, ,

Langsaikan Hutang Kereta Dengan Emas? Ini Trick Mudah

Saya ditanya oleh seorang customer, boleh ke kita langsai hutang kereta guna emas? Saya jawab boleh!

langsai hutang kereta

Saya terima mesej Whatsapp dengan soalan seperti dalam gambar di bawah:

langsai hutang kereta dengan emas

Jawapan saya, boleh langsaikan hutang dengan emas.

Memang ada caranya.

(Tips ini agak panjang, boleh save artikel ni untuk bacaan kemudian)

Untuk menyelesaikan hutang dengan cepat, beberapa tindakan boleh diambil, antaranya:

1. Pembetulan Pengurusan Wang

Saya cadangkan agar kita catit setiap perbelanjaan yang kita lakukan (walaupun 1 sen) dalam app pengurusan wang contohnya app Monefy (saya sendiri guna app ni) atau pakai excel pun cukup. So kita akan nampak ke mana duit kita pergi. Dari rekod tersebut:

i. Kenalpasti perbelanjaan yang perlu dan perbelanjaan yang bukan keperluan dan adjust. Kurangkan/hapuskan perbelanjaan yang tidak perlu, contohnya kerap beli makanan luar (ni kalau tak jaga, boleh menyebabkan perbelanjaan bulanan tinggi), habit tak baik seperti merokok, hobi seperti tambah hanphone/baju/kasut/beg/modify kereta, dan hiburan kerap seperti percutian mewah/wayang/tv besar melampau etc.

ii. Kenalpasti berapa saving bersih setiap bulan. Sebaiknya kita ada dana kecemasan 3-6 bulan gaji. Jika tiada, perlu utamakan. Jika sudah ada, boleh kira-kira lebihan dari 6 bulan saving tu untuk kita consider langsaikan hutang.

iii. Berhenti tambah hutang baru. Especially perbelanjaan yang tak perlu.

iv. Lihat hutang lain yang boleh adjust, yang boleh refinance. Fokus langsaikan hutang yang ada baki paling kecil tapi mempunyai ansuran paling besar. Then kecilkan ansuran bulanan yang besar untuk meningkatkan cash flow bagi melangsaikan hutang berbaki kecil. Ini namanya kaedah snowball. Tapi wajib tahu caranya.

2. Tambah Side Income

Sebenarnya banyak cara untuk kita buat duit. Tanpa modal pun ada. Ramai je orang buat duit di Shopee contohnya (kita tak, perabis duit kat Shopee..err bukan kita, saya), jadi ejen dropship (ni banyak tak perlu keluar modal) atau jadi stokis. Belajarlah buat duit. Cari ilmu. Bila ada lebih income, lebih cepat kita boleh langsaikan hutang.

3. Langsai hutang kereta dengan emas?

Boleh. Senang je. Saya share di post FB Group Komuniti Emas ini. Kalau belum join, masukkan Pass Code: NAK TIPS

Semoga bermanfaat!

Ada soalan? Boleh PM saya anytime 

Muhammad Muhaimin Mohd Isa
Dealer Emas Sah Public Gold | Emas Patuh Syariah | Emas Mampu Milik
Founder & CEO www.Emas2U.com
Whatsapp / Call 012-230 2158

LIKE | FOLLOW Emas2U

Website: https://emas2u.com
FB Group: http://bit.ly/FBEmas (Pass Code: NAK EMAS)
Ebook: https://ebook.emas2u.com
Facebook: http://bit.ly/Emas2U
Instagram: http://bit.ly/InstagramEmas2U
Youtube: http://bit.ly/Emas2u
Telegram: http://t.me/emas2u_com
App Emas2U: https://app.emas2u.com