berbanding ramalan untuk naik 2.9%.
  2. Harga emas jatuh ke wilayah negatif apabila CPI A.S. meningkat 0.3% pada bulan Januari, selain bacaan inflasi tahunan yang meningkat 3.1%
  3. Akibatnya, indeks saham A.S. menyaksikan tekanan jualan yang tinggi, hasil Perbendaharaan A.S. meningkat dan indeks dolar A.S. meningkat susulan pengumuman data CPI itu.
  4. Ini juga menyebabkan ramai pelabur menjual emas berikutan data inflasi A.S. yang sedang hangat.
graf harga emas

Harga emas pada 13 Februari 2024

Di sebalik penjualan besar-besaran, terdapat segelintir pelabur emas yang melihat ini waktu sesuai untuk ‘buy the dip’ ketika harga rendah. Fakta di Malaysia, lebih 20 juta ringgit dialih kepada aset emas. Mula simpanan emas di sini.

Walaubagaimanapun, penurunan tersebut tidak kekal lama, harga emas naik semula lepasi paras $2,000 susulan laporan jualan runcit AS yang lemah.

Ketika artikel ini ditulis, harga emas $2,002 per auns. Boleh dikatakan masih rendah.

Pakar Strategi Komoditi menjangkakan emas akan mencapai paras $2,150 menjelang suku ke-4 tahun 2024 walaupun kadar tinggi yang ditetapkan Fed mungkin akan lebih lama.

Mula simpanan emas di sini.


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>

LIKE | FOLLOW Emas2U

FB Group: http://bit.ly/FBEmas (Pass Code: NAK EMAS)
Facebook: http://bit.ly/Emas2U
Instagram: http://bit.ly/InstagramEmas2U
Youtube: http://bit.ly/Emas2u
App Emas2U: https://app.emas2u.com