, ,

3 Kelemahan Simpanan Emas Yang Ramai Dealer Sembunyikan

Asyik bercerita tentang kelebihan saja, kali ni saya nak dedahkan 3 kelemahan simpanan emas yang sebilangan dealer emas tak nak anda tahu.

Kelemahan Simpanan Emas

Simpanan emas, seperti yang banyak dikongsi dalam emas2u.com, mempunyai banyak kelebihan. Kami pernah kongsikan 8 kelebihan menyimpan emas fizikal, dan 21 kelebihan buka akaun emas. Kami juga pernah detailkan 5 kelebihan aset emas berbanding aset hartanah. Bukan 3 artikel ni je, banyak lagi. Silakan selongkar emas2u.com untuk ilmu emas eksklusif percuma.

“Sekejap, apa beza emas fizikal dan akaun emas?”

Ada bezanya, 5 perbezaan emas fizikal dan akaun emas. Di Public Gold, harga akaun emas berubah setiap hari pada jam 12am+ sementara harga fizikal berubah setiap 20 minit, so at certain point of time, ada masa harga akaun emas lebih rendah atau tinggi dari harga fizikal. Haa ni pun ramai tak tahu tau.

Ok, tiba masa yang ditunggu-tunggu. Meskipun pahit, saya tak pernah sembunyikan 3 kelemahan ini kepada customer saya. Jom!

3 Kelemahan Simpanan Emas

#1 Simpanan Emas Tiada Dividen

Pelaburan emas tiada dividen seperti pelaburan wang, ianya 100% bersandarkan kepada harga emas dunia.

Pulangan/keuntungan kita akan dapat bila jual semua pada harga tinggi dan selepas tolak spread (Apa itu spread?)

Then macam mana nak kira keuntungan simpanan emas? Baca Cara Mudah Kira Pulangan Simpanan Emas.

#2 Simpanan Emas Ada Risiko Hilang

Simpanan emas ni ada risiko boleh hilang macam duit jika simpan sendiri di rumah. Selain itu, kalau nak simpan di safe box (lebih selamat insyaAllah), ada caj simpan bulanan/tahunan.

Bagi mengelakkan risiko hilang, penyimpan boleh consider buka akaun GAP. Tak payah ke cawangan untuk buka akaun, follow step ni je. Easy.

#3 Rugi Jika Jual Jangka Pendek

Haa, yang ni pun saya dapati ramai penyimpan salah faham. Dia ingat beli hari ni, jual minggu depan dah dapat return. Bukan begitu, kan tadi kat point #1 saya cakap nak jual ada tolak spread?

“Then lebih baik saya buat pelaburan duit je!”

Sabar.

Ianya bergantung kepada objektif kita sebenarnya.

Kalau objektif kita nak jana keuntungan short term, pilih pelaburan wang seperti ASB/TH.

Kalau objektif kita nak jana keuntungan long term, lindungi wang kita ke medium yang lebih kuat, kalis ekonomi dan backup bila matawang jatuh dan tak bernilai, pilih pelaburan emas.

Cadangan saya, pelbagaikan pelaburan. Wang, emas dan hartanah. Sebab masing-masing ada kelebihannya, pada waktu yang berbeza. Wang penting kerana kita berbelanja dengan wang. Emas, sebagai backup dan kunci kekayaan kita, berguna bila nilai matawang jatuh dan ekonomi teruk.

Saya pernah tulis artikel Pelaburan Emas vs Pelaburan ASB, Mana Lebih Baik?

Amacam, ok tak explanation saya? Ada bantahan tak puas hati? PM saya



Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>