, , ,

Hukum Zakat Emas Bagi Kanak-Kanak

Bagi ibu bapa yang ada buat simpanan emas untuk anak-anak anda, apa hukum zakat emas bagi mereka? Ini jawapan Pusat Pungutan Zakat PPZ.

zakat emas kanak-kanak

Persoalan yang ditanya oleh netizen ini adalah berkaitan simpanan wang, tetapi kita boleh apply untuk simpanan emas juga.

Apabila simpanan emas kita cukup nasab mencapai 85g dan lebih, dan cukup haul setahun, kita diwajibkan bayar zakat emas.

Ya, termasuklah kanak-kanak.

Hukum zakat emas bagi kanak-kanak adalah wajib.

“Tapi macam mana anak saya nak bayar zakat? Korek tabung dia?”

Sabar.

Baca penjelasan PPZ di bawah:

HUKUM ZAKAT BAGI KANAK-KANAK

Soalan:

Anak saya baru berumur 9 tahun dan mempunyai wang simpanan sebanyak RM25,000 dalam bank. Adakah wajib dia keluarkan zakat juga walaupun dia belum baligh?

Jawapan:

Menurut Imam Syafi’i, maksud zakat ialah menutup pintu kefakiran daripada harta orang kaya untuk mensyukuri nikmat Allah dan membersihkan harta.

Harta kanak-kanak boleh sahaja diterima untuk menunaikan perbelanjaan nafkahnya dan hutang. Apabila telah tetap perkara tersebut, maka zakat adalah wajib pada harta kanak-kanak dan orang gila, walaupun kanak-kanak tersebut belum baligh.

Maka, wajib bagi penjaga kepada kedua-dua golongan di atas untuk mengeluarkan zakat daripada harta bagi kanak-kanak dan orang gila.

Sekiranya penjaga bagi kedua-dua pihak tidak mengeluarkan zakat, maka wajib atas kanak-kanak dan orang gila tersebut mengeluarkan zakat mereka setelah kanak-kanak itu baligh dan orang gila itu kembali siuman. (al-Majmu’, jilid.2.ms.302)

Wang simpanan anak itu wajib dikeluarkan zakat apabila cukup haul dan nisabnya, sebanyak 2.5%. Menangguhkan daripada mengeluarkan zakat kanak-kanak itu, akan menyebabkan ibu bapa atau penjaganya berdosa.

Mudah-mudahan Allah mengurniakan sebaik-baik balasan atas keprihatinan ibu bapa dan penjaga dalam menguruskan harta anak-anak berpandukan syari’at Islam yang sebenar. Aminnn.

Wallahu’alam.Info zakat anda : https://kira.zakat.com.my

Selain itu, berikut merupakan keratan artikel berkaitan isu yang sama:

kanak-kanak wajib bayar zakat

sumber: Lembaga Zakaat Selangor

Ini formula dan kalkulator zakat emas.

Alright, dalam kita merancang untuk simpanan masa depan anak-anak, jangan lupa zakat emas bagi kanak-kanak okay!

sumber: Facebook PPZ

LIKE | FOLLOW Emas2U

Website: https://emas2u.com
FB Group: http://bit.ly/FBEmas (Pass Code: NAK EMAS)
Ebook: https://ebook.emas2u.com
Facebook: http://bit.ly/Emas2U
Instagram: http://bit.ly/InstagramEmas2U
Youtube: http://bit.ly/Emas2u
Telegram: http://t.me/emas2u_com
App Emas2U: https://app.emas2u.com

Muhammad Muhaimin Mohd Isa
Dealer Emas Sah Public Gold | Emas Patuh Syariah | Emas Mampu Milik
Founder & CEO www.Emas2U.com
012-230 2158