, ,

Harga Emas Meroket Ke Paras $1900 Kerana 2 Faktor Ini

Harga emas ‘meroket’ naik lebih tinggi secara mendadak, mencecah paras tertinggi sejak 8 bulan, sudah sampai paras $1,900.00 dalam dagangan A.S. tengah hari Khamis.

harga emas meroket

Permintaan emas sebagai aset selamat (safe-haven) meningkat susulan laporan mengatakan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine “sudah hampir”. Harga perak naik sederhana, tetapi belum lagi mencapai bidaan selamat emas.

Niaga hadapan emas April naik $29.50 pada $1,901.00 dan perak March Comex naik $0.265 pada $23.86 seaun.

Ketika artikel ini ditulis, harga emas tepat $1,900 per auns. Sebelum ini harga emas menjunam susulan ketegangan Rusia-Ukraine yang dilihat mulai reda.

Laporan berita mengatakan tentera Ukraine melepaskan tembakan ke arah pemberontak yang disokong Rusia. Reuters melaporkan bahawa A.S. berkata pencerobohan Rusia ke atas Ukraine adalah “dekat” dan bahawa diplomat terkemuka A.S. sedang mengubah rancangan perjalanan mereka.

A.S. yang sebelum ini berkata tiada bukti Rusia telah menarik tenteranya dari sempadan, dan kemudian A.S. mengatakan Rusia telah menambah 7,000 lagi tentera.

Pasaran saham global bercampur-campur kepada lemah semalaman. Indeks saham A.S. lebih rendah pada tengah hari semalam dan ini juga telah menyokong kenaikan harga emas.

Dagangan emas pada paras tertinggi 8 bulan sekitar $1,900 seauns boleh menjadi petanda bahawa pelabur tidak percaya bahawa Rizab Persekutuan (Fed) akan dapat berbuat banyak untuk menghentikan ancaman inflasi semasa, sekurang-kurangnya dalam tempoh terdekat, menurut beberapa penganalisis.

Stay tuned di Telegram Emas2U untuk lebih berita emas terkini.

sumber: Kitco


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>

LIKE | FOLLOW Emas2U

FB Group: http://bit.ly/FBEmas (Pass Code: NAK EMAS)
Facebook: http://bit.ly/Emas2U
Instagram: http://bit.ly/InstagramEmas2U
Youtube: http://bit.ly/Emas2u
App Emas2U: https://app.emas2u.com