, , , , ,

Persoalan & Ilmu Simpanan Emas

Emas2U – Nak mula simpan emas, mesti ada ilmu. Emas2U kongsikan semua ilmu emas yang pernah ditanya atau dikongsi dengan customer Emas2u dalam post ini. Post ini akan sentiasa dikemaskini dengan penambahan baharu.

Tarikh kemaskini: 31 Mei 2020

(In Progress) Disebabkan terlalu banyak persoalan, saya dalam proses menyusun semua persoalan mengikut kategori berikut:

1. Semua Persoalan Akaun GAP Public Gold Di Sini

28 Mei 2020: Semakan order emas Public Gold

Kepada ahli yang order emas fizikal tapi masih belum terima, anda kini boleh follow up terus melalui whatsapp no tel cawangan. Caranya:

1. Klik https://emas2u.com/cawangan-cawangan-public-gold-malaysia/, cari cawangan pilihan anda dan klik ikon whatsapp pada no tel cawangan.

2. Cadangan ayat Whatsapp:
Salam/Hi, boleh saya tahu stok untuk order CSO___ (masukkan no order) dah available untuk collect?

Nota:
1. Kalau ada cawangan tak respond, maklum saya, biar saya rotan staff cawangan tu ?
2. Volume order terlalu tinggi sekarang, so mungkin ada delay ketibaan stok dan respond dari staff. Harap bersabar.
3. Jika stok availailable, boleh set appointment dengan cawangan untuk collection.

Tq

Gold bar kalau kita jual kat kedai emas, rate yg kedai ambik ikut harga semasa emas baru atau dikira harga emas terpakai?

Harga jual = Harga emas semasa – Nilai susut

Pulangan = Harga jual – Harga beli

26 Mei 2020: Saya ada soalan..
?Beza 1 dinar 24k dgn 22k.
1. Adakah nilai spread berbeza?
2. Saiz dan rupa bentuk sama ke?
3. Ok tak kalu beli yg 22k

1. Nilai spread 1 dinar 24k = 9%, nilai spread 1 dinar 24k = 9.98% (hampir 10%).

Tambahan info, harga per gram 1 dinar 24k = RM258.82, harga per gram 1 dinar 22k = RM233.41

2. Lebih kurang sama tapi kualiti ada mention pada kad

3. Ok je, cuma consider spread value yang lebih tinggi, bermaksud pulangan lebih rendah bila jual

25 Mei 2020: Tuan, kenapa harga dinar lebih murah harga per gram berbanding small bars? Bukankah harga berdasarkan berat emas?

Semua harga emas fizikal Public Gold ikut harga emas semasa kecuali small bars. Harga emas fizikal berubah setiap 20 minit kecuali small bars. Harga small bars telah ditetapkan lebih tinggi dan tidak berubah selalu.

Konsepnya macam kita beli kacang. Pek kecil lebih mahal harga per gram berbanding pek besar. Dan kalau nak jimat lagi kita beli kacang secara borong dalam gram besar terus.

23 Mei 2020: Betul ke kalau nak jual silver kat luar (slain PG) kurang laku, jadi sebab tu silver kurang mendapat perhatian dalam bab asset savings macam emas?

Yang saya dengar dari seorang pakar silver pun begitu, dealer silver di Malaysia tak sebanyak dealer emas. Mungkin penyimpan silver akan hadapi situasi bila nak jual silver kena jual di Public Gold sahaja. Ini based on pengetahuan saya yang terhad tentang silver. Kalau ada yang lebih mahir, boleh share your views ya.

22 Mei 2020: Tuan… macam mane as dealer nk registerkan penama yg kita rekomen…

1. Kita kena buat sendiri (masih kurang mahir dgn web pg) …or..

2. Bagi maklumat pada Tuan dan Tuan yg registerkan

Dapatkan details yang sama seperti saya minta puan untuk pendaftaran, then fwd kepada staff Public Gold, Pn Zara. Sekalikan introducer code puan supaya customer baru tu didaftarkan bawah puan

Kalau kita nak buat full payment n guna DEBIT card mmg ada service caj dari pihak bank ke, though kita buat INSTANT TRANSFER?

Kalau guna debit kad di kaunter cawangan Public Gold memang ada caj 3% puan

21 Mei 2020: Biasa kalau proses buyback berapa lama ya?

Buyback akan ditransfer terus ke akaun bank kita dalam masa 3 hari

20 Mei 2020: Kalau kita pakai GAP, dan kita dah ada 20g contohnya, kita boleh bawa keluar ikut dinar tak? atau dia akan kasi 1g 1g ?

Boleh. Boleh keluarkan ikut gram yang kita nak termasuk dinar. 1 dinar = 4.25 gram. Dengan syarat baki dalam akaun ada minimum 1 gram untuk akaun kekal aktif.

19 Mei 2020: Pesanan dari Public Gold

For those yang gunakan ATM CDM machine untuk buat payment, sila pastikan slip original payment disimpan ya, sekiranya hilang, customer perlu dapatkan pengesahan dari Suruhanjaya sumpah

13 Mei 2020: As salam, nak tanya walaupun berat emas sama ada beza tak antara LBMA Bullion gold bar dan PG Bungamas series gold bar

Waalaikumussalam wbt puan, ada beza emas LBMA dan emas non LBMA. Saya ada tulis artikel di https://emas2u.com/apa-beza-emas-lbma-vs-emas-non-lbma/ harap menjawab persoalan puan

10 Mei 2020: Nak minta pendapat sifu2

1) kita keluarkan duit kwsp sikit under program ilestari, dan beli emas. mana lagi bagus, better stay in kwsp or tukar kepada emas?

Kalau ada duit saving yang kita takkan spend dalam masa terdekat, boleh simpan emas/perak. Tapi pastikan duit belanja kita cukup untuk PKPB ni, kita tak tahu bila akan tamat. So duit belanja kena utamakan. Sebaiknya, dalam saving kita ada 6 bulan gaji untuk masa2 begini especially.

2) Apa kelebihan/perbezaan simpan emas dalam akaun GAP sahaja atau claim emas fizikal dalam GAP (cuma tinggalkan baki 1g je setiap masa)?

Simpanan GAP – sesuai jika bajet kecil dan berterusan, tak perlu risau simpan sendiri. Tiada yuran daftar dan tiada caj simpan.

Fizikal – Kalau nak tebus fizikal dan simpan sendiri pun boleh. Aura bila pegang emas fizikal ni lain macam. Pendapat saya lebih besar emas fizikal lebih baik kerana (1) caj Gold Premium lebih rendah, dan (2) spread bila nak jual lebih rendah. Tapi atas sebab-sebab seperti senang nak agihkan kepada anak2 atau nak cairkan sikit2, ada penyimpan prefer fizikal kecil2. Ianya subjektif, terpulang kita selesa cara mana. Senang nak agih, senang nak hibah. Emas fizikal simpan sendiri, jadi ada risiko hilang. Ada servis safe box tapi berbayar, kalau jumlah gram kecil, tak berbaloi.

Boleh tolong explain bagaimana ar rahnu PG ni berfungsi?

Saya ada tulis di https://emas2u.com/cara-pajak-emas-gap-di-ar-rahnu/

2 Mei 2020: Harga Emas LBMA dan Emas non LBMA beza?

Harga sama. Beza lainnya, yang bentuk kad tu ada LBMA, dikilang di Turki, sementara cast bars tiada LBMA, dikilang di Malaysia. Apa beza ada LBMA atau tiada? Baca sini: https://emas2u.com/apa-beza-emas-lbma-vs-emas-non-lbma/

30 April 2020: Wealth Card yg dah bayar, PG akn hntar pos ke rumah ye?

Kena ambil di cawangan. Cawangan akan inform bila dah siap. Prosesnya agak lama sebab perlu print nama atas kad. Berbulan juga.

Tuan boleh bagi contoh tak utk pengetahuan am..cara nk bezakan emas tulin dgn tiruan.

6 cara uji ketulenan emas:
https://emas2u.com/6-cara-menguji-ketulenan-emas-2-paling-senang-tapi-ramai-tak-tahu/

25 April 2020: dinar baru boleh dipegang…. kalau nak jual nanti kat mana2 mudah tak?

Boleh jual semula di Public Gold atau mana-mana kedai emas. Cuma pastikan kita tahu spread value yang ditawarkan oleh setiap kedai. Lain kedai, lain spread value

24 April 2020: maat tuan.nk tanya sy dh bt first pymt utk bunga mas.epp 4.nk byr utk bln kedua mcm mn yer

Boleh bayar ke akaun yang sama then email ke payment@publicgold.com.my (mention no order dan payment ke berapa). Pastikan puan simpan semua resit untuk rujukan masa collect nanti

18 April 2020: Apa yg menyebabkan harga emas berbeza antara PG dgn lain2 tempat pd hari dan waktu yg sama. Yg paling ketara 24k 1gram.

Saya ada tulis berkaitan ini di https://emas2u.com/emas-public-gold-mahal/ harap menjawab

Sy ada bc tp xbrapa faham berikutan sy tgk pd harga beli tetap xsama. Sdgkan sama 1g sama 24k sama ada cert sama charge trnsport ada.. Kualiti emas bg sy sama sj ikut karatnya..

Contoh sy tgk di fb ada yg jual 1g 24k ada cert RM275 rendah dr nilai semasa PG.

Just nak faham cara layman.. Tq.

Yang jual di FB tu emas PG jugak ke? Kalau ya, maksudnya dia jual secara runcit. Baca https://emas2u.com/lelaki-ini-dedah-2-cara-dapat-pulangan-tinggi-dengan-simpanan-emas/ cara #2

If jual secara runcit, meaning harga jual terpulang kpd individu yg menjual lah ye?

Betul. Apa yang individu ni buat, dia beli pada harga GAP, then jual pada harga runcit PG (or less) untuk small bars (0.5 gram, 1 gram, 0.5 dinar dan 5 gram). Kalau dia jual pada RM275 seperti yang @Public Gold Shaiful Sg Buloh tengok di FB pun still untung besar, since harga GAP 1 gram paling tinggi pun RM256. Pembeli pun akan nampak seperti ‘harga diskaun’ RM275 sebab jauh lebih rendah dari harga Public Gold (RM290)

Sebab tu saya selalu pesan, nak beli emas, kira harga per gram dulu: https://emas2u.com/sebelum-beli-emas-kira-dulu-harga-per-gram-apa-itu-harga-per-gram/

16 April 2020: Nak tanya app Emas2U belum ada lagi on App Store for ios device? Tq.

Buat masa ni hanya Android saja puan, saya nak tengok sambutan dulu. Kalau menggalakkan then akan proceed dgn iOS. (Setup iOS sangat mahal fyi ?)

Maaf bertanya, mcm mana zakat emas?

Zakat tidak diambil kira. Kita kena bayar sendiri. Bila simpanan cecah 85 gram, wajib bayar zakat.

Cara kira zakat emas: https://emas2u.com/cara-kira-zakat-emas/

Video tutorial: https://youtu.be/kqqxRhmwybY

Kalau nak jual pada harga runcit (harga tanpa tolak spread %), boleh jual kepada individu. Saya ada kongsikan di https://emas2u.com/lelaki-ini-dedah-2-cara-dapat-pulangan-tinggi-dengan-simpanan-emas/

Time harga emas naik mendadak mcm skrg nie ka peluang kita nak jual semula?atau mcm mana?sekada bertanya,mohon pencerahan.terima kasih?

Waalaikumussalam wbt, jawapan saya personally jangan jual selagi tak terdesak perlukan wang

9 April 2020: 999 atau 916. Kalau Kita Kumpul Banyak, Mana Satu Lagi Untung Seandainya 916 lebih Banyak dari 999

999 lebih bernilai. Saya ada tulis artikel di sini: https://emas2u.com/perbezaan-emas-999-dan-emas-916/

Bungamas ni diterima outside Msia ke?

Apa-apa emas pun diterima di seluruh dunia. Cuma kalau ada sijil LBMA lebih mudah nak jual. Jika tiada sijil LBMA, akan ambil masa sikit prosesnya, kena lalui proses ujian ketulenan dan sebagainya

Semua emas PG ada sijil LBMA ye?

Bungamas dan Taifook bukan LBMA, tapi ada sijil pengesahan ketulenan emas.

7 April 2020: Nak tanya… Ms PKP ni, elok x dibeli lg emas?

Kalau ada duit saving yang kita takkan spend dalam masa terdekat, boleh simpan emas/perak. Tapi pastikan duit belanja kita cukup untuk PKP ni, kita tak tahu bila akan tamat PKP. So duit belanja kena utamakan. Sebaiknya, dalam saving kita ada 6 bulan gaji untuk masa2 begini especially

4 April 2020: Di mana kita nak tgk trend naik turun harga emas semasa. Maksud sy yg reliable.

Kalau harga emas mentah boleh lihat di kitco.com

26 Mac 2020: PG tak buat penangguhan 6 bulan pembayaran seperti mana2 moratorium bank ka?

Jawapan Public Gold:

Untuk customer yang ada order EPP, sila bayar ikut kemampuan masing2, tiada paksaan untuk buat bayaran ikut jadual masa MCO

Ape maksud order melalui EPP?

Rujuk Easy Payment Purchase

25 Mac 2020: Dgn hrge emas yg naik sekarang, adakah ini masih masa yg baik utk menambah emas?

Pendapat saya, kalau topup GAP ok sebab beza tu tak lah besar sangat jika beli gram kecil. Tapi kalau bajet besar, boleh consider monitor harga dulu.

Kalau ada pendapat lain boleh kongsikan ya ?

Apa pun, yang penting beli emas ni, gunakan duit saving yang kita takkan spend dalam masa terdekat.

Nk tanya sy ada wang sebanyak rm6000 dr main kutu, mana lg bagus beli barang kemas atau emas 999?

Kalau puan tanya pendapat saya, saya lebih prefer emas 999 simpanan sebab lebih bernilai (harga upah biasanya lebih rendah). Emas 916 bercampur dengan bahan lain, harga upah biasanya tinggi, tapi bila nak jual kedai ambil rendah.

Tapi ada customer pernah share pengalaman dia pandai jual semula emas 916 pada harga tinggi kepada individu.

Sekadar pendapat saya dari pengetahuan saya yang terhad.

Kalau tuan/puan ada pendapat lain boleh kongsikan ?

Ada beza x tuan kalau beli 10g 10g, dgn 20g seketul

Beza. Kalau nak beli emas fizikal, formulanya lebih besar gram yang kita beli lebih baik sebab (1) lebih rendah harga per gram dan (2) lebih rendah % spread bila jual semula.

Maksudnya 10g x 10 unit tak sama dengan 100g x 1 unit dari segi nilainya walaupun jumlah berat sama. Then caj premium juga beza

Tapi ada penyimpan prefer beli kecil2 atas tujuan senang nak cairkan sikit2 dan senang nak agihkan kepada anak2. Terpulang cara mana kita selesa

24 Mac 2020: Just asking how does it work, like if global economy down gold naik, value duit dah very low. So if we have gold simpanan how do we make use of it in this situation?

Contoh mudah dalam keadaan sekarang, ramai yang kehilangan kerja dan dipotong gaji. Jika ada simpanan emas, boleh jualkan sebahagian emas untuk belanja keperluan asas. So pendapat saya, situasi begini boleh jadi waktu sesuai untuk jual emas jika ada keperluan.

19 Mac 2020: Emas2u dgn GSAP xsama ke?

GSAP Public Gold punya, Emas2U inisiatif oleh Emas2U.com 3-in-1 untuk memudahkan pengurusan emas dan kongsikan ilmu/berita/harga terkini emas

Boleh terangkn mcm mna app emas2u tu?

App Emas2U ada 3 Tab;

1. Tab 1 – harga live Public Gold. Untuk kita refer harga terkini. Sama seperti di http://publicgold.com.my

2. Tab 2 – pengurusan emas. Sesuai untuk kita track rekod beli/jual emas kita. Ada manual pengguna kat page tu. Dan ada zakat reminder ?

3. Tab 3 – artikel/post/ilmu emas. Info sama boleh didapati di emas2u.com

Selain 3 features di atas, sekali sekala akan ada notifikasi harga terkini/update emas.

App ini free, tiada ads.

14 Mac 2020: Saudara Muhaimin, will be much appreciated if you can share with us full info about the company profile and its partners/owners

Public Gold merupakan syarikat jual beli emas sejak 2008, syarikat emas pertama di dunia yg patuh syariah, berdaftar di BNM, dipantau oleh panel syariah Amanie Advisors Sdn Bhd dan dilindungi insurans Lonpac. Berkolaborasi dengan Pos Malaysia dan Pos Ar-Rahnu dan mempunyai 18 cawangan seluruh Malaysia, 1 cawangan di Singapura dan 1 cawangan di Indonesia. Top syarikat jual beli emas di Malaysia yg berkredibiliti tinggi.

More info: https://www.publicgold.com.my/index.php/aboutus

13 Mac 2020: Ada apa2 perbezaan ke antara dinar dan public plain gold bar ?

Paling ketara design, berat dan harga per gram

6 Mac 2020: Apa beza nya kita bli mas dinar Dari Public gold dan Kita bli Dari habib jewels

Bila nak beli emas atau buka akaun emas dari mana-mana kedai/bank sekalipun, consider at least 3 perkara ini:

1. Kredibiliti syarikat (Both Public Gold dan Habib Jewels well known companies, dah lama buka dan banyak cawangan seluruh Malaysia)

2. Caj-caj yang ada. Caj upah, caj simpan, caj admin, caj bulanan, caj tahunan, caj premium, caj transportasi, caj bila nak tebus fizikal, caj bila nak jual etc. Kadang-kadang harga yang kita tengok, belum termasuk caj2

3. Syarat & terma. Contoh dalam akaun kena ada minimum 1 gram, berapa minimum boleh tebus, atau boleh mula serendah berapa RM

Selepas consider 3 perkara ni, bandingkan harga. Of course, lebih murah lebih baik. Tapi jangan lupa tengok kualiti emas, 22k atau 24k. Sebaiknya pilih 24k (atau nama lainnya emas 999) sebab tiada campuran dengan bahan lain.

Apa maksud buyback?

Buyback = jual emas kita

28 Februari 2020: Sy ada nk mintak pencerahan. Apa yg dimaksudkan dgn syariah compliant dlm simpanan emas ni? Boleh terangkan dgn terperinci?

Sijil syariah compliant yang diterima ke atas akaun Gold Accumulation Program (GAP), maksudnya Public Gold wajib pastikan setiap gram dalam akaun penyimpan, ada fizikalnya. Proses ini dipantau dan diaudit oleh panel syariah Amanie Advisors Sdn Bhd. Sijil patuh syariah tuan boleh lihat di website Public Gold

Bagaimana dgn zakat? Semuanya telah diambilkira?

Zakat tidak diambil kira. Kita kena bayar sendiri. Bila simpanan cecah 85 gram, wajib bayar zakat

Cara kira zakat emas: https://emas2u.com/cara-kira-zakat-emas/

26 Februari 2020: Nak tanya..ade sape2 tau beza hello gold dan public gold? Tgk harga emas beza

Ini perbandingan Public Gold dan Hellogold: https://emas2u.com/perbandingan-public-gold-vs-hellogold/

22 Februari 2020: Topik terkini harga terus naik apakah penyebabnya?

Depends kepada pelbagai faktor. Faktor paling besar beri kesan kepada harga emas:
1. Demand
2. Matawang jatuh
3. Trade war US-China
4. Inflasi
5. Perang, US-Iran
6. Terkini, wabak coronavirus

Tanpa ubat dan vaksin yang boleh mengubatinya, virus yang boleh membawa maut ini menimbulkan rasa panik, menjejaskan kegiatan ekonomi negara China (ekonomi kedua terbesar dunia) dan boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi dunia.

Bila situasi panik berlaku maka harga emas akan meningkat. Selagi masalah koronavirus ini tidak selesai, saya percaya boleh menjadi pendorong kepada kenaikan harga emas.

21 Februari 2020: Nak tanya…. Beli 1g /sebulan emas fizikal rugi tak?

1g fizikal? Tak berbaloi puan, harga per gram tinggi. Lebih baik beli 1g gram GAP, lebih banyak jimat harga per gram. Kalau nak simpan fizikal 1 gram, tebus dari GAP

8 Februari 2020: Apa yang dimaksudkan dengan lock / kunci harga emas? Apa benefit dan kaedahnya?

Lock harga emas ialah kita nak beli emas pada masa tertentu dan kita boleh lock untuk mendapatkan harga tersebut pada waktu tersebut. Selepas lock, invoice akan dihantar ke email dan boleh buat pembayaran serta merta. Kelebihannya, kita tak perlu ke cawangan untuk buat belian, boleh buat secara online

Ada seminar asas pelaburan emas?

Untuk event di cawangan terdekat puan, boleh refer https://www.publicgold.com.my/index.php/event

Pos Rahnu terima apa-apa jua bentuk produk emas – bar, dinar dsb… atau ada pengecualian?

Ya Pos Ar-Rahnu terima semua hatta dalam bentuk kad (tak perlu buka seal seperti sebilangan Ar-Rahnu lain)

5 Februari 2020:

Nak tanya camna cara nak beli emas fizikal?

Ada 3 cara untuk beli emas/silver fizikal:

1. Pergi ke cawangan terdekat terus. Senarai penuh cawangan boleh rujuk https://publicgold.com.my/index.php/branch

2. Order secara online, ambil di cawangan pilihan bila stok ready, follow step di https://emas2u.com/cara-beli-emas-fizikal-secara-online/

3. Saya as dealer orderkan. Berikan details
i. Nama Penuh
ii. No KP
iii. No Tel
iv. Email
v. Cawangan pilihan (untuk collect)
vi. Item emas pilihan

31 Januari 2020:

Cara kira zakat emas: https://emas2u.com/cara-kira-zakat-emas/

29 Januari 2020:

Wabak Coronavirus lonjak harga emas:

Tanpa ubat dan vaksin yang boleh mengubatinya, virus yang boleh membawa maut ini menimbulkan rasa panik, menjejaskan kegiatan ekonomi negara China (ekonomi kedua dunia) dan boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi dunia.

Bila situasi panik berlaku maka harga emas akan meningkat. Selagi masalah koronavirus ini tidak selesai, saya percaya boleh menjadi pendorong kepada kenaikan harga emas.

28 Januari 2020:

3 kesimpulan dari perbincangan pagi ini

1. Spread value. Sebagai penyimpan emas, wajib faham yang ni. Bila nak jual emas kita, Public Gold (dan mana-mana kedai emas sekalipun) akan tolak spread value untuk cover profit.

Spread % Public Gold GAP: 8-10%
Spread % Public Gold fizikal: 6-9%

Public Gold antara syarikat yang offer spread value rendah. Ada kedai yang spreadnya sekitar 30%!

2. Mana lebih baik, ASB vs Emas? Soalan ini seperti kita bandingkan buah epal dan buah oren. Atau bandingkan kereta dengan motosikal. Masing-masing ada kelebihan dan kekuatan tersendiri

Ianya bergantung kepada objektif kita sebenarnya.

Kalau objektif kita nak jana keuntungan short term, pilih pelaburan wang seperti Unit Trust/ASB

Kalau objektif kita nak jana keuntungan long term, lindungi wang kita ke medium yang lebih kuat, kalis ekonomi dan backup bila matawang jatuh dan tak bernilai, pilih pelaburan emas

Cadangan saya, pelbagaikan pelaburan. Wang, emas dan hartanah. Sebab masing-masing ada kelebihannya. Wang juga penting kerana kita berbelanja dengan wang. Emas, sebagai backup dan kunci kekayaan kita, berguna bila nilai matawang jatuh dan ekonomi teruk.

3. Simpanan emas lebih sesuai long term. Sebab tu saya selalu pesan, nak beli emas, guna duit saving yang takkan digunakan dalam masa terdekat

Artikel/Video sokongan berkaitan:
5 Sebab Saya Over Confident Simpan Emas?
https://emas2u.com/5-sebab-saya-over-confident-simpan-emas/

Cara Kira Nilai Susut (Spread Value) Emas
https://www.youtube.com/watch?v=auL4chkDq3k

Robert Kiyosaki pun prefer simpan emas/perak berbanding duit
https://emas2u.com/beli-perak-sekarang-untuk-peleburan-1-dekad-akan-datang-robert-kiyosaki/

15 Januari 2020:

Ada ke org simpan perak? Apa kelebihan?

Dari segi nilai, perak adalah under value berbanding emas. Harga perak berpotensi naik berganda apabila harga emas naik tinggi. Beli perak sekarang merupakan investment yang berpotensi

Kekurangan beli perak, company yang jual/beli perak di Malaysia sgt kurang dan susah nak cari. Customer mungkin akan menghadapi situasi bila nak jual perak, hanya boleh jual balik kpd PG

Kekurangan – Harga lebih volatile, so kena tahan sakit jantung. kalo turun, memang turun banyak. kalo naik.. naik pun lagi bnyk dari harga emas

Baru-baru ini Robert Kiyosaki ditanya pelaburan apa yang dia akan buat sekarang, tahun 2020? Jawapannya, beli ‘matawang sebenar’ iaitu emas dan perak! Ini sebabnya: https://emas2u.com/beli-perak-sekarang-untuk-peleburan-1-dekad-akan-datang-robert-kiyosaki/

12 Januari 2020:

Kalau lupa username dan password macam mana nak dapatkan balik?

Kalau belum pernah tukar password, cuba
Username: kod PG (cth PG00149040)
Password: IC penuh tanpa dash

Kalau tak boleh juga, klik Forgot Your Password di https://www.publicgold.com.my/index.php/login

12 Januari 2020:

Baru-baru ini Robert Kiyosaki ditanya pelaburan apa yang dia akan buat sekarang, tahun 2020? Jawapannya, beli ‘matawang sebenar’ iaitu emas dan perak! Ini sebabnya: https://emas2u.com/beli-perak-sekarang-untuk-peleburan-1-dekad-akan-datang-robert-kiyosaki/

Semoga bermanfaat ??

5 Januari 2020:

Apa maksud spread value dlm konteks emas ni?

Spread value ialah nilai yang kedai emas tolak untuk cover profit. Spread value di Public Gold sekitar 6-10%. Ada kedai yang tolak sehingga 30%. Jadi lain kedai emas, lain spread value nya.

3 Januari 2020:

Nak tanya kalau dinar kelantan tolak kat public gold, kira macam mana?

Kena bawa ke cawangan Public Gold untuk inspection dari segi kualiti dan condition emas tu

2 Januari 2020:

Kenapa harga emas berbeza?

Ya harga emas memang berbeza. Lain kedai lain harganya. Bila tengok harga emas, pastikan kita tahu adakah harga tersebut telah termasuk caj upah atau caj2 lain? Atau yang dipapar tu hanya harga emas mentah?

Ada customer tanya kenapa kat kedai xxx harga per gram dia jauh lebih murah dari Public Gold? Bila diteliti, harga tu belum termasuk caj upah. Dan mungkin juga harga tu untuk emas 916 dan bukan 999.

Harap menjawab persoalan tuan ???

Ade ke faktor lain selain dari faktor harga upah?

Kalau Public Gold ada caj upah (harga dipapar dah termasuk) dan caj GP.

Ada syarikat xxx ada caj upah, caj management, caj beli, caj jual, caj tebus.

2 Januari 2020:

Assalamualaikum wbt & Selamat Pagi tuan/puan,

Pertama sekali, Selamat Tahun Baru semua! Saya doakan semoga apa sahaja azam tuan/puan akan tercapai.

Kedua, ada satu perkara penting saya nak umumkan. Tapi masih dalam proses ?. Stay tuned sebab ahli2 group ni akan jadi yang pertama tahu sebelum saya umum di seluruh network Emas2U.

Tqvm!
Jumpa di puncak kejayaan,
Muhaimin

1 Januari 2020: Ok first day tahun 2020 dimulakan dengan harga emas GAP RM215 per gram, kenaikan tertinggi sejak September 2019 lepas.

Fyi harga GAP tertinggi dalam sejarah RM218 per gram ✨

31 Disember 2019: Lihat prestasi emas tahun 2019 & Adakah tahun 2020 tahun yang sesuai untuk beli emas?

BACA: https://emas2u.com/analisa-harga-emas-2019-ekspektasi-emas-2020/

25 Disember 2019: Kalau kita nak jual emas PG macam mana ya? Kena pergi cawangan PG terdekat atau boleh jual secara online?

Kalau nak jual emas fizikal kena ke cawangan, kalau nak jual emas GAP, boleh jual melalui sistem. Dalam GAP kena ada baki 1 gram untuk akaun kekal aktif. Nak jual semua pun boleh, akaun akan jadi tak aktif. Untuk aktifkan semula, perlu bayar RM50

12 Disember 2019: Bagaimana nak tahu PG Buy LBMA small bars?

Waalaikumussalam wbt tuan, di website tiada paparan PG Buy tapi kalau nak kira, refer PG Buy untuk 10 gram.

Contoh PG Buy 10 gram = RM1896. Jadi kalau nak PG Buy untuk

1 gram = 1896/10 = RM189.60

0.5 gram = 189.60/2 = RM94.80

0.5 dinar / 2.125 gram = 189.60×2.125 = RM402.90

5 gram = 189.60×5 = RM948

3 Disember 2019: Kalau saya beli emas di Public Gold kemudian saya nak jual/gadai di mana2 kedai emas boleh ke?

Waalaikumussalam wbt tuan, boleh. Sebaiknya pajak di Pos Ar-Rahnu kerana mereka terima emas PG yang diseal dalam kad, ada sesetengah Ar-Rahnu kena buka

19 November 2019: Salam admin @ kawan2 .. mohon pencerahan
1. Jika seseorang ada hajat nak jadi Dealer Public Gold. Bagaimana caranya?
2. Hanya menjadi Dealer Public Gold tapi tak aktif, nak beli untuk diri sendiri sahaja. Boleh tak?
3. Apakah kelebihan menjadi Dealer Public Gold?

1. Untuk jadi dealer;

Beli 50g GAP + wealth card = Normal Dealer
Komisyen 1%

Beli 100g GAP + wealth card = Priority Dealer
Komisyen 1.5%

Tapi biasanya ada promosi dealer setiap bulan

2. Boleh. Beli sendiri pun akan dapat insentif

3. 7 kelebihan menjadi dealer Public Gold, baca: https://emas2u.com/7-kelebihan-menjadi-dealer-public-gold/

18 November 2019: Boleh saya tahu apa beza aset dengan liabiliti?

Menurut ROBERT T.KYOSAKI penulis buku “rich dad poor dad” ASET yang boleh memberikan kita keuntungan …. Manakala LIABILITI banyak membuatkan kita rugi…. Sebelum memilih harta kena tau perbezaan antara dua ni…

Contoh Aset:
1. Emas
2. Hartanah
3. Bisnes

Contoh Liabiliti:
1. Kereta
2. Hutang

15 November 2019: Senarai jadual event Public Gold di kawasan anda

Untuk jadual event di cawangan terdekat tuan/puan, boleh refer https://www.publicgold.com.my/index.php/event (pilih region)

1 November 2019: PG ni ada apps tak play store? Kalau ada senang lah nak tgok harga emas semasa kan

Buat masa ni tiada. Harga emas semasa boleh dilihat di https://publicgold.com.my

Harga GAP dikemaskini setiap hari pada jam 12am

Harga emas fizikal dikemaskini setiap 20 minit ikut harga emas semasa

1 November 2019: Mana yg lebih untung untung simpanan jangka panjang. GAP atau Dinar emas?

Dua2 akan ada keuntungan puan sebab dua2 bergantung kepada harga emas semasa

1 November 2019: Salam. Apa kelebihan beli emas berbanding buat pinjaman ASB dan bayar bulanan?

Ianya bergantung kepada kepada objektif kita sebenarnya.

Kalau objektif kita nak jana keuntungan short term, pilih pelaburan wang seperti Unit Trust/ASB

Kalau objektif kita nak jana keuntungan long term, lindungi wang kita ke medium yang lebih kuat, kalis ekonomi dan backup bila matawang jatuh dan tak bernilai, pilih pelaburan emas

Cadangan saya, pelbagaikan pelaburan. Wang, emas dan hartanah. Sebab masing-masing ada kelebihannya. Wang juga penting kerana kita berbelanja dengan wang. Emas, sebagai backup dan kunci kekayaan kita, berguna bila nilai matawang jatuh dan ekonomi teruk.

29 Oktober 2019: Apa makna EPP10? EPP10 byr 10 bulan tu apa?

Easy Payment Purchase. Dengan bahasa mudah faham adalah bayaran Ansuran. Maksudnya bayaran ansuran selama 10 bulan puan. Jadual bayaran akan dijana dalam invoice jika puan pilih EPP. Cara kira, kalau 10 bulan, jumlah harga + GP bahagi 10

22 Oktober 2019: Tumpang tanya…. Sekiranya kita bercuti ke mana2…luar dari malaysia…. Spt eropah,jepun,cina dll…. Kita bawa emas P.G … Soalan saya boleh tak emas tersebut di jual di kedai emas negara luar apabila kita terdesak mengunakan wang…?

Boleh dijual di mana-mana sahaja kita berada. Itu kelebihan emas berbanding aset lain seperti hartanah. Kalau ada cert LBMA lebih senang sebab cert ni standard yang diterimapakai seluruh dunia. Kalau takde cert LBMA seperti Bungamas, pihak kedai akan buat prosedur pengujian terlebih dahulu.

20 Oktober 2019: Ada kawan beli gold bar amethyst. Harga per gram lebih murah. Boleh terangkan beza public gold dengan powergold?

7 perkara kita perlu lihat jika terdapat perbezaan harga, baca di https://emas2u.com/hellogold-vs-public-gold/

20 Oktober 2019: Kalau beli gold bar power gold… Dan nak jual di public gold boleh ke?

Boleh

15 Oktober 2019: Emas Sijil LBMA VS Emas Tiada Sijil LBMA

Emas Ada Sijil LBMA VS Emas Tiada Sijil LBMA (cth Bungamas)

✅ LBMA merupakan pematuhan piawaian pembentukan emas/perak

✅ Dari segi produk, kedua-duanya emas 999 (atau emas 24k), tiada beza dari segi kualiti

✅ Dari segi harga, kedua-duanya sama nilai jual dan beli

✅ Kalau ada plan nak jual emas di luar negara, emas yang ada LBMA lebih senang nak jual

✅ Emas yang tak ada LBMA, boleh jual di luar negara, tetapi perlu melalui process ujian ketulenan

✅ Di Malaysia khususnya, kebanyakan kedai emas dan ar-rahnu tidak menjadikan LBMA sebagai syarat jual/beli/pajak

7 Oktober 2019: Kalau da tutup macam mana nak buka balik akaun?

Kena ke cawangan terdekat tuan

6 Oktober 2019: Apa Beza Public Gold vs Hellogold

Ramai yang bertanya, apa perbezaan Public Gold dan Hellogold? Yang mana lebih baik? Ini 13 perbandingan one-to-one Public Gold vs Hellogold ?

BACA: https://emas2u.com/perbandingan-public-gold-vs-hellogold/

24 September 2019: Muhaimin, berapa harga jual 1 gram fizikal? Di website tiada info

Kalau nak jual fizikal; refer column PG BUY di https://publicgold.com.my

Tapi bagaimana dengan small bar? Takde column PG BUY pun?

Ok, cara kira PG BUY utk small bar 0.5g, 1g, 0.5 dinar dan 5g adalah dengan merujuk column PG BUY bagi 10g.

Contoh nak tahu harga jual 5g, PG BUY 10g = RM1953, jadi

PG BUY 5g = (RM1953/10) x 5 = RM976.50

Semoga bermanfaat ??✨

31 Ogos 2019: Pgmall ada catalog tak? Nak tengok Emas perhiasan

Boleh window shopping di https://pgmall.my/publicgold-com-my puan

25 Ogos 2019: Kalau Kita beli gold bar 50g nanti kalau Kita nk jual, boleh jual sikit2 atau kena jual semua 50g Tu..?

Kalau pembelian dalam 1 unit 50g, kena jual 1 unit terus. Kalau pembelian bercampur unit (cth 20g + 20g + 10g) then boleh jual sikit2

24 Ogos 2019: Apakah Itu Wealth Card Public Gold?

WEALTH CARD diperkenalkan kepada semua ahli Public Gold. Nama dan ID No akan di printkan di kad ini. Maklumat lanjut tentang Wealth Card Public Gold, klik sini

13 Ogos 2019: Bagaimana nak kira Harga Per Gram?

Harga per gram ialah harga yang kita spend bagi setiap gram yang kita beli. Harga per gram berbeza ikut berat, lebih berat emas yang kita beli, lebih rendah harga per gram dan lebih rendah spread value nya. Harga per gram untuk

0.5 gram:
RM160/0.5 = RM320

1 gram:
RM290/1 = RM290

1/2 dinar:
RM550/2.125 = RM258.82

5 gram:
RM1150/5 = RM230

13 Ogos 2019: Harga baru LBMA Small Bar

Harga baru set LBMA Small Bar. FYI harga set ni flat rate dan tak dipengaruhi harga emas semasa. Set ni, saya kurang rekemen utk tuan/puan beli sebab harga per gram agak mahal. Kalau guna harga ni untuk jual runcit, ok. Setiap kali nak beli fizikal dgn harapan pulangan yg berbaloi, pastikan kita kira harga per gram.

7 Ogos 2019: Berapa lama perlu ambil emas di Public Gold selepas buat appointment?

Tempoh yg best = lepas confirm dan book dgn branch, collect dlm 3 hari bekerja. Collect secepat mungkin, kalau boleh bagi date kpd branch bila boleh collect, kalau tidak, stock tu akan release kpd customer lain

7 Ogos 2019: En. Muhaimin bole cite psl emas fizikal tak? Mcm mana nak beli? Apa kelebihan compare dgn GAP?

Kalau nak beli emas fizikal, formulanya lebih besar gram yang kita beli lebih baik sebab (1) lebih rendah harga per gram dan (2) lebih rendah % spread bila jual semula.

Maksudnya 10g x 10 unit tak sama dengan 100g x 1 unit dari segi nilainya walaupun jumlah berat sama

6 Ogos 2019: Cara nak tahu harga jual Public Gold

Kalau nak jual GAP; PG Buy untuk GAP boleh dilihat dalam sistem. Selepas login, klik Menu >> MY GAP >>PG BUYBACK

Kalau nak jual fizikal; refer column PG BUY di https://publicgold.com.my

6 Ogos 2019: 6 Tips Waktu Sesuai Jual & Beli Emas

Klik 6 Tips Waktu Sesuai Jual & Beli Emas

29 Julai 2019: Instagram Emas2U

Salam semua, saya baru je mula Instagram untuk Emas2U, tujuan nak pelbagaikan saluran sharing pasal emas…tapi malulah, follower baru sekitar 15 orang ?. Nak minta tolong ahli group ni follow boleh? Nanti Emas2U follow balik ok? Please ?. Ni ha Instagram Emas2U:

Tqvm for your time ?

17 Julai 2019: Assalamualaikum en muhaimin.. Nak lock harga utk hari ni boleh? Tapi saya nak fizikal?

Waalaikumussalam wbt, cara lock harga emas fizikal boleh follow step di https://emas2u.com/cara-beli-emas-fizikal-secara-online/

Harga terkini boleh refer https://publicgold.com.my kerana harga emas fizikal berubah setiap 20 minit ikut harga emas semasa

12 Julai 2019: Rose Gold…Laku Ke Untuk DiGadai?

Rose Gold ialah campuran emas dan copper, kebiasaannya ia terdiri dari 75% emas dan 15% copper. Ia juga dikenali sebagai emas 18k. Dari segi nilai gadaian saya tak pasti berapa tawarannya, kalau laku pun, rate dia pasti lebih rendah berbanding emas 916 (22k) dan emas 999 (24k)

12 Julai 2019: Emas 999 vs Emas 916

Apa beza emas 999 dan emas 916? Yang mana lebih sesuai untuk dijadikan pelaburan dan memberi pulangan tinggi bila jual semula?

2 Julai 2019: Salam sifu/otai. Nk tanya Susut nilai emas. Brape lama tempoh ia menyusut ?

Susut nilai atau spread value ialah nilai yang ditolak bila kita jual emas. Di Public Gold, susut nilai sekitar 6-9% bergantung kepada berat. Lebih besar gram, lebih rendah harga per gram.

Cara kira spread:
((Harga jual-harga beli)/harga jual)x100%

Contoh nak kira % spread 10 gram:
((1963-1786)/1963)x100%
= 9%

Penjelasan lengkap dengan video boleh refer https://emas2u.com/cara-kira-nilai-susut-spread-value-emas/

26 Jun 2019: Di mana nak pajak emas kita?

Boleh pajak di mana-mana Ar-Rahnu. Consider Pos Ar-Rahnu sebab mereka terima emas tanpa perlu buka seal/kad. Ada Ar-Rahnu mewajibkan kita buka seal/kad emas kita yang boleh menyebabkan nilai emas tu turun kerana dianggap emas yang telah digunakan.

26 Jun 2019: Tips Menjangka Harga GAP Esok

Kali ni saya nak share Tips Menjangka Harga GAP Esok. Tips ni sesuai jika kita sedang berkira-kira nak beli emas GAP pada harga lebih rendah.

FYI di website http://publicgold.com.my – harga GAP dikemaskini setiap hari pada 12:00am sementara harga emas fizikal dikemaskini setiap 20 minit ikut harga emas semasa

Bagaimana cara nak menjangka tu? ?

1. Compare harga GAP hari ini – RM202/gram dengan harga 10g fizikal bahagi dengan 10. Dalam contoh gambar ni, 10 gram = RM1983 maksudnya segram RM198.30

2. Ini menunjukkan harga emas semasa lebih rendah sebanyak hampir RM4 berbanding emas GAP pada ketika ini

3. Untuk kes ini, kalau beli fizikal pada ketika ini jauh lebih berbaloi berbanding GAP

4. Kita juga boleh menjangka, berkemungkinan harga GAP esok lebih rendah berbanding hari ini. Untuk jangkaan lebih tepat, buat perbandingan pada sekitar jam 11:00pm-12:00am. Kalau dalam tempoh tersebut harga 10g let say RM197.3, besar kemungkinan esok harga GAP RM197 (bundar ke nombor bulat terhampir)

5. Jadi untuk kes sebegini kita boleh tunggu hari esok untuk beli GAP. Berbaloi tunggu esok especially jika beza harga per gram besar

Faham ke faham ni? ?

25 Jun 2019: Rujukan hadis berkaitan emas

Ini adalah database hadis yg dibangunkan oleh UiTM. Taip hadis tentang apa yg hendak dicari pada bahagian ‘pertanyaan’. Akan keluar segala hadis yang berkaitan InshaAllah.

Contoh: Taip hutang, akan keluar hadis2 berkaitan hutang. Type emas, keluar pasai emas … etc.

Semoga bermanfaat.

http://sigir.uitm.edu.my/webhadis/

11 Jun 2019: Kenapa ada perbezaan harga emas Public Gold dengan kedai-kedai emas lain?

Pelbagai faktor:
1. Syarikat nak maksimumkan keuntungan
2. Syarikat beli emas pada volume yang besar, so dapat harga per gram yang sangat kecil
3. Strategi syarikat untuk bersaing

11 Jun 2019: Harga Jual GAP & Cara Kira Spread

Muhaimin, kalau jual GAP, berapa Public Gold beli? Di website tiada PG Buy untuk GAP

PG Buy untuk GAP boleh dilihat dalam sistem. Selepas login, klik Menu >> MY GAP >>PG BUYBACK

Macam mana nak kira spread % bila jual GAP?

Spread=(Harga Beli-Harga Jual)/Harga Beli x 100%

Contoh:
Harga Beli = RM192
Harga Jual (PG Buy) = RM176

Spread = (192-176)/192×100% = 8.3%

7 Jun 2019: Cara lock harga beli dan jual mas fizikal

Cara untuk lock / beli emas fizikal secara online boleh refer https://emas2u.com/cara-beli-emas-fizikal-secara-online/ (ahli boleh skip Langkah 1).

Cara untuk jual emas fizikal pula, tuan perlu walk in ke cawangan dan bawa sekali emas yang hendak dijual. Staf di kaunter akan inspek emas dan berikan nilai belian.

7 Jun 2019: Apa Maksudnya Jika Harga Emas Tinggi? Jangan Beli? Atau Jual Emas?

Maksudnya harga ini boleh dijadikan tanda aras untuk kita monitor graf harga emas. Kita juga boleh membuat pertimbangan untuk pembelian seterusnya bila kita dapati harga lebih rendah berbanding harga ini.

Tidak semestinya jangan beli, kerana tak siapa tahu esok harga akan turun atau terus naik. Namun kita boleh pilih untuk tidak beli, ambil langkah tunggu dan lihat (monitor) graf harga.

Boleh jual lebih2 lagi kalau dah dapat keuntungan ?. Tapi kalau tuan tanya pendapat saya, sayang sebenarnya kalau kita jual emas kita walaupun dapat untung. Jual emas ni hanya bila kita betul2 perlukan wang (pilihan terakhir untuk dapatkan wang). Pendapat saya lah. Tapi saya tak halang kalau tuan nak jual ya ?

29 Mei 2019: Jika Beli GAP Secara Manual…

Reminder, jika tuan/puan topup GAP secara manual (transfer online then beri resit pada saya atau staf PG) mohon check akaun selepas 48 jam ya make sure emas tuan/puan bertambah. Jika tak update maklum saya. Tadi ada kes di mana staf terlepas pandang utk update akaun customer.

Kalau topup via sistem (FPX) insyaAllah tiada masalah.

20 Mei 2019: Kelebihan & Kekurangan Jual Beli Perak?

Dari segi nilai, perak adalah under value berbanding emas.
Harga perak berpotensi naik berganda apabila harga emas naik tinggi.
Beli perak sekarang merupakan investment yang berpotensi. Harga Perak sekarang antara terendah tahun ini. So saya rekomen minima simpanan 5 kg.

Kekurangan beli perak, company yang jual/beli perak di Malaysia sgt kurang dan susah nak cari. Customer mungkin akan menghadapi situasi bila nak jual perak, hanya boleh jual balik kpd PG. Harga lebih volatile, so kena tahan sakit jantung. Kalau turun, memang turun banyak. Kalau naik.. pernah naik lagi banyak dari harga emas.

17 Mei 2019: Perlukah Keluarkan Emas Fizikal Dari GAP?

Assalamualaikum..setelah kita membeli emas secara gap melalui online perlukah kita mengambil emas tersebut dicawangan Public Gold berhampiran?

Waalaikumussalam wbt tuan, terpulang tuan, kalau lebih selesa simpan sendiri, boleh call cawangan terdekat untuk keluarkan fizikal. Kalau tak berani simpan sendiri, teruskan simpan di GAP. Nak simpan fizikal sebahagian, simpan GAP sebahagian pun boleh

13 Mei 2019: Bagaimana Cara Trade In Emas?

Assalamualaikum..minta penjelasan dari sahabat semua, terutamanya yang pernah alami, berkenaan tradein emas, selalunya berapakah peratusan akan ditolak dari nilai emas yang kita miliki untuk menukar pada emas yang baru?

Waalaikumussalam wbt tuan, tuan perlu jual dulu kemudian beli baru. Untuk jual, bawa emas ke cawangan terdekat, staf akan inspek kualiti emas dan kondisinya. Cadangan saya, compare juga harga belian dgn kedai2 emas lain.

9 Mei 2019: Cara Keluarkan Emas Dari Akaun GAP

1. Call cawangan terdekat. Direktori cawangan rujuk https://publicgold.com.my/index.php/branch

2. Jika ada stok, boleh datang ambil terus. Jika tiada stok, cawangan akan call bila stok sampai.

3. Perlu bayar caj Gold Premium semasa ambil di kaunter

Pengeluaran GAP – FAQs

1. Berapa minimum gram boleh dikeluarkan dari GAP?
1 gram

2. Boleh keluarkan semua dari GAP?
Kena ada baki 1 gram dalam GAP untuk akaun kekal aktif

3. Kalau nak keluarkan semua juga sampai GAP kosong?
Boleh. Tapi akaun jadi tidak aktif. Untuk pengaktifan semula, kena bayar RM50

20 April 2019: Bagaimana Nak Track Simpanan Emas Kita?

Contoh simple file Excel untuk rekod dan track simpanan emas kita. Kenapa ianya penting? Penjelasan lanjut rujuk https://emas2u.com/bagaimana-nak-track-simpanan-emas-kita/

17 April 2019: Cara Mengira Average (Purata) Harga Per Gram Emas

Ya kira average – nilai per gram kita dah spend utk beli emas, sejak pembelian pertama

Contoh:
Pembelian #1
RM100 0.5556 gram

Pembelian #2
RM350 2 gram

Pembelian #3
RM183 1 gram

Average = (RM100 + RM350 + RM183)/3.5556 gram
= RM633/3.5556 gram
= RM178.03/gram

17 April 2019: Mindset Penyimpan Emas Yang Betul

Mindset kita tuan/puan. Kita nak buat simpanan long term. Beli simpan, lagi turun harga emas lagi beli.

Sebab emas ni, bila kita betul2 sgt2 terdedak, kita akan cari “aset” yg mudah dicairkan. Emas satu2nya aset paling mudah dicairkan.

Jika nak jadi dlm kategori seorang pelabur, sebaiknya beli emas 100gram ke atas. Kerana spreadnya nipis.

14 April 2019: 7 Cara Pantas Kenali Syarikat Pelaburan Emas Scam

Bagaimana mengenal ciri-ciri pelaburan emas scam:
1. Syarikat janji pulangan tak masuk akal
2. Syarikat baru diwujudkan dan tak bertahan lama
3. Syarikat tiada kedai/cawangan
4. Syarikat sukar dihubungi
5. Emas fizikalnya tak nampak
6. Disenarai hitam di BNM etc
7. Review negatif dari pengguna lain

3 April 2019: Cara Daftar Akaun GAP Public Gold

CARA BUKA AKAUN EMAS GAP

Untuk pembelian pertama, ikut langkah di bawah:

(a) Masukkan Duit

Bank-in / online transfer / ATM transfer duit ke akaun atas nama Public Gold Marketing Sdn. Bhd. di bawah berdasarkan harga per gram GAP harian di www.publicgold.com.my:

5571 3923 8048 (Maybank)

(b) Wassap Maklumat Belian

Wassap maklumat di bawah dan attach slip bayaran ke Muhaimin (012 230 2158):

Nama Penuh
No. Kad Pengenalan
No. Telefon
Email
Jumlah Bayaran
Tarikh dan Masa Bayaran

27 Mac 2019: Antara Hellogold dan Public Gold, yang mana lebih baik?

Jawapan lengkap di Hellogold VS Public Gold

20 Mac 2019: assalamualaikum.. nak tnya rakan2 dlm group ni… sbb apa kamu semua beli emas ye.. saje je saya nak kumpul maklumat.. sbb nak kaya ke atau sbb nk koleksi ke atau sbb nak ikut sunnah nabi ke atau ade sbb lain …?

1. Wkslm.. Andai kata ini tiba2 besok ada masalah kewagan.. Besok jgk kita boleh dpt duit.. Dan ada separuh org tidak boleh simpan duit.. Maka lagi bgus syor kan simpan emas.. Bgi org berniga nk pakai modal trus boleh dpt tanpe pinjam lon.. Itu je lah.. Dan 10 tahun mas akan naik harga time tu.. Kita untung lah..

2. Simpan emas = kekal kaya
Tak tambah kaya.
Sbb emas komoditi yang ikut harga pasaran semasa.

3. Since prinsip dia = kekal kaya, orang ada emas pada masa2 depan dia macam kehidupan yang bertenang

4. 1. Simpan emas untuk lindungi kekayaan kita, 2. Simpan emas untuk masa depan diri dan famili, 3. Simpan emas kerana ianya kalis ekonomi, 4. Simpan emas sebagai ‘backup’ jika wang kertas jatuh nilainya, 5. Simpan emas kerana yakin akan nilainya yang kekal

14 Mac 2019: Cara Waris Menuntut Emas GAP Si Mati

Jawapan lengkap di Cara Waris Menuntut Emas GAP Si Mati

11 Mac 2019: Reminder: Bagi pembelian GAP, selepas buat payment, mohon tunggu 48 jam utk pengesahan bayaran dan GAP update. Jika selepas 48 jam masih tak update, inform saya ya. Tq ???

9 Mac 2019: Antara soalan yang kerap customer tanya sebelum miliki emas pertama ialah lebih kurang begini: Cadangan tuan, mana lebih baik, simpan emas Public Gold secara fizikal atau dalam bentuk akaun GAP?

Baca penjelasannya: Mana Lebih Baik, Emas Fizikal atau Emas GAP?

Semoga kita lebih celik ilmu emas dan semoga bermanfaat!

5 Mac 2019: GAP patuh syariah ke tuan?

Jawapan lengkap di Adakah Public Gold Patuh Syariah?

5 Mac 2019: slm master gold mcm mn nk jana pndapatan lumayan dgn mnympn emas.

Simpanan emas sesuai disimpan jangka masa panjang. Short term kurang sesuai sebab harga emas ada turun naik. Tapi kalau long term sentiasa di posisi menaik.

Harga emas
1998: RM35-50/gram
2008: RM105/gram
2018: RM180/gram
2028: RM__ agak2?

Nak jana pendapatan lumayan pada pendapat saya ada beberapa cara:
1. Jual bila harga emas tinggi
2. Jual bila nilai matawang merudum
3. Jadi dealer, terima komisyen bila jual/beli emas
4. Jual secara runcit. Contoh, harga 1 gram fizikal di Public Gold RM250. Tuan boleh jual pada harga lebih rendah (contohnya RM230) dgn mengeluarkan GAP tuan yang dibeli pada harga semasa yang lebih rendah.

4 Mac 2019: Penyimpan Emas Jangan Lupa Bayar Zakat

Penjelasan lengkap tentang pengiraan zakat emas boleh rujuk di Cara Kira Zakat Emas

20 Februari 2019: Harga tertinggi so far 2019 – Rm190/gram

Tak kira harga rendah atau tinggi. Tetap simpan emas. Sebab emas makin lama makin berharga dan sentiasa dipandang MAHAL ?

Tahniah buat semua penyimpan & pelabur emas yg dah bertindak simpan emas sebagai pelindung nilai RM dan aset masa depan. ??????

18 Februari 2019: Assalamualaikum , saya nak tanya untuk jual balik emas kepada public gold. Harga emas dijual ikut harga semasa kan ? Contoh saya nak jual 1gram. Harga emas semasa untuk 1g = RM187. Kira saya dapat RM 187 la dalam akaun?

Waalaikumussalam wbt, harga jual lebih rendah dari harga semasa. Boleh refer column PG Buy dalam senarai harga di https://www.publicgold.com.my/index.php

Kenapa lebih rendah ?

Sebab emas fungsinya untuk simpanan jangka masa panjang. 3-5 tahun ke atas. Jual masa terdekat memang tolak spread. Dalam 9%.

Itupun spread PG dikira paling nipis. Jika diluar spread tinggi sekitar 20%-30%

Sebab tu bila nak jual, pelabur emas akan pilih spread yg paling nipis. Sekitar 9%-6%.

Item emas paling rendah spread ialah 1kilo – 250gram.

17 Februari 2019: 1. Mcm mana kita nk tahu berapa kos pelaburan kita? 2. Kita nk tahu nilai emas kita di satu2 masa mcm mana?

Terima kasih kerana bertanya tuan. Soalan yang baik

1. Kos pelaburan/simpanan kita ialah jumlah wang yang kita belanjakan untuk setiap gram emas ada dalam akaun kita/simpanan kita. Cadangan saya, setiap kali buat belian emas, rekodkan harga dan gram dalam Excel untuk kita track kos yang telah kita spend untuk belian emas. Jangan lupa bayar zakat 2.5% bila simpanan mencecah 85 gram.

2. Nilai semasa emas kita boleh dilihat di https://publicgold.com.my Harga emas fizikal berubah setiap 20 minit, sementara harga GAP berubah setiap hari, ikut harga emas dunia semasa. Tuan juga boleh lihat graf trend dan sejarah harga emas di http://kitco.com

11 Februari 2019: PROMOSI EKSKLUSIF BUAT AHLI GROUP ✨EMAS KINI

Sebagai tanda terima kasih kepada semua ahli group ni, saya nak offer eksklusif buat tuan/puan.

Offernya ialah: Sesiapa yang berjaya daftarkan customer baru bawah saya, saya nak bagi komisyen RM20 untuk setiap pendaftaran. Serius! Tuan/puan boleh kenalkan Public Gold kepada ibu bapa, adik beradik, anak-anak atau kawan2. Jika mereka daftar, saya akan beri komisyen RM20/pax.

Terma & Syarat:
1. Dibuka eksklusif buat semua ahli group ini. Peluang buat side income!
2. PM saya bila ada customer baru.
3. Promosi ini ialah promosi peribadi saya dan bukan dari Public Gold.
4. Bayaran komisyen akan dibuat terus ke akaun bank tuan/puan, sebaik sahaja customer yang diperkenalkan berjaya didaftarkan.
5. Tiada had berapa ramai boleh didaftar.
6. Minimum buka akaun GAP RM100. Tiada had maksimum.
7. Tarikh tamat promosi: 31 Mac 2019

Terima kasih semua!

11 Februari 2019: Saya nak tanya, bank swift code dalam update bank info tu code apa dia ya?

Swift code ialah kod bank. Lain bank lain kodnya. Boleh refer sini (belah bawah ada senarai) https://www.theswiftcodes.com/malaysia/

Atau hubungi bank untuk dapatkan kod swift tersebut

9 Februari 2019: En Muhainin, sy lupa dah sy camna nak buka GAP ni, dan id pun sy x ingat. Sekali je buka aritu masa nak daftar, lepas tu sy x buka dah web tu.

Puan refer login details dalam email yang dihantar oleh Public Gold. Kalau tak jumpa email tu maklum ya, saya minta staf PG resetkan

7 Februari 2019: Contoh harga emas 190 so duit rm10 memang ada dlm Acc Public Gold ke

Betul, setiap RM yang tuan spend akan ditukar jadi gram emas sehingga 4 titik perpuluhan. Contoh 1 gram RM190, kalau tuan beli RM200, tuan akan dapat RM200/RM190=1.0526 gram

2 Februari 2019: Antara sahabat yg dah lama menabung tlg cerita pengalaman tuan. Turun naik harga emas. Terima kasih

Assalamualaikum semua! Selama 4 tahun dunia emas. Sy kongsi pengalaman je ye. Emas masa mula2 simpan 1gram baru rm140. Sekarang dah RM186. Paling tinggi 1gram penah capai RM196.

Paling penting emas safe heaven asset. Kita syg nak jual emas kecuali kalau terdesak.

Jika beli 250gram ke atas, mesti nampak peningkatan harga emas dari rm30k sekarang dah RM45k.

Emas fungsinya dia melindungi nilai. Siapa ada emas, in shaa Allah ada duit. ???

1 Februari 2019: Siapa boleh tolong bg link nak tgk harga emas terkini,? Nak tgk harga 10g, 5g

Rujuk https://publicgold.com.my

31 Januari 2019: 3 Tips Membeli Emas

1. Gunakan duit saving yang kita takkan guna dalam masa terdekat.

2. Nak beli emas, tak perlu tunggu harga turun baru nak beli, ada duit terus tukar jadi emas. Sebab tak siapa tahu bila harga emas akan turun/naik.

3. Seimbangkan pelaburan duit dan emas. Duit pun penting kerana ada nilai laku jual/beli. Simpan secara konsisten, dapat gaji je, buat saving duit dan saving emas. Salah satu ciri2 orang kaya ialah menyimpan dan tidak boros.

17 Januari 2019: beli emas di cawangan boleh pakai kad kredit?

Tadi cawangan maklum tak terima kad. Hanya cash/online transfer

9 Januari 2019: Boleh ke gadai dekat kedai emas?

Nak pajak emas boleh buat di mana-mana Ar-Rahnu. Tapi ada Ar-Rahnu yang mewajibkan buka bungkusan/kad emas. Cadangan saya buat di mana-mana cawangan Pos Ar-Rahnu kerana Pos Ar-Rahnu terima emas Public Gold yang dalam bungkusan/kad

30 Disember 2018: Klu collect silver margin untung ok x

Kaji sejarah harga. Kalau ikut graf, pernah naik tinggi sebelum ni pada 2011-2012. Sekarang menurun tapi still long term di posisi menaik. Faktor harga silver juga banyak (refer http://tejas.iimb.ac.in/articles/80.php).

10 Disember 2018: Promosi utk penyimpan GAP

22 November 2018: SYARAT PEMBELIAN EMAS ANSURAN EPP PUBLIC GOLD

1. Belian emas atau perak minima RM500 dan ke atas.

2. Dikenakan kos pengurusan EPP atau caj Admin sebanyak RM1/gm yang dikenakan sekali sahaja bagi setiap belian emas EPP.

3. Emas yang dibeli secara EPP boleh diambil di cawangan Public Gold setelah selesai membuat bayaran, di mana jika cepat menyelesaikan bayaran maka cepatlah dapat mengambil emas yang di beli.

4. Tempoh pembayaran ansuran belian emas setiap bulan sama ada 4 bulan (standard) atau 10 bulan.

5. Harga emas yang dibeli kekal dan tetap tanpa dipengaruhi kenaikan atau penurunan harga emas selepas membuat belian.

22 November 2018: Koleksi testimoni – Saya ambil kesempatan ini untuk ucap terima kasih tak terhingga atas testimoni-testimoni anda. Sangat bermakna, suntikan semangat buat saya. Tqvm ✨

22 November 2018: contoh klu sy beli goldbar public gold adakah semua ar-rahnu terima tanpa buka seal ye. sblm ni sy suka kumpul golbar beli pd org tp kebanyakkan bila nk gadai ada yg tak terima

Ada certain arrahnu tak terima. Tapi nak lebih senang, pergi arrahnu pos je. Memang terima tanpa buka seal.

21 November 2018: Kisah kejayaan: Seorang customer berjaya menjual 2 gram pertama dari akaun GAP beliau pada harga RM240/pc (RM10 diskaun dari harga fizikal 1 gram). Belum jadi dealer pun, kita boleh mula jadi usahawan. Boleh jadi contoh buat semua ahli group ni. Syabas anak muda! ?

16 November 2018: Dinar new look ?✨

11 November 2018: Nak tanya…. turun naik komoditi emas ni correlate dengan apa ya? Sapa tau cer share

Terlalu subjektif, banyak faktor. harga emas dunia stabil, ringgit mengukuh maka emas Malaysia perlu kurang RM untuk beli

…. emas msia perlu kurang rm utk beli ? Maksudnya?

minggu lps kita perlu rm 17.5k ++ utk 100gm, hari ini cuma perlu rm17.2k++ shj utk 100gm emas,
means we need less RM to buy gold at present mlysia gold price

Is it correlate dgn us currency ke?

The closest i google

https://seekingalpha.com/article/1345901-the-6-major-fundamental-factors-that-determine-gold-and-silver-prices

Emas adalah pelaburan jangka panjang, pengamatan faktor2 tersebut dgn mengamati juga graf turun naik harga kesan faktor2 tersebut kpd harga

As far as I’m concerned, ada kaitan juga dgn US dollar partly. Hari tu US dollar naik, gold turun. But again, banyak faktor lain juga for example demand kepada emas tu sendiri etc. Tak expert sgt pasal faktor harga emas turun naik.

US turun emas naik dan vise versa – sebahagian faktor tapi bukan 100% faktor

Any historical data that we can observe?

Banyak membaca history/analisa di kitco.com

8 November 2018: Jom kita set matlamat, setiap bulan convert saving yang takkan guna dalam masa terdekat jadikan emas. Kepuasan ialah bila nampak emas kita membukit!

30 Oktober 2018: Saya ada masalah nama dah diisytihar bankrap. Boleh daftar Public Gold ke?

Boleh. Buka akaun mcm biasa, sebab sistem ni tak sama dengan bank.

29 Oktober 2018: Apa kegunaan wealth card?

Kegunaan wealth card, untuk dptkan discount kat certain tempat. Nanti login portal, dekat dlm portal ada list wealth card yg kita boleh guna utk dptkan discount. ?

Respond dari PG sebagai tambahan:
wealth card is call as privilege card or more to discount card whereby customer are entitle to get a discount with certain hotel or selected partner that participate in our list. customer can find the list at our public gold website at wealth card corner.

Wealth Card tu all PG member entitled ke atau kena jadi VIP member dulu ☺

Sesiapa sahaja yang merupakan ahli Public Gold boleh memiliki Wealth Card

26 Oktober 2018: 7 kelebihan dealer Public Gold: https://emas2u.com/7-kelebihan-menjadi-dealer-public-gold/

1 Oktober 2018: Salam nak tanya mengenai wasiat .hihi.kalau kita telah tiada waris boleh terima ye simpanan gap kita tu dan dimana yg menyatakan waris kita adalah siapa ek?maaf ye kalau salah tanya.harap memahami ?

Boleh. Waris kita boleh terima, cuma isi borang di branch. Lepastu bila kita tiada, waris kena bawa surat kematian n dapatkan akuan sumpah dari pesuruhjaya sumpah.

Prosesnya sama macam waris terima simpanan dari bank bila kita tiada.

25 September 2018: Public Gold: Gold In Transit (GIT) – Servis Pos Emas Ke Rumah

Public Gold telah melancarkan Gold In Transit (GIT) yang memberi kemudahan servis pos emas fizikal terus ke rumah pelanggan. Servis GIT ini merupakan servis penghantaran emas secara pos ke rumah yang pertama di Malaysia. BACA

9 September 2018: Assalamualaikum…. nak tanya apa beza dinar lbma gold wafer 24K dengan yang bawah tu yang 22k gold wafer tanpa lbma? Bunga mas/taifok?

24k = 99.9% (atau lebih tinggi) emas, juga dikenali sebagai emas 999

22k = 91.6% emas, juga dikenali sebagai emas 916

So yang mana better to keep?

I’d prefer 24k sebab kita buat ukuran ikut percentage spread dia.

((Harga beli-Harga jual)/Harga jual)*100%

Contoh berdasarkan harga di atas;

1 dinar 24k,
spread percentage
=((733-667)/667)*100
=9.90%

1 dinar 22k,
spread percentage
=((661-595)/595)*100
=11.1%

The higher the spread percentage, the less you earn per gram bila jual.

Formula nak maximize kan keuntungan – kira spread percentage.

Tips: lagi besar gram kita beli, lagi rendah spread percentage. Contoh 10 dinar, spread precentage = 6.8%

Harap membantu! ✨

sumber rasmi: group Wassap Emas Kini Emas2U


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>