Harga emas Jun 2022 (GAP) terus menyaksikan penurunan dengan rekod terendah sejak suku pertama tahun 2021. Ini analisis penuh harga emas bulan ini.
Harga emas semasa pada bulan Jun secara naik RM0.25, walaubagaimanapun pada bulan ini, harga turun ke paras terendah sejak suku pertama tahun 2021.
Prestasi Harga Akaun Emas GAP (Jun 2022)
Tertinggi: RM284
Terendah: RM277
Purata: RM280.60
30-Jun: RM278⬇️
29-Jun: RM279➖
28-Jun: RM279⬇️
27-Jun: RM280➖
26-Jun: RM280➖
25-Jun: RM280➖
24-Jun: RM280⬇️
23-Jun: RM281⬆️
22-Jun: RM280⬇️
21-Jun: RM281➖
20-Jun: RM281➖
19-Jun: RM281⬇️
18-Jun: RM282➖
17-Jun: RM282⬆️
16-Jun: RM278⬆️
15-Jun: RM277⬇️
14-Jun: RM279⬇️
13-Jun: RM284➖
12-Jun: RM284⬆️
11-Jun: RM283⬆️
10-Jun: RM280⬇️
09-Jun: RM282⬆️
08-Jun: RM281⬆️
07-Jun: RM280⬇️
06-Jun: RM281➖
05-Jun: RM281➖
04-Jun: RM281⬇️
03-Jun: RM284⬆️🔝
02-Jun: RM280⬆️
01-Jun: RM279⬇️
Analisis Emas Jun 2022
Peristiwa bulan Jun 2022:
- Inflasi Dijangka Semakin Teruk Pada 2023. Ini 5 Langkah Berjaga-Jaga
- Harga Emas Dijangka Terus Turun Kerana Faktor Ini
- Pendedahan ‘Agenda Duit’ Oleh Imran Hosein Ini Buat Ramai Terkejut
- Tahun 2022 Semua Menjunam Kecuali Aset Ini
Inflasi masih merupakan faktor yang memberi kesan harga emas, tetapi ada faktor lain seperti kekuatan USD dan hasil bon yang menyebabkan emas sukar untuk naik. Ini kronologi berita emas sepanjang Jun 2022. Oh ya, ada berita perak sekali ok:
2 Jun 2022: Emas mula mendaki berikutan data pekerjaan ADP yang mengecewakan
Harga emas $1868 per auns ketika ini
4 Jun 2022: Selepas melonjak dua hari, emas akhiri minggu ini dengan penurunan susulan laporan pekerjaan A.S. Mei yang memberangsangkan.
Harga emas $1851 per auns ketika ini
7 Jun 2022: Emas merosot dalam dagangan semalam apabila indeks dolar AS meningkat ke paras tertinggi hariannya, manakala hasil Perbendaharaan A.S. meneruskan kenaikan mereka.
Harga emas $1840 per auns ketika ciapan ini ditulis
10 Jun 2022: Emas kekal mendatar di bawah paras $1800 menjelang penutupan pasaran hujung minggu.
Harga emas ketika ini $1843 per auns ketika ini
11 Jun 2022: Emas melonjak lepasi paras $1850 susulan data inflasi AS bulan Mei yang naik di luar jangkaan.
Harga emas $1872 per auns ketika ini
14 Jun 2022: Emas menyaksikan penurunan mendadak apabila ia jatuh sekitar $50 per auns susulan peningkatan hasil dan pengukuhan dolar A.S.
Harga emas $1821 per auns ketika ini.
14 Jun 2022: Harga emas terus menerima tekanan berikutan kenaikan 10.8% dalam harga pengeluar A.S.
Harga emas $1811 per auns ketika ini.
17 Jun 2022: $1851 per auns ketika ini
22 Jun 2022: Emas terus berlegar dalam julat harga yang sama apabila bertindakbalas terhadap dua faktor yang bertentangan; kenaikan kadar faedah dan inflasi
Harga emas $1829 per auns ketika ini
27 Jun 2022: Emas mula mengukuh susulan sekatan import emas terhadap Russia oleh negara-negara G7
Harga emas $1835 per auns ketika ini
28 Jun 2022: Amerika Syarikat telah mengenakan sekatan ke atas lebih 100 sasaran dan mengharamkan import baharu emas Rusia, sebagai komitmen yang dibuat oleh pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) minggu ini untuk terus menghukum Rusia atas pencerobohannya ke atas Ukraine.
Adakah ini akan memberi kesan kepada harga emas dalam masa terdekat?
28 Jun 2022: “Tahun depan dijangka akan berlaku peningkatan kebimbangan mengenai kemelesetan AS (recession), yang akan mendorong kepada harga emas yang lebih tinggi.” -Goldman Sachs
Lihat sejarah analisa dan graf harga emas sepanjang tahun 2022 di https://emas2u.com/harga-emas-malaysia/
Bagaimana dengan harga emas pada bulan Julai 2022?
Dengan pelbagai ketidaktentuan yang memberi kesan kepada harga emas, jadi yang pertama terima berita emas di emas2u.com. Stay tuned di Telegram Emas2U untuk berita dan harga terkini emas.