Emas2U.com – Ketegangan yang berlaku antara Amerika Syarikat dan Iran baru-baru ini semakin meningkat di Timur Tengah dan menyebabkan harga emas meningkat kepada $1590.90 pada 7 Januari 2020. Jika dilihat pada graf di kitco.com;
Sejak tempoh empat minggu lalu harga emas telah mendapat lebih dari $100 per auns. Kita telah melihat kenaikan harga yang banyak ke permulaan tahun 2020 ini.
Harga emas baru-baru ini boleh dikaitkan secara langsung dengan tindakan ketenteraan oleh Amerika Syarikat yang mengerahkan serangan drone di Baghdad yang mengakibatkan pembunuhan komander tentera Iran, Major General Soleimani.
Insiden ini yang menimbulkan tahap ketidakpastian baru dan membawa harga minyak meningkat kepada $70 setong!
Tindak balas awal dari Iran segera disusuli dengan serangan ketika mereka bersumpah untuk membalas serangan pada hari Jumaat. Ini diikuti respond pada hari Sabtu oleh Presiden Trump bahawa sebarang tindakan ketenteraan terhadap Amerika Syarikat akan mengakibatkan tentera A.S. “dengan cepat dan sepenuhnya membalas, dan mungkin dengan cara yang tidak seimbang.”
Dalam sebuah laporan oleh CNN Ahad, “Penasihat ketenteraan kepada pemimpin tertinggi Iran mengatakan bahawa tindak balas negaranya terhadap pembunuhan oleh AS tentunya akan menjadi tindak balas tentera terhadap tapak tentera.”
Pada 8 Januari 2020 pula, harga emas GAP menyaksikan kenaikan paling tinggi dalam sejarah apabila mencecah RM219/g
Jika ketegangan AS-Iran terus berlangsung, berkemungkinan besar harga emas akan terus melonjak naik.