, , ,

Apa Nak Buat Dengan i-Sinar KWSP?

i-Sinar KWSP telah diluluskan! Jangan biarkan i-Sinar jadi tidak bersinar! Jika anda salah seorang penerima i-Sinar, ini 3 perkara yang anda boleh lakukan untuk manfaatkan wang tersebut.

i-sinar kwsp

Kemudahan skim i-Sinar yang diberikan oleh KWSP harus digunakan sebaik mungkin lebih-lebih lagi ketika kita masih berada dalam keadaan krisis ekonomi yang tidak menentu.

Kalau kita salah guna, i-Sinar mungkin akan menjadi i-Malap!

So, ini 3 perkara yang anda boleh lakukan:

#1 Buat Simpanan & Pelaburan

Ini langkah paling selamat dan mudah untuk gandakan wang anda. Persoalannya pelaburan apa nak buat?

Ianya bergantung kepada objektif kita sebenarnya.

Kalau objektif kita nak jana keuntungan short term, pilih pelaburan wang seperti Unit Trust, ASB atau Tabung Haji.

Kalau objektif kita nak jana keuntungan long term, lindungi wang kita ke medium yang lebih kuat, kalis ekonomi dan backup bila matawang jatuh dan tak bernilai, pilih pelaburan emas.

Cadangan saya, pelbagaikan pelaburan. Wang, emas dan hartanah. Sebab masing-masing ada kelebihannya, pada waktu yang berbeza. Wang juga penting kerana kita berbelanja dengan wang. Emas, sebagai backup dan kunci kekayaan kita, berguna bila nilai matawang jatuh dan ekonomi teruk.

Saya pernah tulis artikel Pelaburan Emas vs Pelaburan ASB, Mana Lebih Baik?

Nak simpan emas patuh syariah dan mampu milik, boleh follow step ini.

Apa kata penyimpan emas? Boleh tonton di sini.

Barulah berbaloi spend i-Sinar KWSP anda!

#2 Buat Bisnes

Ya, anda juga boleh mulakan bisnes atau kembangkan lagi bisnes sedia ada. Of course, anda perlu ada ilmu, strategi dan sistem yang betul.

Bisnes tak boleh semberono. Akibatnya mungkin anda akan cepat melingkup.

Anda juga wajib jadi atau ada leader dan team yang mantap. Tak kisahlah bisnes apa pun.

Di Emas2U, kami menawarkan peluang bisnes sebagai dealer emas. Anda akan dibimbing oleh dealer Muhaimin dan disokong oleh lebih 100 dealers yang hendak berjaya.

Ada 10 kelebihan menjadi dealer bersama team Emas2U, iaitu 7 Kelebihan Dealer Public Gold dan 3 Kelebihan Dealer Bawah Network Emas2U.

#3 Jelaskan Hutang

Walaupun ini yang ke-3 tapi ia tidak kurang pentingnya. Yes, hutang lah antara faktor yang menentukan hidup anda tenang atau tidak.

Nak bayar habis semua hutang? Depends.

Bagi saya, jelaskan hutang yang tertunggak terlebih dahulu, ini wajib. Kemudian baru consider jelaskan hutang bulanan rumah, kereta, kad kredit dan sebagainya.

Dan sebelum buat #1 dan #2, pastikan wang untuk berbelanja dan kegunaan harian dan bulanan cukup dan ada spare terlebih dahulu.

Ada tambahan?