, ,

Harga Emas Julai 2022 Pamer Tanda Bangkit Semula?

Harga emas Julai 2022 (GAP) mula memaparkan kenaikan pada hujung bulan selepas beberapa siri kejatuhan. Apa yang berlaku?

harga emas julai 2022

Harga emas semasa pada bulan Julai turun secara mendadak sehingga RM11.37 per gram secara purata, walaubagaimanapun pada bulan ini, harga mula naik di hujung bulan.

Prestasi Harga Akaun Emas GAP (Julai 2022)

Tertinggi: RM278
Terendah: RM264
Purata: RM269.23

31-Jul: RM274➖
30-Jul: RM274⬆️
29-Jul: RM272⬆️
28-Jul: RM266➖
27-Jul: RM266➖
26-Jul: RM266⬇️
25-Jul: RM267➖
24-Jul: RM267⬇️
23-Jul: RM268⬆️
22-Jul: RM265⬆️
21-Jul: RM264⬇️
20-Jul: RM265➖
19-Jul: RM265➖
18-Jul: RM265➖
17-Jul: RM265⬆️
16-Jul: RM264⬇️
15-Jul: RM265⬇️
14-Jul: RM269⬆️
13-Jul: RM268➖
12-Jul: RM268⬇️
11-Jul: RM269➖
10-Jul: RM269➖
09-Jul: RM269➖
08-Jul: RM269⬆️
07-Jul: RM267⬇️
06-Jul: RM272⬇️
05-Jul: RM277⬇️
04-Jul: RM278➖
03-Jul: RM278➖
02-Jul: RM278⬆️🔝
01-Jul: RM277⬇️

Analisis Emas Julai 2022

graf harga emas julai 2022

Peristiwa bulan Julai 2022:

  1. Ini Punca Harga Emas Menjunam Ke Paras Terendah 2022
  2. Taktik Scammer Emas Didedahkan

Tindakan Fed menaikkan kadar bagi menangani inflasi telah menyebabkan beberapa siri kejatuhan harga emas. Walaubagaimanapun, tindakan menaikkan kadar yang agresif boleh mendorong kepada kelembapan ekonomi. Hujung bulan Julai 2022, harga emas dilihat mula bangkit.

Ini momen penting faktor turun naik harga emas sepanjang Julai 2022:

1 Julai 2022: Harga emas dan perak sedang turun rendah ketika ini, susulan keduanya ditekan oleh matawang US Dolar yang lebih kukuh.

2 Julai 2022: Pasaran emas masih rendah tapi mula mendaki lepasi paras $1800, selepas sektor pembuatan AS (ISM) dilihat lemah dari jangkaan dalam bulan Jun.

Harga emas $1813 per auns ketika ini.

5 Julai 2022: Emas terus ditekan oleh 2 faktor iaitu (1) Kenaikan kadar agresif oleh Fed AS, dan (2) Matawang Dolar AS lebih kukuh.

Harga emas $1801 per auns ketika ini.

6 Julai 2022: Gempar! Pasaran emas menjunam sekitar $35 per auns ketika ini apabila indeks dolar AS melonjak ke paras tertinggi sejak 20 tahun!

Harga emas $1765 per auns ketika ini.

7 Julai 2022: 3 faktor utama emas menjunam $70 lebih rendah dalam 2 hari (dan dijangka terus turun dalam masa terdekat):

1. Pengukuhan indeks Dolar AS.

2. Minit mesyuarat FOMC yang ‘hawkish’ telah mendorong penjualan besar-besaran logam emas.

3. Data NFP AS dilihat lebih rendah pada 270k berbanding keluaran sebelumnya.

Harga emas $1739 per auns ketika ini

13 Julai 2022: Emas masih di paras rendah. Mampukah emas bangkit semula menjelang pengumuman data inflasi AS yang dijangkakan makin tinggi?

Harga emas $1728 per auns ketika ini

14 Julai 2022: Emas sedikit melonjak hari ini sebagai reaksi terhadap data inflasi pengguna AS yang naik lebih tinggi di luar jangkaan.

14 Julai 2022: Aduh! Emas buat u-turn, turun balik dan kini hampiri paras terendah tahun ini.

Harga emas $1715 per auns ketika ini

19 Julai 2022: Jaga-jaga! Ramai penganalisis menjangkakan bahawa momentum menurun emas dalam pasaran ketika ini boleh menolak harga di bawah $1,700 per auns

20 Julai 2022: Emas tetap tak bermaya walaupun matawang Dolar AS menyusut. Ini susulan bank-bank pusat beri isyarat akan menaikkan kadar lebih tinggi sebagai langkah atasi inflasi.

Harga emas $1711 per auns ketika ini

21 Julai 2022: Emas sudah berada di bawah paras $1700, terendah sejak Ogos 2021.

Harga emas $1692 per auns ketika ini.

26 Julai 2022: Pasaran emas telah menyaksikan kemerosotan mendadak dalam tempoh tiga bulan lepas kerana dolar A.S. dan hasil bon melonjak lebih tinggi.

Walau bagaimanapun, penganalisis yakin bahawa emas sudah hampir mencapai paras terendah dan sedia untuk melonjak semula.

Ini kerana bank pusat A.S. dilihat telah hampir kepada penghujung kitaran pengetatan ‘monetory policy’.

27 Julai 2022: Emas masih berlegar di paras $1,720 per auns ketika ini. Menurut penganalisis, penetapan kadar faedah oleh Fed AS dalam masa terdekat akan bakal memberi halatuju baharu kepada logam berharga itu.

29 Julai 2022: Emas kembali bangkit selepas mesyuarat FOMC! Perak melonjak 7.45%, emas naik 2.07%

Lihat sejarah analisa dan graf harga emas sepanjang tahun 2022 di https://emas2u.com/harga-emas-malaysia/

Bagaimana dengan harga emas pada bulan Ogos 2022?

Dengan pelbagai ketidaktentuan yang memberi kesan kepada harga emas, jadi yang pertama terima berita emas di emas2u.com. Stay tuned di Telegram Emas2U untuk berita dan harga terkini emas.


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>

LIKE | FOLLOW Emas2U

FB Group: https://bit.ly/FBEmas (Pass Code: NAK EMAS)
Facebook: https://bit.ly/Emas2U
Instagram: https://www.instagram.com/emas2u_com
Youtube: https://www.youtube.com/emas2u
App Emas2U: https://app.emas2u.com