, ,

Cara Mudah Kira Pulangan Simpanan Emas

Ini cara mudah untuk kira keuntungan bersih dari pelaburan emas.

Emas2U.com – Bila nak buat simpanan emas, sudah tentu kita nak tahu berapa pulangan (ROI simpanan emas) yang kita dapat. Pulangan simpanan emas ni, bukan macam simpanan wang yang ada dividen setiap tahun. Jika ada pelaburan emas yang menjanjikan pulangan atau dividen, boleh jadi ianya scam. Sebab pelaburan emas ini bergantung 100% kepada harga emas semasa.

Ini cara mudah untuk kira keuntungan bersih dari pelaburan emas.

Bagi membolehkan anda mengira pulangan simpanan emas, langkah pertama anda disarankan untuk merekod setiap pembelian emas anda. Kenapa? Ianya memudahkan kita untuk

  1. Mengenalpasti Harga Per Gram
    Harga emas berubah-ubah setiap kali kita buat belian emas. Dengan cara merekod, kita dapat tahu harga per gram seterusnya membantu kita menganalisa harga semasa samada sesuai atau kurang sesuai untuk buat belian seterusnya
  2. Mengetahui Jumlah Gram Emas
    Bila kita tahu jumlah simpanan emas kita, mudah untuk kita mengira nilai simpanan emas kita. Sebagai umat Islam pula, cara ini dapat membantu bila tiba masa untuk bayar zakat emas, iaitu bila simpanan kita mencecah 85 gram. Bagaimana cara kira zakat emas? Klik sini, ada video.

Macam mana cara nak rekod pembelian emas?

Baca di sini Bagaimana Nak β€˜Track’ Simpanan Emas Kita?

Cara Kira Pulangan Simpanan Emas

Ok, bila dah rekod dan tahu harga belian emas, kita boleh ke step seterusnya iaitu mengira pulangan simpanan emas kita. Formulanya:

Pulangan Simpanan Emas = Harga Jual – Harga Beli

Harga Jual diambil pada column PG Buy dan boleh dilihat di website Public Gold. Berubah setiap 20 minit ikut harga emas semasa.

Kenapa harga beli PG Buy lebih rendah dari harga jual PG Sell? Ini kerana ada susut nilai. Cara kira susut nilai boleh rujuk di sini.

Harga Belian pula merujuk kepada harga emas semasa anda buat belian.

Contoh untuk 10 gram, katalah dulu anda beli pada harga RM2,130

Oleh itu, merujuk kepada jadual di atas,

Pulangan Simpanan Emas
= RM2,361 – RM2,130
= RM231

So anda untung RM231.

Semoga bermanfaat!

Nak mula simpan emas? Hubungi saya anytime!


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Fiza >>

LIKE | FOLLOW Emas2U

FB Group: http://bit.ly/FBEmas (Pass Code: NAK EMAS)
Facebook: http://bit.ly/Emas2U
Instagram: http://bit.ly/InstagramEmas2U
Youtube: http://bit.ly/Emas2u
App Emas2U: https://app.emas2u.com