Emas2U.com – Apa beza emas 999 dan emas 916? Yang mana lebih sesuai untuk pelaburan emas? Ketahui perbezaan emas 999 dengan emas 916!
Emas merupakan salah satu aset yang sentiasa tinggi nilainya. Memiliki dan menyimpan emas merupakan sesuatu yang baik jika difikirkan pulangannya pada masa hadapan.
Akan tetapi, banyak jenis emas yang dijual di pasaran, antara yang paling kerap kita dengar ialah emas 999 da emas 916.
Mana yang sesuai untuk dijadikan perhiasan dan yang mana lebih sesuai untuk dijadikan pelaburan? Mari kita lihat apakah perbezaan jenis emas-emas ini mengikut ciri-ciri masing-masing:
Kriteria | Emas 999 | Emas 916 |
Peratus emas | 99.9% | 91.6% |
Ketulenan | 24K – Tinggi | 22K – Rendah |
Campuran | Tiada campuran | Ada campuran dengan logam lain seperti perak dan besi |
Kekuatan emas | Lembut | Keras |
Kilauan | Tahan lama | Cepat pudar |
Harga | Lebih mahal | Lebih murah |
Contoh harga di Public Gold pada 8 Julai 2019 | 1 gram: RM198 1 dinar: RM842 | 1 gram: RM157 1 dinar: RM759 |
Kadar Gadaian Ar-Rahnu | Lebih tinggi | Lebih rendah |
Susut nilai | Lebih rendah | Lebih tinggi |
Biasanya dalam bentuk… | Syiling (coin), jongkong (gold bar), wafer | Barang kemas seperti cincin, gelang dan rantai |
Sekarang dah dapat bezakan tak emas 999 dan emas 916? Banyakkan bezanya?
Kita juga dapat membuat kesimpulan bahawa emas 999 lebih sesuai dijadikan simpanan untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi pada masa akan datang kerana kandungannya yang tiada campuran, hampir 100% emas.
Ini juga menjawab, kenapa ada kedai yang jual emas pada harga rendah dan ada yang pada harga tinggi. Sebelum kita main beli je, pastikan kita tahu emas yang dijual itu emas 999 atau emas 916. Tambahan pula, harga upah berbeza-beza juga menjadi punca beza harga di kedai emas terlalu tinggi. Hati-hati, kadang-kadang harga yang dipamerkan adalah sebelum kira harga upah.
Semoga bermanfaat!
Ingin mula menyimpan emas? Mesti ada ilmu. Download ebook Emas A-Z percuma di https://ebook.emas2u.com
Subscribe YouTube Emas2U untuk kelas online percuma di
Persoalan tentang emas? Tanya saya anytime
Muhammad Muhaimin Mohd Isa
Dealer Emas Sah Public Gold | Emas Patuh Syariah | Emas Mampu Milik
Founder & CEO www.Emas2U.com
012-230 2158
https://emas2u.com
Pingback:Emas Public Gold Tak Laku? – Emas2U – Tips Pelaburan Emas
Pingback:Emas Public Gold Mahal? – Emas2U – Tips Pelaburan Emas
Pingback:Persoalan & Ilmu Simpanan Emas – Emas2U – Tips Pelaburan Emas
Pingback:Jangan Beli Emas Jika Belum Baca 10 Perkara Ini – Emas2U – Tips Pelaburan Emas
Pingback:Pelaburan Emas VS Pelaburan ASB, Yang Mana Lebih Baik? – Emas2U – Tips Pelaburan Emas