, ,

Harga Emas September 2021 Terus Menjunam. Ini 3 Puncanya

Harga emas bulan September 2021 terus menurun rendah 3 kali secara drastik. Kami ada laporannya. Teruskan membaca.

Harga Emas September 2021

Harga emas semasa pada bulan September menyaksikan 3 kali junaman harga drastik dalam sebulan. Harga akaun emas GAP tertinggi September ialah RM270/g.

Prestasi Harga Akaun Emas GAP (September 2021)

Tertinggi: RM270
Terendah: RM255
Purata: RM262.80

30-Sep: RM255⬇️
29-Sep: RM256⬇️
28-Sep: RM259⬆️
27-Sep: RM258➖
26-Sep: RM258➖
25-Sep: RM258➖
24-Sep: RM258⬇️
23-Sep: RM262➖
22-Sep: RM262⬆️
21-Sep: RM260⬆️
20-Sep: RM259➖
19-Sep: RM259➖
18-Sep: RM259➖
17-Sep: RM259⬇️
16-Sep: RM265⬇️
15-Sep: RM266⬆️
14-Sep: RM265⬆️
13-Sep: RM264➖
12-Sep: RM264➖
11-Sep: RM264➖
10-Sep: RM264➖
09-Sep: RM264⬇️
08-Sep: RM265⬇️
07-Sep: RM269⬇️
06-Sep: RM270➖
05-Sep: RM270➖
04-Sep: RM270⬆️🔝
03-Sep: RM267⬇️
02-Sep: RM268⬆️
01-Sep: RM267⬇️

Analisa Harga September 2021

Harga bulan September 2021 terus menjunam dan capai ke paras terendah iaitu RM255 pada hujung bulan. Harga tertinggi emas GAP mencecah RM270 per gram. Harga dilihat cecah paras tertinggi pada 4 September 2021.

Purata harga pada bulan September 2021 juga turun secara purata RM1.49 sen per gram kepada RM262.80 per gram berbanding RM264.29 per gram pada Ogos 2021, berkadar sekitar 0.5%.

Harga Emas September 2021

Kenapa Harga Menjunam?

Penurunan harga pada 17 September 2021 adalah disebabkan kenaikan 0.7% dalam penjualan runcit A.S. (U.S. retail sales). Baca laporan lanjut di sini.

Pada hujung bulan pula, sekali lagi harga emas turun, yang menyaksikan harga terendah sejak 7 bulan, disebabkan 2 faktor di bawah (sumber Berita Harian):

  1. Bon meningkat. Penanda aras hasil 10 tahun AS meningkat selepas mencecah paras tertinggi sejak Jun pada Selasa, menjejaskan daya tarikan jongkong emas.
  2. Dolar Amerika Syarikat (AS) mengukuh. Dolar AS pula menghampiri paras tertingginya sejak November lepas.

Bagaimana harga emas bulan Oktober 2021?

Walaupun terdapat penurunan, AS masih berdepan risiko kenaikan inflasi disebabkan varian Delta COVID-19 susulan kekangan bekalan yang bertahan lebih lama.

Robert Kiyosaki, dalam sebuah interview bersama Kitco, membuat ramalan harga emas akan terus menjunam Oktober ini dengan berkata: ‘The biggest crash in world history’ hits this October.

Tambahnya, jika berlaku penurunan drastik lagi, ia merupakan berita gembira untuk menambah simpanan emas dan perak.

Lihat sejarah analisa dan graf harga emas di https://emas2u.com/harga-emas-malaysia/. Semoga sejarah harga emas ini membantu anda monitor harga dan membuat keputusan untuk pembelian seterusnya.

LIKE | FOLLOW Emas2U

Website: https://emas2u.com
FB Group: http://bit.ly/FBEmas (Pass Code: NAK EMAS)
Ebook: https://ebook.emas2u.com
Facebook: http://bit.ly/Emas2U
Instagram: http://bit.ly/InstagramEmas2U
Youtube: http://bit.ly/Emas2u
Telegram: http://t.me/emas2u_com
App Emas2U: https://app.emas2u.com

Muhammad Muhaimin Mohd Isa (Siapa Muhaimin?)
Dealer Emas Sah Public Gold | Emas Patuh Syariah | Emas Mampu Milik
Founder & CEO www.Emas2U.com
012-230 2158