, , ,

Cara Kira Zakat Emas

Emas2U – Penyimpan Emas Jangan Lupa Bayar Zakat! Bagaimana caranya?

Kewajipan menunaikan zakat emas telah disebutkan secara terang dan jelas dalam kitab suci al-Quran yang bermaksud:

Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya ada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak
terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): ?Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu [At-Taubah (9): 34-35]

Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud:

Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak dan tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang dipanaskan oleh neraka. Dengan api itulah akan diselarkan rusuk dan belakangnya? (Sahih Muslim)

Apabila simpanan emas kita cukup haul, iaitu mencapai 85g dan lebih, kita diwajibkan bayar zakat.

Pengiraan zakat emas:
Berat emas disimpan x Harga Emas Semasa x 2.5% Kadar Zakat

Sebagai contoh, sekiranya jumlah emas yang disimpan dalam tempoh setahun ialah 200 gram maka:

= Berat Emas dipakai x Harga Emas semasa 1gram x Kadar Zakat 2.5%
= 200 gram x RM165.68 (contoh) x 2.5%
= RM828.40

Video tutorial cara kira zakat emas:

sumber: http://www.zakat.com.my/info-zakat/jenis-jenis-zakat/zakat-emas/


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>

6 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

  3. Pingback:

  4. Pingback:

  5. Pingback:

  6. Pingback: