, , ,

Harga Emas April 2026 Terus Turun, Ini Puncanya

Harga emas April 2026 menyaksikan sekali lagi penurunan, selepas turun dalam bulan Mac, terburuk dalam 43 tahun. Secara purata emas turun sekitar RM15.33. Penurunan ini dikaitkan dengan penjualan besar-besaran bagi menampung impak konflik Timur Tengah. Baca analisis penuh.

harga emas gap april 2026

Harga emas GAP pada bulan April 2026 secara purata mencatatkan penurunan, dengan purata harga pada RM673.23 per gram, turun sebanyak RM15.33 per gram berbanding Februari, bersamaan sekitar 2.3%!

Punca penurunan? Ekonomi A.S. yang kukuh menyebabkan kadar faedah kekal tinggi. Ini memberi tekanan kepada emas kerana ia tidak memberikan pulangan faedah seperti simpanan wang tunai.

Namun, penganalisis memberi amaran bahawan penurunan ini hanyalah sementara. Ada 4 fasa sebelum harga emas naik semula, di mana kita kini berada di Fasa 1 atau 2. Boleh baca 4 fasa di sini.

Nota: Ketika artikel ini ditulis pada 2 Mei 2026, harga emas tertinggi dalam sejarah adalah $5,608.35 per auns dipecahkan dalam bulan bulan Januari 2026 (join Telegram Emas2U untuk update harga emas harian).

Prestasi Harga Akaun Emas GAP (04/2026)

Tertinggi: RM674
Terendah: RM630
Purata: RM657.90

30-Apr: RM630⬇️
29-Apr: RM646➖
28-Apr: RM646⬆️
27-Apr: RM652➖
26-Apr: RM652⬇️
25-Apr: RM657⬆️
24-Apr: RM654⬆️
23-Apr: RM653⬇️
22-Apr: RM655⬇️
21-Apr: RM663⬇️
20-Apr: RM667➖
19-Apr: RM667⬇️
18-Apr: RM672⬆️
17-Apr: RM664⬇️
16-Apr: RM665⬆️
15-Apr: RM656➖
14-Apr: RM656⬇️
13-Apr: RM659➖
12-Apr: RM659⬇️
11-Apr: RM662⬇️
10-Apr: RM666⬆️
09-Apr: RM663⬆️
08-Apr: RM655⬇️
07-Apr: RM657⬇️
06-Apr: RM659➖
05-Apr: RM659➖
04-Apr: RM659⬆️
03-Apr: RM656⬇️
02-Apr: RM674⬆️🔝
01-Apr: RM654⬆️

Analisis Harga Emas

graf harga emas gap april 2026

Analisis graf harga emas dan perak bulanan boleh lihat di sini.

Artikel berkaitan/bulan ini:

  1. 8 Fakta Luar Biasa Emas Yang Ramai Tak Tahu
  2. Jumlah Kerugian AS Dalam Perang Iran
  3. Top 10 Berita Emas April 2026

Momen-momen penting yang memberi kesan kepada harga emas sepanjang April 2026:

1 Apr: Dalam diam-diam emas mendaki semula. Harga emas dan perak meningkat mendadak sekitar ±0.7% dalam dagangan tengah hari A.S. semalam, memandangkan pedagang dan pelabur telah meningkatkan pembelian selamat mereka awal minggu ini, susulan perang di Timur Tengah yang setakat ini tidak menunjukkan tanda-tanda reda.

Kejatuhan harga bon kerajaan, harga minyak mentah yang lebih tinggi dan indeks dolar A.S. yang lebih lemah juga merupakan elemen luar pasaran yang menaik untuk kedua-dua logam berharga itu.

Lihat sejarah analisa dan graf harga emas sepanjang tahun 2026 di https://emas2u.com/harga-emas-malaysia/

Bagaimana dengan harga emas pada bulan Mei 2026?

Dengan pelbagai ketidaktentuan yang memberi kesan kepada harga emas, jadi yang pertama terima berita emas di emas2u.com. Stay tuned di Telegram Emas2U (klik sini) untuk berita dan harga terkini emas.


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>