Kadar inflasi di Malaysia meningkat naik sebanyak 2.0 peratus pada bulan Ogos 2021. Bacaan Indeks Harga Pengguna (IHP) ini dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Apa tindakan kita?
Kita dah biasa dengar pasal inflasi. Tapi apa itu inflasi?
Inflasi
Maksud inflasi ialah kenaikan secara umum pada harga barang. Apabila inflasi berlaku, barangan yang dapat dibeli dengan nilai setiap RM akan berkurang berbanding sebelum inflasi berlaku.
Inflasi akan mengurangkan kuasa beli pengguna. Maksudnya RM1 hari ini tidak dapat membeli barang yang sama seperti dulu.
Jika inflasi meningkat walau bagaimanapun, ianya tidak bermaksud semua barang akan naik harga. Ada juga barang yang menjadi lebih murah berbanding tahun sebelumnya. Konsep mudah supply dan demand.
Kadar Inflasi Naik 2% Ogos 2021
Berikut merupakan laporan Indeks Harga Pengguna Ogos 2021 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, berikut adalah senarai jenis barangan yang dijadikan sebagai sandaran untuk mengukur kadar inflasi:
(1) Makanan dan Minuman Bukan Beralkohol
(2) Minuman Beralkohol dan Tembakau
(3) Pakaian dan Kasut
(4) Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain
(5) Hiasan, Perkakasan dan Penyelenggaraan Isi Rumah
(6) Kesihatan
(7) Pengangkutan
(8) Komunikasi
(9) Perkhidmatan Rekreasi dan Kebudayaan
(10) Pendidikan
(11) Restoran dan Hotel
(12) Pelbagai Barang dan Perkhidmatan
Apa Impak Bila Kadar Inflasi Naik?
- Inflasi akan memberi impak kepada pengguna kerana kuasa beli pengguna akan berkurangan.
- Pengguna yang menerima pendapatan yang tetap, pendapatan mereka tidak dinaikkan, akan merasai impak inflasi.
- Walaupun penyimpan wang mendapat faedah di atas simpanan mereka, namun jika kadar inflasi melebihi kadar faedah yang diterima, kuasa beli mereka juga akan berkurangan.
- Kesan yang dirasai oleh pemiutang sama dengan kesan yang dirasai oleh penyimpan. Jika jumlah wang yang dipinjam dikenakan dengan kadar faedah yang tinggi kepada penghutang, maka pemiutang akan dapat menanggung inflasi yang berlaku. Namun, jika kadar faedah yang dikenakan rendah berbanding kadar inflasi, pemiutang akan mengalami kerugian.
Tindakan Kita Hadapi Inflasi
Inflasi bukan sahaja menyebabkan nilai ringgit menurun, tetapi juga menjadi punca kuasa beli pelanggan berkurangan. Ini petanda ekonomi kurang atau tidak sihat.
Apa yang kita boleh lakukan sebagai persediaan sekiranya inflasi bertambah teruk ialah, dengan cara mempelbagaikan simpanan kita. Selain simpanan wang, alih aset kita ke medium yang lebih kukuh seperti emas dan perak.
100% simpanan wang tukar jadi emas? Bukan begitu. Menurut pakar, hanya 10-30% sahaja dialihkan kepada emas.
“Don’t Put All your Eggs in One Basket”. Maksudnya jangan mengambil risiko atau bergantung kepada satu sumber/usaha sahaja. Jika sumber A tergugat, kita ada sumber B.
PM Cik Fiza, admin Emas2U untuk mula simpan emas. Dia akan bimbing dulu sebelum pembelian.
Ingat, tindakan bijak kita hari ini akan membantu memberi manfaat kepada diri dan keluarga pada masa hadapan. InsyaAllah
sumber: DOSM, Berita Harian, Fokus.My