, , ,

8 Idea Buat Duit Dengan Emas. #5 Paling Pantas

Emas bukan sahaja sesuai dijadikan aset simpanan yang kukuh tetapi juga boleh dijadikan sumber pendapatan. Saya kongsi 8 cara buat duit dengan emas. Jom!

buat duit emas

#1 Jual Bila Harga Tinggi

  • Ramai dah tahu kot. Beli emas, peram hingga harga tinggi, then jual.
  • Make sure buat kira-kira dulu sebelum jual, normally bila nak jual ada tolak spread. Apa benda spread ni? Klik sini. Psst, kalau nak elak spread, skip ke cara #5
  • Biasanya nak tunggu harga emas tinggi (selepas tolak spread) ni, long term lah. Atau bila berlaku fenomena seperti tahun 2020, harga emas naik mendadak hingga hampir 40%

#2 Beli Emas Secara Pukal

  • Beli secara pukal untuk dapat harga rendah. Bonus bila harga emas mentah tengah rendah, boleh borong kaw-kaw
  • Then jual pada harga pasaran
  • Cara ni kena ada bajet besar. Sebab pembelian secara pukal ada minimum kg (kg, bukan g) yang kena capai

#3 Beli Emas Lelong

  • Kenapa ada emas lelong? Biasanya bila pemilik emas buat pajakan tetapi tak bayar semula. So seperti syarat dan terma, gagal buat bayaran balik, emas akan dilelong
  • Beli emas lelong di Ar-Rahnu atau kedai pajak gadai. Pastikan kira harga per gram sesuai dengan kualiti emas yang dilelong.
  • Then jual pada harga pasaran

#4 Beli Emas Perhiasan Tanpa Upah/Harga Kilang

  • Biasa nampak orang beratur panjang-panjang di kedai emas sampai tunggu kat luar? Haa biasanya sebab ada jualan emas tanpa upah
  • Beli emas perhiasan tanpa upah atau pada harga kilang
  • Jangan lupa kira harga per gram dan banding dengan harga semasa, pastikan berbaloi pada nilainya
  • Then jual pada harga pasaran + ‘upah’

#5 Beli Emas Dari Individu, Jual Kepada Individu

  • Ini teknik paling pantas buat duit dengan emas
  • Jual emas kepada individu instead of kepada kedai untuk elak tolak spread. Saya pernah share di sini
  • Lagi power, beli pun dari individu pada harga tolak spread. Dapat besarkan margin keuntungan

#6 Jadi Dealer Emas

dealer emas2u
  • Ini cara lebih proper jika anda nak bina bisnes dan empire
  • Saya recommend Public Gold. Kenapa? Baca sini
  • Jadi dealer, terima komisyen bila kita sendiri atau customer kita jual/beli emas
  • 10 kelebihan jadi dealer boleh baca pelan-pelan kat sini
  • Saya share cara pantas dapat 500 customer pertama di sini
  • Bonus bila daftar bawah network Emas2U, korang dapat free website PublicGold.me untuk bantu boost sale

#7 Jual Emas Secara Runcit

  • Tricknya, beli dalam bentuk akaun GAP, tebus jadi fizikal, dan jual pada harga RM350. Boleh tahan masyuk guys
  • Belum ada akaun GAP? Daftar di sini. Lepas daftar PM Cik Fiza tau untuk bimbingan.
  • Kita boleh jual pada harga lebih rendah acah-acah diskaun (contohnya RM330) dan masih dapat profit
  • Nak tengok contoh? Layari Shopee hehehe
  • Pernah share di sini.

#8 Beli dan Jual Saham Emas (Gold Stocks)

  • Saham emas secara umumnya naik dan turun dengan harga emas
  • Biasanya short term, buy low sell high
  • Pastikan patuh syariah
  • Pastikan tak kena scam

Fuh. Jangan cakap admin tak payung haa.

Semoga bermanfaat.

Last sekali, nak buat cara no berapa sekali pun, wajib ada ilmu dan cara yang betul. Ok?


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>