,

Apa Beza Emas LBMA VS Emas Non LBMA?

Apakah itu sijil LBMA? Apa beza emas yang ada LBMA dan emas yang tiada LBMA?

Emas2U – Apakah itu sijil LBMA? Apa beza emas yang ada LBMA dan emas yang tiada LBMA?

Sijil LBMA

Sebahagian emas keluaran Public Gold diiktiraf peringkat antarabangsa mempunyai pensijilan LBMA, ini bermaksud emas yang mempunyai sijil LBMA lebih mudah diterima mana-mana negara di seluruh dunia.

Emas 1 Dinar 999 LBMA Public Gold

Apakah Itu LBMA?

LBMA (London Bullion Market Association) ialah organisasi profesional yang menyelia pasaran emas dan perak borong di London, England iaitu pusat perdagangan emas fizikal dunia. Set LBMA mengekalkan piawaian tertinggi dalam penapisan, memperbaiki standard, mendokumentasi dan menyimpan jongkong emas dan perak untuk diedarkan di “Harga spot” pasaran profesional. LBMA ialah persatuan perdagangan antarabangsa, yang mewakili pasaran London untuk jongkong emas dan perak yang mempunyai asas pelanggan di peringkat global.

Senang cakap, ada LBMA lebih mudah diterima di kedai-kedai emas seluruh dunia. Jika tiada LBMA, mungkin akan ambil proses pengujian. Dari segi nilai sama sahaja.

1 dinar 999.9 Public Gold design baru tiada LBMA

Emas Sijil LBMA VS Emas Tiada Sijil LBMA

Apa beza emas yang ada LBMA dan emas yang tiada LBMA?

#1 LBMA merupakan pematuhan piawaian pembentukan emas/perak

#2 Dari segi produk, kedua-duanya emas 999 (atau emas 24k), tiada beza dari segi kualiti

#3 Dari segi harga, kedua-duanya sama nilai jual dan beli

#4 Kalau ada plan nak jual emas di luar negara, emas yang ada LBMA lebih senang nak jual

#5 Emas yang tak ada LBMA, boleh jual di luar negara, tetapi perlu melalui proses ujian ketulenan

#6 Di Malaysia khususnya, kebanyakan kedai emas dan ar-rahnu tidak menjadikan LBMA sebagai syarat jual/beli/pajak

2 Comments

Leave a Reply

2 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *