, ,

Harga Emas Hampiri Paras Tertinggi Dalam Sejarah. Ini Sebabnya

Harga emas terus mengganas dan kini menghampiri paras tertinggi dalam sejarah. Ketika artikel ini ditulis harga emas $2052 per auns. Ini sebabnya.

emas tertinggi sejarah

Ketidaktentuan ekonomi global yang semakin meningkat dan perang berterusan antara Rusia dan Ukraine terus menggegarkan pasaran kewangan.

Ini menyebabkan permintaan aset selamat (safe haven) mendorong harga emas ke paras baru tertinggi dalam sehari.

Kenaikan ini juga telah menghampiri paras tertinggi bukan sahaja dalam tahun 2022 tetapi dalam sejarah.

harga emas gap tertinggi 2022
Graf harga emas GAP Public Gold naik tertinggi tahun 2022

Indeks Pengurusan Pelaburan menunjukkan ‘selera’ risiko pelabur ekuiti A.S. telah menurun ke tahap paling rendah dalam tinjauan itu.

Keteganan geopolitik memberikan seretan yang lebih besar di pasaran, begitu juga dengan persekitaran ekonomi global yang semakin merosot.

Pencerobohan telah menyebabkan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai pertumbuhan yang perlahan, inflasi yang melambung tinggi, tekanan kos sara hidup dan kesesakan rantaian bekalan yang lebih berlarutan juga mendorong harga emas naik ke paras tinggi.

emas tertinggi sejarah
Harga emas ketika artikel ini ditulis

Selain aset emas yang menarik minat ramai pelabur, sektor tenaga juga menjadi perhatian kerana harga petrol di A.S. menuju ke paras tertinggi. Harga minyak mentah berada pada paras tertinggi sejak 2008, dengan harga naik 38% sejak peperangan Rusia ke atas Ukraine hampir dua minggu lalu.

Penganalisis berkata bahawa semua kegawatan pasaran ini akan terus menyokong aset selamat seperti emas.

Beberapa penganalisis telah memberi amaran bahawa sentimen boleh berubah jika ketegangan antara Rusia dan Ukraine mula reda.

Walau bagaimanapun, yang lain berkata bahawa tekanan inflasi akan kekal sebagai hambatan yang ketara kepada aktiviti ekonomi global walaupun konflik berakhir.

Kata pakar, simpan emas sekarang sebagai backup kepada sistem kewangan yang semakin membimbangkan. Daftar akaun emas percuma di sini dan PM admin untuk bimbingan penuh.

Ada juga penganalisis yang berpendapat bahawa harga emas mungkin naik melepasi paras tertinggi dalam sejarah jika kesemua isu di atas berlarutan.

Stay tuned di Telegram Emas2U untuk lebih berita emas terkini.

sumber: Kitco


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>

LIKE | FOLLOW Emas2U

FB Group: http://bit.ly/FBEmas (Pass Code: NAK EMAS)
Facebook: http://bit.ly/Emas2U
Instagram: http://bit.ly/InstagramEmas2U
Youtube: http://bit.ly/Emas2u
App Emas2U: https://app.emas2u.com