Warga tua di Malaysia terdedah kepada kemiskinan | Hanya 29 peratus rakyat Malaysia mempunyai pencen atau pendapatan apabila bersara, kata Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Justeru, warga tua di Malaysia ada kemungkinan terdedah kepada kemiskinan. Sebagai persediaan, ada 5 cadangan solusi yang kita boleh lakukan dari sekarang.
Hari tua sepatutnya bukan lagi masa untuk kita berkerja keras mencari duit, sebaliknya simpanan yang telah dilakukan berpuluh tahun sepatutnya cukup untuk menampung kehidupan seharian.
Perkara ini boleh menjadi realiti jika kita bermula sejak usia muda dan mempunyai perancangan kewangan yang baik.
Perdana Menteri juga berkata, data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menunjukkan satu daripada empat pencarum telah menghabiskan simpanan KWSP mereka dalam tempoh lima tahun selepas mencapai umur pengeluaran.
Ini menyebabkan ramai rakyat Malaysia tidak dapat mengekalkan taraf hidup yang munasabah ketika bersara atau menguruskan risiko apabila umur panjang.
Kalau dalam tempoh 5 tahun KWSP sudah habis, bagaimana dengan perbelanjaan sepanjang baki usia?
5 cadangan solusi bagi mengelak kemiskinan semasa warga tua
#1 Membina Dana Kecemasan
Adalah sangat penting untuk mempunyai dana kecemasan yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan tidak terduga selepas persaraan. Ini akan membantu anda mengelakkan daripada menambah hutang semasa menghadapi situasi kewangan yang sukar.
Cadangan: Ada simpanan 6 bulan gaji sebagai dana kecemasan
Artikel berkaitan:
5 Tips Mudah Buat Simpanan Lebih RM1,000
#2 Mengurangkan Hutang
Sebelum bersara, cuba selesaikan semua hutang. Berikan keutamaan kepada hutang yang mempunyai kadar faedah tinggi seperti kad kredit dan personal loan. Jika ada saving lebih, cuba selesaikan hutang kereta dan rumah secepat mungkin juga.
Cadangan: Jangan buat langsung -> hutang kad kredit dan personal loan.
Artikel berkaitan:
Langsaikan Hutang Kereta Dengan Emas? Ini Trick Mudah
#3 Buat Pelbagai Pelaburan
Mulakan pelaburan untuk persaraan secepat mungkin, paling mudah dan selamat, pelaburan ASB, Tabung Haji, dan simpanan emas. Ambil kira juga pelaburan hartanah. Ini akan membantu anda membina simpanan untuk kehidupan selepas bersara.
Awas pelaburan scam yang menjanjikan pulangan tak masuk akal dalam masa singkat.
Cadangan: Pelbagaikan pelaburan kerana setiap pelaburan ada kekuatan masing-masing pada masa berbeza. Pelaburan duit, emas dan hartanah.
Artikel/video berkaitan:
Pelaburan ASB vs Emas, Mana Lebih Baik?
11 Perbandingan Pelaburan Emas VS Hartanah. Mana Lebih Baik?
Jangan Join Public Gold…
#4 Menguruskan Perbelanjaan
Pastikan anda menguruskan belanja dengan bijak. Fahami perbezaan antara keperluan dan kemahuan. Pastikan anda juga belanja mengikut kemampuan diri dan bukan mengikut nafsu.
Kaji perbelanjaan anda dan cuba mengurangkan perbelanjaan tidak penting untuk mengurangkan beban kewangan.
Cadangan: Catat setiap perbelanjaan walaupun 1 sen untuk lihat dan buat analisis, perbelanjaan mana yang boleh dikurangkan. Saya sendiri guna app Monefy, banyak membantu.
#5 Merancang Harta Pusaka
Mula rangka wasiat dan pengurusan harta pusaka anda dengan teliti untuk memastikan wang dan aset anda diagihkan mengikut kehendak anda selepas anda tiada.
Cadangan: Saya recommend as-Salihin Trustee Berhad