, , ,

Jaga-Jaga! 5 Faktor Ini Akan Buat Harga Emas ‘Menggila’ Hujung 2021

Harga emas dilihat terus naik sejak Jumaat lepas dan mula mencecah $1830 per auns pada 10 November 2021. Ketahui 5 faktor utama yang mungkin akan buat harga emas ‘menggila’ hujung tahun 2021 ini.

gold bars

Faktor #1 – Data Inflasi Amerika Syarikat (AS)

Jika berlaku peningkatan peratus inflasi di AS, harga emas dijangka naik berikutan laporan inflasi A.S. yang akan memberi kebimbangan tentang kenaikan harga.

Nota: Inflasi naik, harga emas naik

Faktor #2 – Perubahan Matawang USD

Kemerosotan matawang US Dollar telah menyebabkan harga emas semakin kukuh. Harga emas biasanya berkadar songsang dengan matawang USD.

Nota: USD turun, harga emas naik

Faktor #3 – Perubahan Kadar Faedah Oleh Federal Reserve (Fed)

Federal Reserve (Fed) masih ‘bersabar’ dengan kenaikan kadar faedah. Apa berlaku jika kadar faedah naik? Kenaikan kadar faedah secara umumnya akan meningkatkan matawang US Dolar, seterusnya mampu menurunkan harga emas kerana emas didominasikan dalam dolar AS.

Nota: Kadar faedah naik, harga emas turun

Faktor #4 – Hasil Bon 10 Tahun AS

Kemerosotan hasil bon 10 tahun AS baru-baru ini juga menjadi punca kenaikan harga emas. Seperti matawang US Dolar, hasil bon juga berkadar songsang dengan harga emas secara umum.

harga emas vs hasil bon AS
Graf hasil bon vs harga emas. sumber: Sunshine Profits

Nota: Hasil bon AS turun, harga emas naik

Faktor #5 – Krisis Ekonomi Global

Bila berlaku krisis ekonomi global, pelabur akan mencari dan beralih kepada aset yang lebih kukuh seperti emas dan perak. Kesannya, permintaan ke atas emas lebih tinggi dan akan menyebabkan harga emas naik

Nota: Krisis ekonomi berlaku, harga emas naik

Bersedia Dengan Pelbagai Kemungkinan

Perubahan harga emas disokong oleh pelbagai faktor. Kenaikan atau penurunan harga emas mungkin didorong oleh beberapa faktor (dan tidak semestinya 1 faktor sahaja).

Sebagai contoh, minggu lepas harga emas naik walaupun USD kukuh, baca di sini.

Dan bukan 5 faktor di atas sahaja, faktor lain seperti permintaan syarikat pengeluar barang kemas, halatuju pelabur-pelabur besar, krisis kesihatan seperti Covid-19 dan perang ekonomi US-China juga akan menyebabkan harga emas berubah.

Sebagai penyimpan bijak, kita perlu ambil sikap “Don’t put all eggs in one basket”.

Maksudnya, pelbagaikan simpanan. Simpanan wang ada, simpanan emas pun ada.

Ini kerana setiap aset ada kekuatan tersendiri pada masa yang berbeza-beza.

Dah Ready Nak Simpan Emas?

PM Cik Fiza >>