, , ,

Harga Emas Januari 2026 Rekod ATH Lebih 10x!

Harga emas Januari 2026 secara purata sekali lagi menyaksikan kenaikan mendadak sebelum menjunam di hujung bulan. Kenaikan ini dikaitkan dengan beberapa faktor termasuk ketegangan geopolitik dan kerisauan perubahan kadar oleh Federal Reserve. Baca analisis penuh.

harga emas januari 2026

Harga emas GAP pada bulan Januari 2026 secara purata mencatatkan kenaikan mendadak, mencapai ATH (tertinggi dalam sejarah) melebihi 10 kali, dengan purata harga pada RM660.10 per gram, naik sebanyak RM42.29 per gram berbanding November, bersamaan sekitar 6.4%!

Punca kenaikan? Baca kongsian berita di bawah.

Nota: Ketika artikel ini ditulis pada 2 Februari 2026, harga emas tertinggi dalam sejarah adalah $5,608.35 per auns dipecahkan dalam bulan bulan Januari 2026 (join Telegram Emas2U untuk update harga emas harian).

Prestasi Harga Akaun Emas GAP (01/2026)

Tertinggi: RM764
Terendah: RM613
Purata: RM660.10

31-Jan: RM658⬇️
30-Jan: RM723⬇️
29-Jan: RM764⬆️🔝
28-Jan: RM703⬇️
27-Jan: RM706⬆️
26-Jan: RM703⬆️
25-Jan: RM699➖
24-Jan: RM699⬆️
23-Jan: RM687⬆️
22-Jan: RM686⬆️
21-Jan: RM671⬆️
20-Jan: RM662⬆️
19-Jan: RM653➖
18-Jan: RM653⬆️
17-Jan: RM648⬇️
16-Jan: RM654⬆️
15-Jan: RM653⬆️
14-Jan: RM651➖
13-Jan: RM651➖
12-Jan: RM651⬆️
11-Jan: RM643➖
10-Jan: RM643⬆️
09-Jan: RM632⬆️
08-Jan: RM631⬇️
07-Jan: RM634⬆️
06-Jan: RM632⬆️
05-Jan: RM614⬇️
04-Jan: RM615⬇️
03-Jan: RM616⬆️
02-Jan: RM613⬇️
01-Jan: RM615⬇️

Analisis Harga Emas

graf harga emas januari 2026

Analisis graf harga emas dan perak bulanan boleh lihat di sini.

Artikel berkaitan/bulan ini:

  1. Save Quick Game 2025 – Pemenang Hadiah Utama
  2. Saya Uji Berat Emas Public Gold, Berat 10 Dinar Salah?
  3. Bank of America Jangka Emas Cecah $6,000 Tahun 2026

Momen-momen penting yang memberi kesan kepada harga emas sepanjang Januari 2026:

11 Jan: Emas dan perak terus mencatatkan keuntungan besar dalam seminggu, menyaksikan minggu positif kelima daripada tujuh minggu terakhir untuk emas dan keenam untuk perak. Kekuatan luar biasa ini didorong oleh gabungan ketidakstabilan geopolitik dan jangkaan yang berubah-ubah mengenai dasar monetari Rizab Persekutuan.

12 Jan: Dalam 24 jam sahaja, harga emas naik +2.5%, harga perak naik +7.2%

15 Jan: Harga emas sekali lagi mencecah paras tertinggi, dengan harga spot sekitar $4,632 per auns pada 14 Januari 2026. ANZ dan penganalisis lain menjangkakan emas akan diniagakan melebihi $5,000 per auns pada tahun 2026, didorong oleh (i) ketegangan geopolitik yang berterusan, (ii) dolar AS yang lebih lemah, dan (iii) jangkaan pemotongan kadar faedah Rizab Persekutuan.

21 Jan: Dalam 24 jam semalam sahaja, emas naik +3.11%, kini melebihi $4,750 per auns. Sementara perak naik +5.8%, kini hampiri $95 per auns, dah nak 3 angka.

Ini tanda-tanda jelas dunia mencari aset selamat, duit kertas dah semakin tak bernilai, dan ketegangan geopolitik (atau peperangan) semakin parah. Ini bukan admin reka-reka ya.

24 Jan: Emas hampiri paras $5,000 per auns, level yang penganalisis jangka akan berlaku hujung tahun ini, tapi sudah berlaku di bulan Januari.

Perak pula sudah cecah 3 angka, menepati jangkaan pakar sebelum ini.

24 Jan: Rusia dan China buat pembelian emas secara besar-besaran!

Sehingga kini Rusia sudah memperoleh lebih daripada $216 bilion daripada kenaikan harga emas sejak menyerang Ukraine, mengimbangi sebahagian besar daripada kira-kira $300 bilion aset negara itu yang dibekukan di luar negara.

Nilai rizab emas bank pusat telah meningkat lebih daripada dua kali ganda, meningkatkan emas kepada 43% daripada jumlah rizab.

27 Jan: Emas mencecah $5,000 per auns buat kali pertama, naik 2.25% dalam satu sesi susulan permintaan tinggi daripada pelabur.

Perak pula naik 7.8% dalam satu hari melepasi paras $110 per auns.

Ini bukan kenaikan harga biasa-biasa. Pergerakan seperti ini biasanya berlaku apabila (i) keyakinan terhadap wang fiat mula retak dan (ii) kapital mula dialihkan kepada aset selamat dan kukuh.

Lihat sejarah analisa dan graf harga emas sepanjang tahun 2026 di https://emas2u.com/harga-emas-malaysia/

Bagaimana dengan harga emas pada bulan Februari 2026?

Dengan pelbagai ketidaktentuan yang memberi kesan kepada harga emas, jadi yang pertama terima berita emas di emas2u.com. Stay tuned di Telegram Emas2U (klik sini) untuk berita dan harga terkini emas.


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>