, , ,

Laporan Khas: Prestasi & Graf Harga Emas Tahun 2020

Emas2U – Tahun 2020 menyaksikan kenaikan harga emas mendadak sehingga pecah rekod tertinggi dalam sejarah sebelum turun semula pada hujung tahun. Ini laporan penuh.

harga emas 2020

Harga Public Gold God Accumulation Program (GAP) Disember 2020

Harga semasa pada bulan Disember 2020 menyaksikan penurunan harga Gold Accumulation Program (GAP) hingga ke paras RM258/g pada 1 Disember 2020 sebelum naik secara steady hingga ke hujung bulan.

31-Dis: RM270⬆️
30-Dis: RM269⬇️
29-Dis: RM270⬆️
28-Dis: RM269 ➖
27-Dis: RM269 ➖
26-Dis: RM269 ➖
25-Dis: RM269⬆️
24-Dis: RM268 ➖
23-Dis: RM268⬇️
22-Dis: RM269⬇️
21-Dis: RM270 ➖
20-Dis: RM270 ➖
19-Dis: RM270⬇️
18-Dis: RM272⬆️?
17-Dis: RM268⬆️
16-Dis: RM267⬆️
15-Dis: RM264⬇️
14-Dis: RM266 ➖
13-Dis: RM266 ➖
12-Dis: RM266⬆️
11-Dis: RM265⬇️
10-Dis: RM266⬇️
09-Dis: RM269 ➖
08-Dis: RM269⬆️
07-Dis: RM265 ➖
06-Dis: RM265 ➖
05-Dis: RM265 ➖
04-Dis: RM265 ➖
03-Dis: RM265⬆️
02-Dis: RM262⬆️
01-Dis: RM258⬇️

Graf Harga Emas Disember 2020

prestasi emas disember 2020

Harga bermula rendah pada awal Disember 2020 kesan daripada pengumuman vaksin Covid-19 pada bulan November. Sepanjang bulan secara purata graf meningkat secara steady walaupun masih di paras rendah pada hujung bulan pada harga RM270/gram

Analisa Penuh Harga Emas Tahun 2020

Harga logam bernilai emas pada tahun 2020 menyaksikan kenaikan mendadak bermula pada bulan Mac 2020 hingga capai tahap tertinggi dalam sejarah pada 7 Ogos 2020 iaitu RM304/g. Baca analisa harga emas bagi bulan Ogos 2020.

Terendah dalam tahun 2020 ialah RM214 pada bulan Januari 2020 sebelum mula melonjak.

sejarah harga emas 2020
Graf emas tahun 2020

Ketakutan ke atas wabak pandemik Covid-19 dan keadaan ekonomi global akibat Covid-19 dilihat sebagai antara faktor terbesar punca kenaikan harga mendadak pada tahun 2020.

Selain itu, program economic stimulus yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat juga meroketkan harga emas apabila matawang dollar menjadi lemah.

Walaubagaimanapun pada bulan November 2020 nilainya turun semula apabila terdapat pengumuman penemuan vaksin Covid-19.

Tetapi menurut penganalisa ekonomi, harga emas dilihat turun tetapi tidak terlalu rendah disebabkan keadaan ekonomi global yang masih berstatus parah.

Banyak prediction mengatakan emas akan naik semula pada 2021, tidak kurang juga yang mengatakan akan terus turun pada tahun ini.

keratan Berita Harian emas
Keratan surat khabar Berita Harian

Hari ini, 1 Januari 2021, harga akaun GAP naik RM2/g berbanding semalam. Permulaan yang baik untuk emas meskipun harganya masih ditahap rendah dan mampu dimiliki.

Semoga tahun 2021 ini memberi kebaikan dan peluang kepada semua penyimpan emas, dengan izin Allah!

Selamat datang 2021


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>

LIKE | FOLLOW Emas2U

FB Group: http://bit.ly/FBEmas (Pass Code: NAK EMAS)
Facebook: http://bit.ly/Emas2U
Instagram: http://bit.ly/InstagramEmas2U
Youtube: http://bit.ly/Emas2u
App Emas2U: https://app.emas2u.com