, , , , , ,

5 Tips Mudah Buat Simpanan Lebih RM1,000

Sedih bila baca ramai rakyat Malaysia susah nak ada simpanan RM1,000. Padahal RM1,000 tu sikit je sebenarnya. Ini 5 tips mudah buat simpanan yang sesiapa pun boleh buat, insyaAllah.

tips mudah simpanan

Saya faham, susah nak buat simpanan mungkin disebabkan ekonomi semasa yang teruk, desakan hidup dan banyak keperluan diri dan keluarga yang perlu ditanggung.

Tapi kan, apa kata cuba dulu 5 tips di bawah ini:

5 Tips Mudah Buat Simpanan

1. Tetapkan matlamat simpanan

Ini kena jelas. Kenapa nak buat simpanan? Jika disenaraikan, banyak sebenarnya keperluan pada masa hadapan yang perlu kita sediakan mulai sekarang. Contoh?

Simpanan kecemasan. Pakar kewangan menggalakkan kita ada simpanan 6 bulan gaji untuk boleh survive dalam keadaan sukar seperti dibuang kerja atau krisis kesihatan global yang berlaku pada tahun 2020.

Beli rumah pertama. Harga rumah semakin tinggi, kalau tak ada simpanan, macam mana nak beli rumah. Takkan tumpang rumah mak atau menyewa je?

Nak kahwin. Perbelanjaan kahwin pun boleh tahan tau. At least RM10k kot. Sediakan simpanan sekarang dan jangan menyusahkan mentua anda kelak.

Tunaikan haji. Salah satu rukun Islam yang wajib kita buat bila ada kemampuan. Kemampuan dari aspek apa? Kesihatan, kekuatan diri, ilmu dan of course, kewangan la

Travel. Sekali sekala mesti kita nak reward diri atau pergi healing dengan kawan-kawan kan? Tak dapat ke luar negara macam gegadis di bawah, dalam negara pun jadi la. Tapi nak travel pakai apa jika tiada simpanan?

tips mudah simpanan untuk travel

2. Pelbagaikan simpanan

Ini yang ramai pandang remeh dan hanya simpan dalam satu platform sahaja, contohnya ASB dan Tabung Haji. Tahu kan nilai duit setiap tahun berisiko semakin berkurang dimakan inflasi. RM100 hari ini tak mampu membeli barang bernilai RM100 10 tahun lepas. Faham?

Penjelasan kepentingan pelbagaikan simpanan:

So nak buat macam mana?

Jawapan: Pelbagaikan simpanan. Cadangan saya 3 ni: (1) Simpanan duit, (2) aset hartanah dan (3) simpanan emas.

Simpanan duit semua orang buat, aset hartanah mungkin susah sikit nak mula sebab perlu modal besar, tapi simpanan emas sangat mudah. Dengan RM100 pun kita boleh mula simpanan emas. Info lanjut di sini.

3. Simpan setiap bulan

Bila kita ada matlamat yang jelas seperti dalam tips #1, kita lebih mudah berdisiplin menyimpan. Setiap kali mahu belanja yang bukan-bukan, kita ingat balik apa matlamat kita.

Wajibkan diri menyimpan sekitar 10-30% daripada gaji setiap bulan. Simpan dalam ASB, Tabung Haji dan emas. Saya ada sediakan monthly checklist untuk simpanan 1 gram emas 1 bulan di bawah. Kita mulakan tahun 2024 ni. Boleh?

tips mudah simpanan emas

Boleh download dan jadikan rujukan. Saya tick siap2 bulan Januari untuk anda hehe. Kalau belum mula boleh daftar percuma sebagai ahli di sini dan dapatkan bantuan dari admin kami, Cik Ida. Bimbingan percuma.

4. Simpan dulu belanja kemudian

Kita akan suprise selepas setahun buat no 4 ni. Percayalah.

Saya sendiri ajar anak-anak saya buat saving dulu sebelum belanja di sekolah setiap hari. Anak kedua saya terkejut dalam beberapa minggu dia dah boleh saving lebih RM50!

Budak 10 tahun pun boleh buat, takkan kita yang dah akil baligh tak boleh?

tips mudah simpanan

Buat tips ni dalam setahun dan lihat kesannya. Mesti tersenyum macam akak di atas walaupun simpanan dia entah currency apa hahaha. Foto dicipta guna AI, jangan serius sangat.

5. Beli ikut keperluan bukan kemahuan

Tips ini mungkin dah muak awak dengar tapi tips inilah yang akan membuatkan awak di masa depan kembali ke masa lampau dan berterima kasih kepada awak di hari ini kerana membuat simpanan.

Dalam zaman yang dikelilingi banyak aplikasi mudah shopping hari ini, saya faham nafsu berbelanja tu mungkin sukar dikawal, tapi cuba hold sikit niat belanja benda kemahuan boleh?

Kalau tak tahan sangat, sekali sekala ok lah tapi jangan kerap sampat terlajak, nanti simpanan anda habuk pun tarak!

Sekali lagi, alignkan dengan matlamat yang awak dah isi di no 1. InsyaAllah ia boleh jadi big why untuk kurangkan beli barang kemahuan.

So far ok tak? Saya harap 5 tips di atas membantu anda membuat simpanan dan boleh lihat hasilnya di hujung tahun 2024 ini, insyaAllah.

Jika matlamat dan big why anda cukup kuat, insyaAllah simpanan RM1,000 tu kacang je.

Regards,
Muhaimin Emas2U


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>

LIKE | FOLLOW Emas2U

FB Group: https://bit.ly/FBEmas (Pass Code: NAK EMAS)
Facebook: https://bit.ly/Emas2U
Instagram: https://www.instagram.com/emas2u_com
Youtube: https://www.youtube.com/emas2u
App Emas2U: https://app.emas2u.com