,

Harga Emas Disember 2025 Pecah Rekod Lagi!

Harga emas Disember 2025 secara purata sekali lagi menyaksikan kenaikan mendadak. Kenaikan ini dikaitkan dengan beberapa faktor termasuk kerisauan perubahan kadar oleh Federal Reserve. Baca analisis penuh.

harga emas disember 2025

Harga emas GAP pada bulan Disember 2025 secara purata mencatatkan kenaikan mendadak, dengan purata harga pada RM617.81 per gram, naik sebanyak RM25.94 per gram berbanding November, bersamaan sekitar 4.38%!

Punca kenaikan? Baca kongsian berita di bawah.

Nota: Ketika artikel ini ditulis pada 1 Disember 2025, harga emas tertinggi dalam sejarah adalah $4,549.74 per auns dipecahkan dalam bulan 26 Disember 2025 (join Telegram Emas2U untuk update harga emas harian).

Prestasi Harga Akaun Emas GAP (12/2025)

Tertinggi: RM643
Terendah: RM602
Purata: RM617.81

31-Dis: RM618⬆️
30-Dis: RM614⬇️
29-Dis: RM642➖
28-Dis: RM642⬇️
27-Dis: RM643⬆️🔝
26-Dis: RM634⬆️
25-Dis: RM631⬇️
24-Dis: RM633⬆️
23-Dis: RM632⬆️
22-Dis: RM619➖
21-Dis: RM619⬇️
20-Dis: RM620⬆️
19-Dis: RM619⬇️
18-Dis: RM620⬆️
17-Dis: RM619➖
16-Dis: RM619⬆️
15-Dis: RM616➖
14-Dis: RM616⬆️
13-Dis: RM613⬆️
12-Dis: RM612⬆️
11-Dis: RM604⬇️
10-Dis: RM605⬆️
09-Dis: RM602⬇️
08-Dis: RM603➖
07-Dis: RM603⬇️
06-Dis: RM605⬇️
05-Dis: RM609➖
04-Dis: RM609⬆️
03-Dis: RM605⬇️
02-Dis: RM610⬇️
01-Dis: RM614⬆️

Analisis Harga Emas

graf harga emas disember 2025

Analisis graf harga emas dan perak bulanan boleh lihat di sini.

Artikel berkaitan/bulan ini:

  1. 3 Sebab Harga Perak Naik Tertinggi Dalam Sejarah
  2. Ramalan Harga Emas 2026 (PDF)

Momen-momen penting yang memberi kesan kepada harga emas sepanjang Disember 2025:

6 Dis: Rizab emas Rusia kini telah mencecah lebih $300 bilion buat kali pertama dalam sejarah moden – Sputnik

Rizab emas Rusia telah memecah rekod dalam era moden, dengan emas kini sebanyak 42% daripada rizab negara — tertinggi sejak 1995

13 Dis: Lebih 60% kenaikan harga emas dalam setahun.

Maksudnya? Siapa yang beli setahun lepas, jika jual sekarang sudah dapat return lebih 40%. Contohnya, Disember 2024 beli emas bernilai ±RM10,000, jika jual sekarang, boleh dapat sekitar ±RM14,000.

20 Dis: Harga perak telah mencapai rekod tertinggi baharu iaitu $67.46 seauns pada Disember 2025, didorong oleh (i) permintaan tinggi, (ii) kekurangan bekalan dan (iii) penggunaan perindustrian yang kukuh.

Logam ini telah melonjak lebih 120% tahun ini, mengatasi emas dan menuju ke prestasi tahunan terbaiknya dalam sejarah.

24 Dis: Harga emas dan perak pecah rekod tertinggi sejarah dengan emas kini sudah mencecah paras $4,500 per auns dan perak sudah lepasi paras $70 per auns.

Ratio harga emas kepada perak semakin menurun, kini pada 1:64 (target ratio oleh penganalisis)

Lihat sejarah analisa dan graf harga emas sepanjang tahun 2025 di https://emas2u.com/harga-emas-malaysia/

Bagaimana dengan harga emas pada bulan Januari 2026?

Dengan pelbagai ketidaktentuan yang memberi kesan kepada harga emas, jadi yang pertama terima berita emas di emas2u.com. Stay tuned di Telegram Emas2U (klik sini) untuk berita dan harga terkini emas.


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>