3 Soalan Zakat Simpanan Emas | Banyak sebenarnya persoalan tentang zakat simpanan emas yang perlu kita perhalusi dan tidak boleh ambil mudah. Kali ini, kami kongsikan 3 soalan islamik yang masih ramai tak tahu.

3 Soalan Zakat Simpanan Emas
Soalan #1: Assalamualaikum Tuan… maaf ganggu… saya ada soalan nak bertanya berkenaan zakat emas… situasinya begini, emas simpanan saya dah cukup haul dan nisab untuk zakat emas dalam masa yang sama saya ada buat EPP (pembelian emas dengan bayaran bulanan, info lanjut) yang belum selesai untuk beberapa bulan lagi… adakah emas yang saya beli melalui EPP ni perlu disekalikan untuk zakat? 😅
Jawapan: Terima kasih kerana menghubungi PPZ. Merujuk kepada emel tuan, adakah pembelian secara EPP tersebut untuk jongkong emas atau emas perhiasan? Jika jongkong emas dan tuan masih tidak menerima emas tersebut, maka tidak perlu dimasukkan sekali dalam kiraan zakat emas. Jika sudah terima emas tersebut, maka tuan boleh masukkan sekali dalam kiraan zakat emas.
Soalan #2: Saya ada memakai pendant berisi emas 10g & 1 dinar secara bergilir. Apakah emas 10g & 1 dinar ini dikira sebagai zakat emas simpanan?

Jawapan : Sekiranya emas tersebut dipakai, maka ianya akan dikira dalam pengiraan zakat emas dipakai. Jika jumlah berat emas tersebut kurang daripada uruf 800gram, maka tidak wajib dizakatkan.
Soalan #3: Pada 2024, jumlah simpanan emas ada 90g. Selepas setahun layak bayar zakat. Persoalannya, dalam tempoh setahun ada penambahan simpanan emas. Apakah pada tahun 2025 (tahun layak bayar zakat) dikira daripada jumlah semasa emas simpanan yang ada atau hanya 90g itu sahaja?
Jawapan : Apabila emas tersebut mencukupi nisab 85gram, maka cukup syarat dikenakan zakat. Sekiranya dalam tempoh setahun terdapat penambahan zakat, kiraan berdasarkan jumlah keseluruhan emas yang dimiliki. Bukan berat 90gram sahaja.
Sumber: Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ) via Emas2U