, ,

Harga Emas Turun Lagi. Ini 3 Sebabnya

Harga emas dan perak sekali lagi menyaksikan penurunan 4% dan 10% masing-masing. Pelbagai faktor harga emas turun, ini 3 punca utama.

harga emas turun

Analisa di Kitco.com merumuskan pelabur bertindak menjual aset seperti emas untuk membeli pelaburan lain. Pelaburan yang dilihat lebih menjanjikan seperti saham Tesla dan Bitcoin, kata Gareth Soloway. Beliau merupakan ketua strategi pasaran di The Money Stocks. Menurut Soloway, pelabur tersebut merupakan short term investor yang lebih melihat peluang pulangan pada pelaburan lain.

Selain itu, kenaikan hasil perbendaharaan di Amerika Syarikat (US Treasury) dan US dollar adalah sebab utama di sebalik penjualan besar-besaran ini, kata penganalisis kepada Kitco News pada hari Jumaat. Ini menyebabkan harga emas turun.

Emas menyaksikan kerugian harian $80 sebelum ini, dengan niaga hadapan emas Comex Februari terakhir diperdagangkan pada $1,836.60, turun 4.02%. Pada masa penulisan ini, hasil perbendaharaan meningkat di atas 1.1% dalam tempoh 10 tahun.

Prospek ekonomi juga masih tidak menentu. A.S. melaporkan kehilangan 140,000 pekerjaan pada bulan Disember 2020 ditambah dengan jumlah kematian akibat kematian Covid-19. Ini merupakan petanda ekonomi yang lebih teruk dalam quarter pertama 2021.

Sebelum ini kami pernah kongsikan kenapa harga emas menurun pada hujung tahun 2020. Baca Analisa Harga Emas Tahun 2020.

LIKE | FOLLOW Emas2U

Website: https://emas2u.com
FB Group: http://bit.ly/FBEmas (Pass Code: NAK EMAS)
Ebook: https://ebook.emas2u.com
Facebook: http://bit.ly/Emas2U
Instagram: http://bit.ly/InstagramEmas2U
Youtube: http://bit.ly/Emas2u
Telegram: http://t.me/emas2u_com
App Emas2U: https://app.emas2u.com

Muhammad Muhaimin Mohd Isa (Siapa Muhaimin?)
Dealer Emas Sah Public Gold | Emas Patuh Syariah | Emas Mampu Milik
Founder & CEO www.Emas2U.com
012-230 2158