, ,

Apa Nak Buat Dengan i-Citra KWSP?

i-Citra KWSP telah diluluskan. Jika anda salah seorang penerima i-Citra, ini 3 idea yang anda boleh lakukan untuk manfaatkan pengeluaran sehingga RM5000 tersebut.

i-citra kwsp

Kemudahan skim i-Citra yang diberikan oleh KWSP harus digunakan sebaik mungkin lebih-lebih lagi ketika kita masih berada dalam keadaan krisis ekonomi yang tidak menentu.

Kalau salah guna, i-Citra mungkin akan menjadi i-Cirit!

i-citra kwsp

So guys, jangan sia-siakan inisiatif kerajaan ini.

Of course, utamakan i-Citra untuk kelangsungan hidup anda dan keluarga terlebih dahulu okay.

Ini 3 idea yang anda boleh lakukan:

#1 Buat Simpanan & Pelaburan

Ini langkah paling selamat dan mudah untuk gandakan wang anda. Persoalannya pelaburan apa nak buat?

Ianya bergantung kepada objektif kita.

Kalau objektif kita nak jana keuntungan short term, pilih pelaburan wang seperti Unit Trust, ASB atau Tabung Haji.

Kalau objektif kita nak jana keuntungan long term, lindungi wang kita ke medium yang lebih kuat, kalis ekonomi dan backup bila matawang jatuh dan tak bernilai, pilih pelaburan emas dan hartanah.

Cadangan saya, pelbagaikan pelaburan. Wang, emas dan hartanah. Sebab masing-masing ada kelebihannya, pada waktu yang berbeza. Wang juga penting kerana kita berbelanja dengan wang. Emas, sebagai backup dan kunci kekayaan kita, berguna bila nilai matawang jatuh dan ekonomi teruk. Hartanah pula, mampu gandakan wang anda dengan pantas jika betul caranya.

Ahad ini 9:00 malam ada webinar percuma, idea untuk gandakan i-Citra anda. Saya recommend join. Daftar di sini. Percuma, tapi slot terhad (lekas).

Webinar disampaikan oleh sifu hartanah terkemuka Malaysia, Faizul Ridzuan. Reserve slot anda (isi form sebelum slot penuh).

Barulah berbaloi spend i-Citra KWSP anda!

#2 Buat Bisnes

Ya, anda juga boleh mulakan bisnes atau kembangkan lagi bisnes sedia ada. Of course, anda perlu ada ilmu, strategi dan sistem yang betul.

Bisnes tak boleh semberono. Akibatnya mungkin anda akan cepat melingkup.

Anda juga wajib jadi atau ada leader dan team yang mantap. Tak kisahlah bisnes apa pun.

Ingat, jangan main bantai je.

Cara terbaik, mulakan dengan kecil-kecilan, lebih baik ada mentor, then growkan bisnes anda dengan strategi yang sesuai dengan niche bisnes anda.

#3 Jelaskan Hutang

Walaupun ini yang ke-3 tapi ia tidak kurang pentingnya. Yes, hutang lah antara faktor yang menentukan hidup anda tenang atau tidak. Tidur lena atau mimpi ngeri. Setuju?

Nak bayar habis semua hutang? Depends.

Bagi saya, jelaskan hutang yang tertunggak terlebih dahulu, ini wajib. Kemudian baru consider jelaskan hutang bulanan rumah, kereta, kad kredit dan sebagainya.

Especially hutang jahat dengan interest tinggi. Ini kasi settle dulu

Dan sebelum buat #1 dan #2, pastikan wang untuk berbelanja dan kegunaan harian dan bulanan cukup dan ada spare terlebih dahulu.

Ada tambahan?

LIKE | FOLLOW Emas2U

Website: https://emas2u.com
FB Group: http://bit.ly/FBEmas (Pass Code: NAK EMAS)
Ebook: https://ebook.emas2u.com
Facebook: http://bit.ly/Emas2U
Instagram: http://bit.ly/InstagramEmas2U
Youtube: http://bit.ly/Emas2u
Telegram: http://t.me/emas2u_com
App Emas2U: https://app.emas2u.com

Muhammad Muhaimin Mohd Isa
Dealer Emas Sah Public Gold | Emas Patuh Syariah | Emas Mampu Milik
Founder & CEO www.Emas2U.com
012-230 2158