, , ,

Bagaimana Nak ‘Track’ Simpanan Emas Kita?

Penting untuk kita track perbelanjaan simpanan emas kita, kenapa? Dan bagaimana?

Emas2U – Sebagai penyimpan emas, tak kiralah emas simpanan Public Gold ke, emas perhiasan ke, kita kena rekod dan track perbelanjaan membeli dan menjual emas kita. Apa tujuannya?

Kenapa Track Simpanan Emas?

Ini 3 sebab kenapa kita kena track simpanan emas kita:

1. Mengenalpasti Harga Per Gram

Selain merekod jumlah RM perbelanjaan emas dan jumlah gram emas, kita juga perlu tahu purata atau average harga per gram yang kita telah spend membeli emas, sejak pembelian pertama. Kenapa? Supaya kita nampak keberbaloian dan keberkesanan nilai RM yang kita belanjakan tu. Dan kita boleh bandingkan dengan harga emas semasa sekarang.

Bagaimana mengira average – nilai per gram kita dah spend untuk beli emas, sejak pembelian pertama, contohnya begini:

Pembelian #1
RM100 0.5556 gram

Pembelian #2
RM350 2 gram

Pembelian #3
RM183 1 gram

Average = (RM100 + RM350 + RM183)/3.5556 gram
= RM633/3.5556 gram
= RM178.03/gram

Average yang kita belanjakan untuk beli emas ialah RM178.03 setiap gram. Nilai ini dapat membantu kita untuk pembelian seterusnya, kita tahu bila harga emas semasa tu adalah harga ‘sale’ buat kita jika lebih rendah dari harga average. Selain itu kita juga dapat menilai keuntungan bila kita nak jual balik. Let say 5 tahun lagi Public Gold beli pada RM200/gram, jadi kita dah ada keuntungan di situ.

2. Mengenalpasti Bila Kita Wajib Bayar Zakat Emas

Dengan cara merekod dan track simpanan emas kita, kita akan tahu bila kita wajib bayar zakat emas iaitu bila jumlah simpanan emas kita cukup haul bersamaan 85 gram.

Klik di sini untuk mengetahui Cara Kira Zakat Emas

Jadi, Bagaimana Nak ‘Track’ Simpanan Emas Kita?

Cadangan saya, gunakan Microsoft Excel, buat table dengan 4 column Tarikh, Gram, Harga per gram, dan Jumlah Perbelanjaan. Rekodkan setiap perbelanjaan dan summarizekan di belah bawah; Total Gram, Jumlah dan Average (Total Jumlah/Total Gram). Contoh di bawah:

Semoga bermanfaat!

Tanya saya tentang emas anytime!
Muhammad Muhaimin Mohd Isa (PG00149040)
Dealer Emas Sah Public Gold | Emas Patuh Syariah | Emas Mampu Milik
Founder & CEO www.Emas2U.com
012-230 2158

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *