, ,

11 Perbandingan Pelaburan Emas VS Hartanah. Mana Lebih Baik?

Pelaburan hartanah atau pelaburan emas? Dua-dua merupakan aset yang bernilai, tapi yang mana lebih baik? Ini 11 perbandingannya.

perbandingan pelaburan emas vs pelaburan hartanah

Pelaburan / Simpanan Emas

pelaburan emas

Emas merupakan aset yang sesuai untuk simpanan jangka masa panjang dan juga mudah ditunaikan. Emas adalah duit yang dikunci nilainya. Dalam artikel lain, kami kongsikan bagaimana 1 dinar pada zaman nabi masih lebih kurang sama nilainya dengan 1 dinar emas hari ini. Tidak seperti duit, tahun 1990 dengan tahun ini pun dah terlalu banyak besa. Pelaburan emas atau simpanan emas, seolah-olah kita simpan duit tunai dalam bentuk yang lebih selamat nilainya. Bila nak pakai duit, kita boleh cagarkan di Ar-Rahnu untuk dapatkan pinjaman segera, atau boleh terus jual untuk dapat duit segera.

Pelaburan Hartanah

pelaburan hartanah

Hartanah pula merupakan aset yang baik untuk gandakan kekayaan dengan hutang iaitu hutang baik. Ia hutang yang membuatkan kita lebih kaya. Pelaburan hartanah merupakan antara pelaburan paling cepat membuatkan kita lebih kaya sebab kita boleh menggunakan kelebihan pinjaman bank. Bank sememangnya berlumba-lumba nak bagi pinjaman perumahan sebab ia aset yang sangat selamat bagi bank.

Rumah boleh disewakan. Kita boleh dapat pendapatan pasif setiap bulan dengan pelaburan hartanah. Hasil kutipan duit sewa, boleh cover duit pinjaman bank, seolah-olah orang lain bayarkan rumah yang akhirnya jadi milik kita.

11 Perbandingan Pelaburan Emas VS Pelaburan Hartanah

Aku buat homework sikit untuk belanja korang perbandingan emas dan hartanah. So lihat kemampuan diri dan bajet, yang mana lebih sesuai untuk korang. Ok? Let’s go!

#1 Aset Bernilai

Pelaburan Emas – Emas aset bernilai. Emas juga kalis ekonomi. Kalau ekonomi global atau USD merudum, harga emas naik. Banyak faktor yang menyebabkan turun naik harga emas ni. Emas2U.com selalu share. Join Telegram Emas2U untuk update pantas.

Pelaburan Hartanah – Hartanah juga aset bernilai. But then kau kena pandai pilih lokasi sesuai. Ada 7 kriteria penting sebelum beli rumah. Nak tahu? Belajar sini.

#2 Kenaikan Harga Tahunan

Pelaburan Emas – Kenaikan tahunan secara purata adalah tinggi. Tahun 90-an RM35-50/g, tahun 2021 RM250/g. Kau rasa?

Pelaburan Hartanah – Ikut lokasi. Kalau lokasi yang banyak peluang pekerjaan, banyak infrastruktur seperti LRT atau MRT, banyak mall dan business center, memang kencang lah naik. Kalau di luar kawasan, lebih 10 tahun pun belum tentu naik tinggi nilainya.

#3 Modal Permulaan

Pelaburan Emas – Tak payah berhutang pun kau boleh simpan emas. Serendah RM100 guna Akaun Gold Accumulation Program (GAP). Daftar akaun di sini.

Pelaburan Hartanah – Kalau kau anak raja, boleh la beli cash. Kalau kau macam aku, wajib buat loan lah. Kena keluar deposit. Tapi kalau kau tahu trick beli rumah ni, takyah keluar modal pun ada. Benda ni kalau nak buat, boleh belajar kat sini. Dan benda ni, kau jangan memandai-mandai. Habis duit kau nanti kalau main belasah je.

#4 Mobiliti / Mudah Alih

Pelaburan Emas – Yes, ini salah satu kelebihan emas berbanding hartanah. Kau boleh jual kat mana-mana sahaja kau berada di seluruh dunia. Hatta kedai emas kat Zimbabwe pun pasti terima. 5 kelebihan aset emas berbanding hartanah

Pelaburan Hartanah – Bersifat geografikal. Lokasi GPS rumah kau takkan berubah sampai bila-bila. So kalau alamat rumah di Sabak Bernam, pembeli kena pergi sana lah.

#5 Return On Investment

Pelaburan Emas – Pelaburan emas tiada dividen seperti pelaburan wang, ianya 100% bersandarkan kepada harga emas dunia.

Pulangan/keuntungan kita akan dapat bila jual semua pada harga tinggi dan selepas tolak spread. Lepas tolak spread tau. Ni aku demo cara kira spread.

Pelaburan Hartanah – Depends kepada nilai rumah dan lokasi rumah. Senang bila dah faham 7 kriteria penting sebelum beli rumah. Income pasif berterusan.

Bila berlaku property bull run juga, kalau kena cara, senang-senang nak untung 5-6 figures guys.

#6 Pajakan / Refinance

Pelaburan Emas – Kalau perlu duit, boleh consider pajak emas sebelum jual. Yang bestnya bila habis bayar, dapat balik emas tu.

Pelaburan Hartanah – Rumah pula, kita boleh refinance ikut value semasa. Boleh dapat extra cash, positive cash flow dan reduce hutang jahat. Tapi ni ada sainsnya. Kau jangan memandai-mandai buat sendiri. Kang rugi, salahkan aku pulak.

#7 Maintenance

Pelaburan Emas – The good thing is, emas ni tak payah maintenance. Emas kau tu takkan berkarat, kalau emas tu emas tulen lah. Emas simpanan 999 tak perlu nak cuci-cuci pun. Emas perhiasan lain, ada jenis yang kena cuci sebab dia campur bahan lain.

Pelaburan Hartanah – Rumah kena buat maintenance bila sampai masanya. Especially kalau kau sewakan kepada orang lain. Yang ni memang ada kos lah. Kalau kau pemalas macam aku, boleh upah orang je.

#8 Risiko Pelaburan

Pelaburan Emas – Tipu lah kalau takde. Kalau ada dealer emas cakap kat kau simpanan emas ni tiada risiko, kau jerit kuat-kuat kat dia “Penipu!”

Risiko simpanan emas:
1. Tiada dividen,
2. Ada risiko boleh hilang macam duit (jika simpan sendiri),
3. Rugi jika jual short term atau bila harga rendah, dan
4. Terkena emas palsu.

Pelaburan Hartanah – Pelaburan hartanah pun ada.

1. Rumah kalau tak disewakan memang tergugat la cashflow kau. Mahu negatif cashflow setiap bulan. Sakit + Perit
2. Value turun disebabkan pembangunan setempat lembab atau tiada
3. Over supply. Contohnya Cyberjaya
4. Krisis seperti Covid. Siapa yang buat homestay atau Airbnb contohnya, memang kesian lah

P/S: But then kau tau tak di sebalik krisis, ada peluang? Harga hartanah jatuh banyak juga. Sifu pun cakap tahun 2021 ni masa sesuai beli hartanah. Tapi wajib ada ilmu haa. Belajar sini.

Ada nak tambah risiko? PM tepi

#9 Proses Jual/Beli

Pelaburan Emas – Emas win! Senang nak jual balik ke mana-mana kedai emas. Nak jual kat aku pun boleh. Check sini.

Pelaburan Hartanah – Ni ikut pengalaman peribadi aku, memang agak leceh lah berbanding emas. Kena buat urusan dengan developer, dengan bank, dengan lawyer. Sign dokumen tebal-tebal setiap page. Lepas tu dokumen tu pula ada 3 salinan. Grrr

#10 Proses Tukar Hak Milik

Pelaburan Emas – Emas win lagi. Nak agih kat bini atau anak-anak? Macam bagi duit je. Nak agih kat aku pun boleh.

Pelaburan Hartanah – Kena lalui proses tukar nama. Melibatkan lawyer. Melibatkan both penjual dan pembeli, atau pemberi dan penerima. Ambil masa. Dulu ku pernah beli rumah subsale, few weeks jugak prosesnya.

#11 Info Lanjut Tentang Emas dan Hartanah?

Pelaburan Emas – Of courselah Emas2U.com. Sarat dengan ilmu kot. Atau kitco.com guys.

Pelaburan Hartanah – Aku recommend HartanahFC.com. Belajar cara betul beli rumah. Siap ada free webinar setiap minggu.

All right! Semoga 11 perbandingan pelaburan emas dan hartanah di atas membantu korang untuk decide pelaburan mana dulu nak buat. Kalau korang golongan have-have, buat terus dua-dua. Especially kalau korang anak muda. Plan lah dari sekarang. Penting weh ada pelaburan ni.

So,

Pelaburan Emas vs Hartanah, Mana Lebih Baik?

Dah pernah share kat sini. Perbandingan emas dan hartanah ni umpama kita bandingkan epal dan oren. Dua-dua ada kelebihannya.

Paling baik, pelbagaikan pelaburan. Wang, emas dan hartanah. Sebab masing-masing ada kelebihannya, pada waktu yang berbeza. Wang juga penting kerana kita berbelanja dengan wang. Emas, sebagai backup dan kunci kekayaan kita, berguna bila nilai matawang jatuh dan ekonomi teruk. Hartanah dapat bantu kita jana pendapatan pasif dan return besar.

Of course, untuk ketiga-tiga pelaburan, wajib ada ilmu.

Share kan jika bermanfaat ok?

Nak simpan emas? Boleh PM saya anytime. Nak labur hartanah, jangan PM saya, tapi klik sini.

Muhammad Muhaimin Mohd Isa
Dealer Emas Sah Public Gold | Emas Patuh Syariah | Emas Mampu Milik
Founder & CEO www.Emas2U.com
Whatsapp / Call 012-230 2158

LIKE | FOLLOW Emas2U

Website: https://emas2u.com
FB Group: http://bit.ly/FBEmas (Pass Code: NAK EMAS)
Ebook: https://ebook.emas2u.com
Facebook: http://bit.ly/Emas2U
Instagram: http://bit.ly/InstagramEmas2U
Youtube: http://bit.ly/Emas2u
Telegram: http://t.me/emas2u_com
App Emas2U: https://app.emas2u.com