,

5 Sebab Anda Perlu Bertukar Dari Pelaburan Wang Ringgit Kepada Pelaburan Emas

Emas2U Menekankan Kepentingan Melakukan Pelaburan Emas Berbanding Wang Ringgit, Ini Sebabnya

5 Sebab Anda Perlu Bertukar Dari Pelaburan Wang Ringgit Kepada Pelaburan Emas | Emas2U.com – Pelaburan mana yang lebih menguntungkan? Pelaburan wang ringgit melalui syarikat unit amanah atau pelaburan emas? Emas2U kongsikan lima (5) dari banyak sebab kenapa anda perlu bertukar dari pelaburan wang ringgit kepada pelaburan emas:

1. Pelaburan Emas Lebih Kuat Berbanding Wang Ringgit – Mari kita lihat perbandingan prestasi Return On Investment pelaburan ASB, Tabung Haji dan Emas bermula tahun 2002:

2. Emas ‘Kalis Ekonomi’ – Nilai emas kekal walaupun berlaku kegawatan ekonomi, kejatuhan nilai matawang Ringgit Malaysia (RM), berlaku krisis ketidaktentuan politik & peperangan.

3. Dari sudut simpanan pula, emas mampu mengelak kebocoran dan keborosan wang. Wang simpanan lebih bertahan lama jika disimpan dalam bentuk emas. Emas merupakan kekayaan sebenar dan terbukti sebagai nilai paling kukuh dalam sejarah. Dengan menyimpan emas juga, tak perlu risau kegawatan ekonomi dan kenaikan harga barang (inflasi) dalam jangka panjang. Berbanding wang ringgit, kuasa belinya susut dari tahun ke tahun.

4. Pada zaman Nabi, seekor kambing boleh dibeli dengan syiling emas 1 dinar (seberat 4.25 gram). Hari ni, nilai 1 dinar lebih kurang RM800, juga cukup untuk membeli seekor kambing. Kuasa beli emas kekal selama lebih 1,400 tahun. Berbeza dengan wang ringgit, tahun 1980-an dulu, duit 50 sen cukup untuk budak sekolah makan kenyang di sekolah. Tapi hari ini dengan 50 sen kita hanya dapat air kosong je! Simpanan emas selamat daripada kesan inflasi.

5. Emas disebut kebaikannya dalam Al-Qur’an. Baca 8 ayat tentang emas disebut dalam Al-Qur’an

6 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

  3. Pingback:

  4. Pingback:

  5. Pingback:

  6. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *