, ,

Simpanan Emas Untuk Anak-Anak. Ini 5 Perkara Yang Perlu Anda Tahu

Simpanan emas untuk anak-anak merupakan tabungan alternatif yang perlu diambilkira oleh ibu bapa sebagai persediaan masa depan mereka. Ini yang perlu anda tahu.

simpanan emas anak-anak

Sebagai ibu bapa yang prihatin, simpanan masa depan untuk anak-anak perlu dititikberatkan seawal kelahiran lagi. Ini kerana banyak perbelanjaan especially pendidikan yang bermula sejak usia 5 tahun (ada seawal 3 tahun).

Selain simpanan wang di akaun Tabung Haji atau akaun SSPN, ibu bapa digalakkan membuat simpanan emas untuk anak-anak.

“Kenapa nak kena simpan emas? Duit je tak boleh?”

Jawapannya, pelbagaikan simpanan.

1. Kepentingan Pelbagaikan Simpanan

Kalau objektif kita nak jana keuntungan dividen, pilih simpanan wang.

Kalau objektif kita nak jana keuntungan long term, lindungi wang kita ke medium yang lebih kuat, kalis ekonomi dan backup bila matawang jatuh, pilih simpanan emas.

Cadangan terbaik ialah pelbagaikan simpanan. Wang, emas dan hartanah (ini baik untuk pendapatan pasif). Sebab masing-masing ada kelebihannya, pada waktu yang berbeza.

Wang penting kerana kita berbelanja dengan wang. Emas, sebagai backup dan pelindung kekayaan kita, berguna bila kita ada matlamat jangka panjang, nilai matawang jatuh dan ekonomi teruk.

2. Pulangan Wang & Emas 20 Tahun

Simpanan emas untuk pendidikan anak-anak lebih sesuai dibuat long term, dengan target sehingga dapat menanggung kos perbelanjaan pengajian mereka di universiti.

Jika dibandingkan dengan pulangan wang, simpanan emas juga menjana pulangan lebih 10% bagi tempoh 20 tahun.

dividen asb emas

3. Berapa Banyak Perlu Simpan Emas Untuk Anak-Anak?

Menggunakan formula yang sama, menurut nasihat pakar, kita hanya perlu alihkan 10-30% dari saving anak-anak kepada simpanan emas. That means, jika simpanan ada RM1000, hanya RM100-RM300 ditukar ke simpanan emas. Bukan semua tau!

Baca formula dan cara kira di sini. Senang je.

4. Bagaimana Nak Mula Simpanan Emas Untuk Anak-Anak?

Cadangan terbaik ialah buka akaun emas GAP (GAP Junior Account) Public Gold.

Boleh dilakukan online, tak perlu ke cawangan dan boleh mula menyimpan serta-merta.

Dapatkan bantuan admin Emas2U, Cik Fiza di sini.

5. Zakat Simpanan Emas Anak-Anak

Yang ni jangan buat-buat lupa pula. Sama sahaja seperti simpanan wang bila cukup nisab dan haul, wajib bayar zakat 2.5%.

Jika jumlah berat emas (fizikal dan GAP) yang disimpan itu menyamai atau melebihi nisab 85 gram, serta melepasi tempoh masa 12 bulan atau setahun (cukup haul), maka wajib dikeluarkan zakat keatasnya sebanyak 2.5 peratus (%).

Info lanjut tentang zakat simpanan emas anak-anak boleh baca di sini.

Semoga artikel ini membantu anda membuat keputusan terbaik untuk anak-anak anda, demi masa depan mereka. Amiin.

LIKE | FOLLOW Emas2U

Website: https://emas2u.com
FB Group: http://bit.ly/FBEmas (Pass Code: NAK EMAS)
Ebook: https://ebook.emas2u.com
Facebook: http://bit.ly/Emas2U
Instagram: http://bit.ly/InstagramEmas2U
Youtube: http://bit.ly/Emas2u
Telegram: http://t.me/emas2u_com
App Emas2U: https://app.emas2u.com

Muhammad Muhaimin Mohd Isa
Dealer Emas Sah Public Gold | Emas Patuh Syariah | Emas Mampu Milik
Founder & CEO www.Emas2U.com
012-230 2158